Sabtu, 10 November 2012

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Crowd Pasar Malam Menyelamatkan Anwar <b>di Kuala Terengganu</b>

Posted: 09 Nov 2012 07:38 PM PST



Setiap hari Jumaat kawasan lapang di Taman Shahbandar menjadi tapak pasar malam terbesar diTerengganu. Ia menjadi kawasan tumpuan setiap hujung minggu bagi rakyat Terengganu. 

Mengambilkira perkara itu, maka Bas Anwar telah menjadikannya lokasi hentian pertama dalam sesi Jelajah Merdekanya di Kuala Terengganu. Malulah kalau tidak ramai yang datang sambut .... sekurang2nya boleh tumpang crowd pasar malam.

Sememangnya satu keputusan yang tepat ! Bas Anwar tiba jam 5 petang dan disambut tak sampai 100 orang ! Crowd pasar malam pelan2 menghampiri lokasi untuk melihat dengan lebih dekat Bas Anwar dan ketika Anwar mula berceramah, adalah sekitar 300 orang.

Gambar dibawah diambil setelah 10 minit Anwar bercakap. Kanopi biru dibahagian atas adalah kawasan pasar malam dan asap yang kelihatan itu BUKAN dari bom asap FRU tapi asap peniaga bakar ayam percik dan sate.Dibawah pula adalah ketika yang paling ramai, dekat2 nak habis ceramah...Estimate sekitar 600 orang. Kalaupun saya silap, yang saya pasti TIDAK SAMPAI 1K bertentangan dengan dakwaan pencacai PR yang RIBUAN rakyat Terengganu menunggu untuk menyambut kedatangan Bas Anwar.

Dibawah adalah sudut gambar yang diambil oleh orang Pkr -

Kemudian Anwar ke Surau Ladang untuk solat Maghrib dan menyampaikan Tazkirah selama hampir 1 jam.
Surau kecil je, adalah sekitar 100 jemaah ... yang kebanyakannya orang luar kariah.
Dari sebuah blog Pas -

Sebelah malamnya, Anwar kini baru selesai menyampaikan tazkirah Maghrib di surau Ladang Sekolah di sini dan selepas menunaikan solat Isya' ..
. hehehehe ..perkara kecil je tapi kalau dah salah maklumat,biarpun kecil kenalah diperbetulkan, ye dok ?

Anwar TIDAK solat Isyak' pun di Surau itu ... selesai bertazkirah, Anwar bergegas keluar untuk ke lokasi seterusnya sambil diiringi laungan Azan untuk solat Isya'.

bersambung ......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads