13 di hulu terengganu - Google Blog Search |
Keajaiban Dunia <b>di Hulu Terengganu</b> : Wanita Sumbang Mahram Posted: 18 Sep 2012 06:58 PM PDT "Pagi tadi saya pergi beraya di Balai Polis Kuala Berang, dia berbisik kepada saya … Ustaz tahu tak … SUK (Setiausaha Kerja) Bahagian UMNO Hulu Terengganu kena tangkap, (sekarang) ada di lokap. Beristeri dua orang dah, tapi dia lakukan sumbang mahram dengan anak tirinya. Lepas siasat, betul sungguh beranak doh anak tiri tu." Itu sedutan ceramah Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah di Kampung Banggol Binjai, Tepoh, Kuala Terengganu pada 9 September lalu. Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu ketika dihubungi portal berita pro-PAS, BuletinOnline pada 11 September sekali lagi mengesahkan perkara tersebut dan artikel bertajuk "Setiausaha Kerja UMNO Hulu Terengganu Ditahan Polis" disiarkan pada hari sama, 11 September. TerengganuToday percaya ketika Ustaz PAS itu menceritakan kisah 'bisikan' tersebut kepada pengikut totok di Banggol Binjai, berkembang hidung dan 'jubur' pemuda PAS itu kerana berjaya menjadi orang pertama dapat menyebarkan berita sensasi itu. Cerita yang telah tersebar luas di internet itu ada nilainya tersendiri yang seronok untuk dibanggakan lebih-lebih lagi bila melibatkan parti lawan iaitu UMNO. Sebenarnya, TerengganuToday rasa agak aneh bin ajaib kerana dengan hanya sumber 'bisikan' pun sudah cukup untuk Kamarulzaman Abdullah yang dipanggil Ustaz itu mempercayainya sehingga turut mempengaruhi para blogger atau facebooker cap parti PAS yang sudah sedia bebal dan akal sejengkal termasuklah pengamal media di BuletinOnline. Tidak hairanlah begitu banyak fitnah dan adu domba bertebaran sejak wujudnya parti PAS di atas muka bumi ini, rupanya sumber 'bisikan' sosek-sosek yang tidak tahu hujung pangkal pun sudah menjadi rujukan utama Ustaz dan penyokong PAS. Perkara luar tabie sedemikian jika berlaku membabitkan mana-mana pemimpin UMNO, TerengganuToday yakin perbuatan itu tidak disokong oleh ahli serta penyokong parti, yang salah tetap salah dan wajib disiasat serta dihukum jika terbukti bersalah. Hakikatnya, SUK UMNO Hulu Terengganu bukanlah seorang lelaki sebaliknya jawatan itu sejak lebih lima tahun lalu disandang oleh seorang wanita bernama Kamariah Awang, 37 tahun. Persoalan, yang menuntut Ustaz PAS, Kamaruzaman Abdullah dan para blogger bebal PAS jawab ialah, bagaimana seorang SUK berjantina perempuan mampu menyebabkan anak tiri perempuannya mengandung dan melahirkan anak? Cukup unik! Keanehan paling unik di zaman moden ini tidak mungkin berlaku di negeri atau negara lain, hanya ada di Hulu Terengganu gara-gara bengap seorang Ustaz PAS. Kalau ini bukan fitnah, mungkin penipuan atau pembohongan. Mungkin bagi penyokong PAS, apa saja yang terkeluar dari mulut Ustaz PAS seperti Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu itu merupakan tazkirah agama. Apa yang misteri, siapa yang berbisik kepada Ustaz PAS itu? Sumber : www.terenggganutoday.com |
Sumbang Mahram Yang Aneh <b>Di</b> Zaman Moden Hanya <b>Di Hulu</b> <b>...</b> Posted: 13 Sep 2012 11:10 PM PDT September 14, 2012 · 137 Comments Sehari dua lepas media dan blog picisan pro pakatan pembangkang yang sebahagian besarnya terdiri daripada pengikut tegar dan totok kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah menyebarkan berita angin kononnya Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Hulu Terengganu telah membuntingkan anak tiri sendiri sehingga melahirkan anak. Sumber yang mereka guna pakai untuk menyebarkan berita tersebut datangnya dari seorang pemimpin PAS, Kamaruzaman Abdullah yang dipanggil oleh totok PAS sebagai USTAZ dan kini adalah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu. Kamaruzaman mendedahkan perkhabaran tersebut dalam ceramahnya di satu program politik anjuran PAS yang diadakan di Kampung Banggol Binjai, Tepoh. Menurutnya berita aib tersebut diperolehinya hasil bisikkan seorang anggota polis semasa dia sedang berhari raya di Balai Polis Kuala Berang.
Penulis percaya ketika pemimpin Dewan Pemuda PAS itu menceritakan kisah bisikan tersebut kepada hadirin berkembang rasa bangga di hatinya kerana menjadi orang pertama dapat menyebarkan berita sedemikian. Itu normallah, berita sensasi dan hot tentulah ada nilainya tersendiri yang seronok untuk dibanggakan lebih-lebih lagi bila melibatkan parti lawan. Sebelum ini, kisah sumbang mahram dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan pembangkang dari Pahang dan penulis percaya kisah sumbang mahram yang di bawa oleh pemimpin PAS ini tentulah ada matlamat disebaliknya sama ada untuk meneutralkan impak negatif sebelumnya atau sekadar untuk mencemar imej lawannya. Untuk info semua, pemimpin kanan pembangkang itu telahpun dibebaskan selepas ujian DNA diperolehi, manakala darah daging sendiri iaitu anak kandung lelakinya yang baru berusia 14 tahun pula telah didakwa secara rasmi melakukan aktiviti seks sumbang mahram yang menyebabkan kakaknya yang berusia 15 tahun mengandung dan melahirkan anak. Berbalik pada isu sumbang mahram yang dituduh oleh pemimpin Dewan Pemuda PAS Terengganu itu, sebenarnya bagi penulis ianya agak aneh, pelik bin ajaib dan cukup unik kerana dengan hanya sumber bisikan pun sudah cukup untuk 'USTAZ' PAS itu mempercayainya sehingga turut mempengaruhi para bloggers PAS PKR yang sudah sedia bebal dan akal sejengkal. Patutlah banyak sangat fitnah dan adu domba bergentayangan sejak wujud PAS atas muka bumi ini, rupanya sumber bisikan sosek sosek yang tidak tahu hujung pangkal betul atau salah pun sudah jadi rujukan utama pemimpin dan penyokong PAS. Bangang 7 tingkat, tolol berlapi-lapis betul. Benda luar tabie sedemikian jika betul berlaku membabitkan mana-mana pemimpin UMNO, kami penyokong UMNO takkan sesekali menyokong pemimpin bernafsu binatang sedemikian, yang salah tetap salah dan memang patut disiasat serta dihukum jika sabit kesalahan yang terbukti. Itu jika betul seperti dituduh oleh PAS. Hakikatnya, Setiausaha Kerja UMNO Hulu Terengganu bukanlah seorang lelaki sebaliknya jawatan tersebut sudah lama disandang oleh seorang wanita. Diulangi, SUK UMNO Hulu Terengganu adalah wanita merangkap seorang perempuan juga dikenali sebagai kaum hawa. Persoalan sekarang yang menuntut pemimpin PAS dan para bloggers bebalan PAS serta Keldai PKR jawab ialah, bagaimana mungkin untuk seorang Setiausaha Kerja yang berjantina sama macam mak hangpa semua mampu menyebabkan anak tiri perempuannya mengandung dan melahirkan anak? Cukup unik, pelik dan maha ajaib bila seorang wanita mampu mengakibatkan anak tiri berjantina sama dengannya mengandung. Amatlah aneh bukan begitu? Dan keanehan paling unik di zaman moden ini hanya berlaku di Hulu Terengganu gara-gara bengap seorang pemimpin PAS. Kalau ini bukan fitnah, apa agaknya kita nak panggil? Tazkirah agama alagaPAS atau apa? Bloggers PAS dan PKR pun sama-sama bebal setaraf keldai, disebabkan bebal mereka tak pasal-pasal UMNO Bahagian Hulu Terengganu busuk sekejap namanya dan pembaca pula dapat dosa percuma. Dan tak pasal-pasal juga kakak K***** yang jadi SUK UMNO Hulu Terengganu dapat pahala besar sehari dua ini. By HackerXP |
You are subscribed to email updates from di hulu terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan