13 di wakaf tapai - Google Blog Search |
T E G A N U K I TA: Sultan Mizan berkenan berangkat rasmi IKBN <b>...</b> Posted: 03 Oct 2012 11:31 PM PDT Oleh: Suriati Ali Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, sempena sambutan Hari Keputeraan ke-50 baginda, di Kemaman hari ini. Keberangkatan baginda yang diiringi Sultanah Nur Zahirah disambut oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato' Seri Shabery Cheek; Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said bersama isteri To' Puan Seri Hajah Norliza Mahmud; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji Mazlan Ngah dan pembesar-pembesar negeri. Turut hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat; Pengarah IKBN Kemasik, Mohd Zaki Mahmud dan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri. Baginda kemudian bertitah merasmikan IKBN Kemasik dan menandatangani plak perasmian sebelum mencemar duli kira-kira 15 minit mengadakan lawatan ke tapak pameran. IKBN Kemasik merupakan IKBN kedua dibina di negeri ini selepas di Wakaf Tapai, Marang dengan menawarkan tiga bidang iaitu perhotelan, hospitaliti dan perkhidmatan personal. Ia dibina di atas tapak seluas 20 hektar dengan kos sebanyak RM78 juta di mana pada masa ini seramai kira-kira 300 pelajar sedang mengikuti latihan dan kemahiran yang disediakan di institut itu. IKBN Kemasik yang dibuka pada 18 Oktober dua tahun lalu, menyediakan peluang latihan kemahiran kepada belia dalam sektor tumpuan utama perindustrian dan dijangka mensasarkan kira-kira 500 pelajar bakal mengikuti latihan di institut itu menjelang 2014. |
You are subscribed to email updates from di wakaf tapai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan