13 di kemasik - Google Blog Search |
Malaysia Tourism Hunt 2012 l Cabaran <b>di</b> Sg Pasu Homestay <b>...</b> Posted: 03 Oct 2012 06:50 PM PDT Salam.. Sebelum ni, aku dah story kat korang cabaran hari pertama dan kedua untuk Malaysia Tourism Hunt 2012. Memang best tapi penat jangan cakaplah sampai dapat bantal terus tidur tak sedar diri. Cabaran seterusnya bagi aku lagi best dari yang sebelumnya sebab setiap kali dapat item mesti aku kena fikir sepantas mungkin dan kitaorang perlu bahagikan jobs yang sesuai dengan kelebihan ahli group. Cabaran kedua ni rupanya cabaran versi kampung iaitu kena pakai batik sambil pakai kain batik which is Emily penakut nak tangkap ayam. Jadinya terpaksa aku merelakan diri sendiri yang sekali habuk tak pernah pakai. Partner aku pulak Malek tapi alaahhh orang lelaki mesti pandai tangkap ayam. Haaa tak sampai 2 minit terus dapat tangkap ayam tapi bukan sebab kami hebat tapi ayam ni dah kepenatan kena berkejaran dengan 25 group. Nasib ko lah ayam! Tak dapat nak tolong. Wahahaaa.
Tapi kali ni tuah banyak berpihak kepada Malik yang pandai menyumpit dengan menangkap ayam. Kalau cabaran pertama tu Emily dan Nikhil yang settlekan tapi kali ni giliran Malik. Bagus jugak partner aku nih masing – masing ada kelebihan tapi paling aku suka time Emily dengan Nikhil gaduh. Sorang muka stress dan lagi sorang tak berhenti bercakap ada jugak entertainment time penat ye dak? Ekceli bukan aku taknak gaduh – gaduh manja tapi malangnya aku tak pandai nak speaking weyhhhh! Tersengih – sengih macam kerang busuk bila tak tahu nak jawab soalan Nikhil. Haa padan muka! Azizi yang gigih menyumpit dan acara takraw diserahkan kat Nikhil yang pandai main bola. Aku pulak lagi teror cuma baling jek bola takyah susah – susah nak menyumpit bagai. Lepas dah habis cabaran kat Homestay Sg Pasu, terus kitaorang ke Kuala Gandah untuk tengok gajah tapi tak lama pun sebab tak cukup masa. Dah habis dengar bunyi gajah melalak terus bergerak ke Gambang Waterpark. Pingu, aku dan singa dengan bulu kepala yang menggelikan ^_^
Dah berehat santai kat Gambang Resort City, kitaorang terus ke Kemaman untuk cabaran seterusnya iaitu makan sampai lebam. Haa kalau bab makan mesti aku nak cekik tapi games punya pasal, telan sampai tak bernyawa dibuatnya. Wahahaaa. Dah habis makan cabaran seterusnya photo hunt kat Pantai Kemasik. Haaa kali ni salah sorang dari ahli kumpulan kena menggali pasir untuk dapatkan clue dan cabaran menggali ni, aku merelakan diri sendiri. Mencuba nasib jekla. Dapat ker tak tolak ketepi dulu. Kemain hapi benor muka kitaorangkan macam nak racing 100m jek. Nasib tak jatuh kalau tak mau jadi nangka busuk kat depan orang ramai. Amboihhh Sachi, menggali ker hape nihh? Hikhik Ini baru betul menggali macam gali kubur jek yang tengah tuh kan? Yang sebelah kanan ni macam aksi kucing gali pasir nak berak jek. Haa aku lettew! Tak banyak moment photohunt disnap sebabnya masa yang ada ciput tambah pulak kena berlari sana sini kejar masa beb! Alhamdulillah still antara group terawal submit jawapan. Heeeee. Sejam lebih berlari – lari ayam akhirnya berbaloi – baloi dapat makan kat Awana Kijal, Kemaman. Antara kesemua hotel, Awana Kijal punya makanan memang terbaik! Berkali – kali aku tambah makan ketam belum lagi dengan desert. Memang terbaik! Kalau laaaa dapat bermalam kat sini kan best. Ceria jek memasing lepas dapat masuk Awana siap ada persembahan special dari dorang. Terhibur jugak lepas berpenat lelah kat tepi pantai. Apa pun, treasure hunt kat Pantai Kemasik ni antara yang best sebab boleh kuruskan badan aku. Hikhik P/s: Lepas ni, ada lagi projek photo hunt rasanya. Kalau ada yang berminat boleh laaaa email aku ye! |
You are subscribed to email updates from di kemasik - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan