Rabu, 31 Oktober 2012

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


Atiqah Sayuti: Survival Laut @ <b>Pulau Bidong</b>

Posted: 21 Oct 2012 06:35 AM PDT

Salam from Taman Rakan, Kajang, Selangor Darul Ehsan ;)
Ehem. Sebulan dah. Sebulan. Akhirnya ku pulang ke rumahku syurgaku. Rindu-rinduan terhadap ibu ayah, bantal busuk, katil busuk dapat ku lepaskan jua. Sobs. Banyak cerita. Banyak sangat nak kongsi bersama sahabat handai. Namun masa mencemburui aku untuk berkongsi semuanya. Hanya mampu ku coretkan beberapa kisah sahaja.
Tak sangka, memang tak sangka. Si kaki bangku ini masih berpeluang untuk menyertai kem, mengungkap kembali memori zaman sekolah. Tidur dalam khemah tu haibat. Tak sangka juga aku masih mampu 'memuatkan' diri di dalam khemah. Kehkeh. 11-12 Oktober, Kem Induksi Math di Kem Tebu View, Hutan Lipur Lata Belatan (eh betul ke eja nih?). Dapat jua ku ukirkan beberapa pengalaman baru, berkenalan dengan teman baru sesama jabatan, merapatkan lagu ukhuwah antara kami.
Selang beberapa hari, 16-17 Oktober pula pelajar tahun 1 ambilan ke-2 diwajibkan untuk mengikuti Survival Laut di Pulau Bidong. Tahu tak ini lagi menarik ? Pengalaman baru yang mungkin takkan berulang kembali memandangkan aku..... 'indoor person'. 


Introducing....classmate yang hari-hari tengok muka ku, Norhafizah. Tepuk3
Suasana di pagi hari. Feeling Ka Ho Na Pyar Hai sikit
Kitaorang ada 4 aktiviti secara marathon ; memancing, snorkeling, jungle trekking @ jejak warisan dan berkayak. Tapi sebelum tu para pelajar dikehendaki melepasi aktiviti Water Confident terlebih dahulu. Ni benda baru bagi aku, nak aku berenang-renang sesaja memang takkan terjadi la rasanya. Kalau family pergi bercuti kat Port Dickson pun aku sekadar menguis-kuis pasir di kaki sahaja. Huhu. Best bila pakai jaket kuning tu terapung-apung. Rasa awesome je. Patutla swimmer kurus selimmm je. Kaki memainkan peranan penting. 
Time memancing and snorkeling and berkayak tak ada gambar selingan nak letak pulak. Sebabnya memancing and berkayak iz , aku tak berapa suka but snorkeling iz d best ! Daebak ! Tapi still tak ada gambar lah sebab bila masanya aku nak snap gamba sambil melihat ikan-ikang nemo yang comel kan. Rugi-rugi tak bawak kamera Lomo adik aku =.=
So, gambar yang ada untuk selingan sekadar aktiviti Jungle Trekking je. Itupon ni Fizah yang snap gambar sebab aku tak bawak phone ke sana. Konklusi, pengalaman baru yang aku dapat ni boleh bina stamina and semangat kental sikit. Takdela lembik je macam dulu kott. Kuikuikui
Selingan si blogger pari sikit, wuwu
Terik...balik dari pulau je, muka terus berkilat.
SubhanaAllah. Pulau ni cantik sangat. Kadang-kadang rasa macam bukan kat Malaysia. Feeling hindustan lagi, hikhik
p/s : Esok exam Muet, wish me luck ! :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads