Rabu, 21 November 2012

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


teganuku: Pusat Rehabilitasi 1Malaysia <b>Seberang Takir</b>

Posted: 21 Nov 2012 08:39 PM PST

Penubuhan Pusat Rehabilitasi 1 Malaysia di Seberang Takir yang membabitkan kos kira-kira RM350,000 dijadualkan beroperasi dalam masa terdekat ini sebaik peralatan di sini lengkap sepenuhnya nanti.

Pusat yang akan memberi fokus terhadap pesakit strok atau angin ahmar ini merupakan lokasi khusus pertama yang diwujudkan di negeri ini selepas mendapati ramai masyarakat di sini menderita penyakit itu.

Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pusat yang akan menempatkan pakar fisioterapi bertauliah itu akan membantu merawat dan mencegah penyakit tersebut.


"Pusat yang akan beroperasi secara percuma untuk masyarakat di Seberang Takir ini dalam proses persiapan terakhir dan akan mula menerima pesakit sebaik segala kelengkapan sedia sepenuhnya dan kita harap kewujudannya nanti mampu merawat penyakit yang menunjukkan peningkatan sejak belakangan ini.

"Idea mewujudkan pusat rehabilitasi bermula apabila saya dapati hampir sebahagian besar penduduk yang saya lawati mengalami penyakit ini (strok) dan lebih menyedihkan ada antara mereka yang masih baru dan boleh dirawat, namun akibat tidak tahu penjagaan yang betul ia menjadi bertambah parah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Lawat dan Ziarah Penduduk di Kubang Badak dan Tok Jembal, di sini. Ahmad Razif berkata, selain khidmat fisioterapi, pusat berkenaan turut menyediakan khidmat rawatan dan latihan kepada pesakit serta waris mengenai penjagaan yang betul bagi pesakit strok agar mampu pulih kembali.

"Kita harap dengan wujudnya pusat ini nanti mampu memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pesakit dan waris yang menjaga dengan harapan pesakit diberi rawa-tan menyeluruh," katanya.

Sementara itu, dalam program itu, beliau turut melawat seramai 12 penduduk yang menghidap pelbagai jenis penyakit bersama pegawai perubatan bagi membuat pemeriksaan awal sebelum dirujuk kepada hospital atau klinik terdekat.

Pesakit yang ditemui, Jusoh Muda, 76, mengakui terharu dan berterima kasih atas kunjungan yang diberikan kerana ia jelas mencerminkan pemimpin yang berjiwa rakyat.

"Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi melawat saya kerana s mampu mengurangkan bebanan yang saya tanggung," katanya yang telah tiga tahun menderita lelah yang agak kronik.

Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads