13 di jerangau - Google Blog Search |
2 maut, 5 parah kemalangan dua kereta <b>di</b> Dungun « Best Malaysia <b>...</b> Posted: 05 Dec 2012 02:24 AM PST DUNGUN – Dua wanita maut, tiga parah manakala dua yang lain cedera ringan dalam kemalangan ngeri melibatkan dua kereta berdekatan loji air Kampung Serdang, dekat sini, pagi tadi. Kejadian jam 8.30 pagi di Kilometer 12.5 Jalan Dungun-Bukit Besi itu dipercayai berlaku apabila sebuah Honda Civic dinaiki tiga sekeluarga dari arah Dungun menghala ke Bukit Besi dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum terbabas lalu berlanggar dengan sebuah Proton Wira dinaiki empat sekeluarga dari arah Bukit Besi menghala ke Dungun. Ketika kemalangan, keadaan permukaan jalan agak licin akibat hujan renyai sejak awal pagi lagi. Honda Civic dipandu Mohd Ridzwan Badiuzaman, 21, bersama dua penumpang lain termasuk ibu Ridzwan, Suzlina Ahmad, 40, dan sepupu Ridzwan, Norfathika Shamsudin, 17, dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Balai Besar menuju ke Machang, Kelantan. Empat sekeluarga yang menaiki Proton Wira pula iaitu Zulkifli Mamat, 53, isteri Zulkifli, Zainun Awang, 50, adik ipar Zulkifli, Gayah Awang, 45, serta anak lelaki Gayah, Tarmizi Ismail, 11, dalam perjalanan untuk ke rumah tok mudim di Dungun bagi menyempurnakan majlis berkhatan Tarmizi. Mangsa yang maut adalah seorang daripada penumpang Honda Civic, Suzlina yang beralamat nombor 1326, Jalan Balai Besar Dungun serta seorang penumpang Proton Wira, Zainun Awang, 50, dari Kampung Pancur, Jerangau. Semua mangsa dalam Honda Civic dan Proton Wira termasuk pemandu dipercayai tersepit dalam kenderaan yang remuk dan berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Dungun serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Mohd Ridzwan, seorang mekanik di bengkel Batu Lima yang memandu Honda Civic patah hidung dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu. Sepupu Ridzwan, Norfathika, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balai Besar cedera ringan dan dimasukkan ke wad perempuan Hospital Dungun. Semua mangsa dalam Honda Civic berasal dari Balai Besar, Dungun. Sementara itu, tiga lagi penumpang Proton Wira dilaporkan parah iaitu pemandunya, Zulkifli yang bekerja sebagai pemandu lori pasir di Jerangau, kakak ipar Zulkifli, Gayah, seorang ibu tunggal yang juga orang kurang upaya (OKU) dilaporkan parah manakala anaknya, Tarmizi, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang turut cedera. Mereka juga dihantar ke HSNZ untuk rawatan lanjut. Zulkifli berasal dari Kampung Pancur Jerangau manakala kakak iparnya, Gayah dari Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Dua mangsa yang maut di tempat kejadian mengalami kecederaan serius di kepala dan anggota badan dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat bagi mengesahkan punca kematian. Sebuah jentera bomba bersama tujuh anggota dari Balai Bomba Kuala Dungun, tiga kereta peronda polis serta dua ambulans termasuk kenderaan JPAM turut berada di lokasi bagi melancarkan operasi menyelamat mangsa. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor yang ditemui di Hospital Dungun ketika mengesahkan kejadian memaklumkan polis masih menyiasat kemalangan maut yang mengorbankan dua mangsa di laluan Dungun ke Bukit Besi itu. -Sinar Harian Online |
You are subscribed to email updates from di jerangau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan