Sabtu, 10 November 2012

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Tinta Asyraf: TERKINI: 2 Peragut Mati Disembelih <b>Di</b> Kg Jerong <b>...</b>

Posted: 18 Oct 2012 04:05 AM PDT


MARANG- 18/10/12. Begitulah nasib malang kepada 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung Jerong Surau, Wakaf Tapai, menurut saksi, Haji Zull 48, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut ini telah membawa keluar parang tajam yang berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu. Tetapi sempat dihalang oleh jirannya. Namun ketika peragut itu ditangkap, pihak saksi mengatakan tidak ada apa-apa barang yang berharga yang didapati pada peragut itu.

Salah seorang penduduk tempatan juga ketua kampung di situ pula yang berang pada peragut itu telah memerintahkan anak buahnya menyembelih kedua-dua peragut itu, kaki-kaki peragut itu diikat. Kedengaran takbir bergema. Dia telah menyembelih peragut tanpa rasa belas kasihan. Darah menyembur keluar, orang tempatan tidak berani menghalang perbuatan ketua kampung itu kerana yang disembelih itu ialah seekor kambing dan seekor lembu yang meragut rumput untuk disembelih  di hari raya korban.
Salam Aidiladha kepada Muslimin dan Muslimat...Jangan Marah ha...

Suara Generasi Baru » IKBN <b>Wakaf Tapai</b> Tawar Kursus Kemahiran <b>...</b>

Posted: 30 Jul 2012 02:11 PM PDT

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Negeri Terengganu telah ditubuhkan pada 2 November 1979 oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Penubuhan IKBN ini adalah penting untuk belia lepasan sekolah menerima pendedahan latihan kemahiran.

Selain itu, ia juga adalah bertujuan untuk menampung permintaan tenaga kerja mahir yang terhasil dari usaha-usaha pembangunan yang dijalankan oleh sektor awam dan swasta. Di samping itu, kerajaan negeri juga sedar peluang yang terhad dan latihan yang disediakan untuk lepasan sekolah.

Pengambilan pertama IBN Wakaf Tapai adalah pada 2 November 1979 di mana seramai 70 pelatih dalam tiga jurusan telah terpilih untuk menjalani Kursus Jahitan, Kursus Kimpalan, dan Binaan Bangunan. Pada tahun 1983, dua lagi kursus kemahiran telah diperkenalkan iaitu Kursus Pemasangan Paip dan Pendawaian Elektrik.

Seterusnya pada tahun 1985, corak latihan kemahiran telah ditukar menjadi dua bahagian iaitu 70% untuk Sistem Latihan Bersepadu (Pendekatan Bersepadu) dan 30%  untuk Latihan Pembangunan Manusia.

IKBN Wakaf Tapai telah berjaya melahirkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing bagi memenuhi keperluan tenga kerja negara sama ada dalam sektor swasta mahupun sektor awam. Disini para belia ditekankan dengan misi untuk mencipta, memimpin dan menginovasi mereka melalui penyebaran pengetahuan dan disiplin teknikal dan mengangkat elemen vokasional dalam kecemerlangan belia dan pembangunan individu serta melahirkan belia yang berdaya saing dalam perniagaan dan industri sekaligus meningkatkan komitmen kepada aspirasi pembangunan masyarakat dan negara.

Tujuan utama IKBN Wakaf Tapai adalah untuk menyediakan latihan teknikal dan vokasional untuk membolehkan berdikari dan membuka bidang kerja sendiri yang bersesuai dengan kursus dan latihan yang diambil.

Selain itu, IKBN juga memberi nasihat kepada belia untuk meningkatkan peningkatan disiplin selaras dengan aspirasi negara dan turut menyediakan latihan kemahiran untuk meningkatkan kualiti kerja dan individu yang kompetitif

Dis samping itu, ia juga berperanan untuk menyediakan latihan untuk perniagaan dan perdagangan bagi melahirkan usahawan yang progresif menuju Wawasan 2020.

Antara kursus yang ditawarkan oleh IKBN Wakaf Tapai ini adalah Kursus Pemasangan Paip Gas, Kursus Pereka Gaya Rambut, Kursus Jahitan Pakaian Wanita dan Lelaki, Kursus Pemasangan Paip, Kursus Binaan Bangunan, Kursus Pendawaian Elektrik, dan Kursus Kimpalan Arka.

Para belia negara perlu mengambil peluang melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran bagi membolehkan mereka mengisi 3.3 juta peluang pekerjaan yang tersedia menerusi Program Transformasi Ekonomi kerajaan ( GTP ), di mana terdapat 12 sektor industri di bawah Bidang Ekonomi Utama Nagara ( NKEA ) seperti minyak dan gas yang menawarkan peluang pekerjaan kepada para belia.

Dengan perkembangan itu dan peluang kerja yang banyak, istilah  pengangguran di Malaysia sebenarnya tidak wujud iaitu pada kadar hanya dua peratus. Jika rakyat negara ini yang masih menganggur memberikan alasan tiada peluang pekerjaan, mereka sebenarnya tergolong sebagai pemalas dan memilih kerja.



Smk <b>Wakaf Tapai</b>: Fadhilat Puasa Sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah

Posted: 23 Oct 2012 11:04 PM PDT

Seperti yang kita tahu, tarikh Hari Raya Aidiladha tahun 2012 jatuh pada hari Jumaat, 26 Oktober 2012 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1433 Hijrah. Jadi, Hari arafah iaitu 9 Zulhijjah akan jatuh pada hari Khamis ini.

  Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

 Sabda Rasullullah S.A.W lagi:

"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :- 1. Orang-orang yang mati syahid 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan. 3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads