Khamis, 18 Oktober 2012

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat negeri Isnin ini <b>...</b>

Posted: 13 Oct 2012 07:02 PM PDT

Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT) akan melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaaan (BBK) peringkat negeri Terengganu Isnin ini di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man.

Pengarah DBPWT Azmi Ibrahim berkata, pelbagai aktiviti akan dilaksanakan bertujuan untuk menyubur rasa cinta dan bangga masyarakat terhadap bahasa kebangsaaan.

Antaranya program-program yang bakal diadakan ketika sambutan itu nanti ialah ceramah oleh tokoh bahasa Prof Datuk Zainal Kling, Malam Bahasa Jiwa Bangsa, Sayembara Deklamasi Puisi, Karnival Irama 1Malaysia, Syarahan Sasterawan Negara, Indahnya Pantun di Radio dan Kuiz Bahasa.

Pada tahun ini, BBK yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan tema "1Bahasa 1Bangsa 1Negara.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Shamsul Rizal Hashim di talian 09-7414906.

YDP MPIBG Suntik Motivasi Calon PMR 2012 « Portal Rasmi SM <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2012 05:24 PM PDT

KUALA TERENGGANU, 4 Okt: Kehadiran YDP MPIBG Tuan Haji Mohd Zulkifli bagi memberi semangat kepada semua calon PMR 2012 menggambarkan bahawa seluruh AJK MPIBG serta semua guru mengharapkan kejayaan akan diperolehi nanti.

Seawal jam 8 pagi tadi, beliau telah berada di dewan Asyatibi bersama guru PMR. Seluruh warga sekolah mendoakan keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2012.

Gambar selanjutnya SILA KLIK DI SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads