13 di marang - Google Blog Search |
T E G A N U K I TA: <b>Marang</b> boleh membangun <b>di</b> bawah BN Posted: 15 Oct 2012 02:36 AM PDT Oleh: Aida Abd Rahman Walaupun terdapat `tembok pemisah' dari sudut ideologi politik di kalangan majoriti penduduk Marang, Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pusat tetap menyalurkan bantuan dan kemudahan kepada penduduk di Parlimen itu. Pun begitu, ada antara perancangan pembangunan yang sudah dikenalpasti gagal diteruskan akibat penduduk memberi mandat kepada pemimpin yang hanya `ada pada nama semata-mata', sebaliknya tidak mampu membawa suara hati dan memperjuangkan hak mereka. Rata-rata penduduk sedar, ketika era bekas Ahli Parlimen, Senator Dato' Abdul Rahman Bakar (1999-2004) banyak kemajuan yang dilaksanakan, malah banyak lagi yang dirancang untuk dibangunkan dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Bagaimanapun, akibat percaturan penduduk Marang sendiri yang memilih Pas, perancangan itu sedikit `tergendala' sebelum ia dapat diteruskan semula sekiranya wujud persefahaman dan hubungan baik antara pucuk pimpinan negeri, negara serta peringkat Parlimen itu sendiri. "Saya usahakan untuk membawa banyak pembangunan di Marang. Contohnya, sekolah. Malah, macam-macam lagi selain sekolah, masjid, surau, jalan raya, balai raya, klinik, Institut Latihan Perindustrian (ILP), kem tentera dan juga Hospital Marang. "Saya juga bercita-cita untuk mewujudkan universiti, kawasan industri dan perumahan untuk rakyat sama ada kos rendah dan sederhana. Walaupun kita sudah bangunkan perumahan, namun belum mencukupi untuk menampung keperluan penduduk," kata Dato' Abdul Rahman kepada Teganukita, baru-baru ini. Selain itu, beliau juga merancang untuk menaiktaraf jalan raya dengan melebarkan lorong sedia ada serta mewujudkan bandar baru di Kampung Laut. Menurutnya, bandar baru itu nanti akan menempatkan pelbagai kemudahan seperti terminal bas, kereta sewa dan perkedaian yang akan menjadi satu alternatif baru bagi mengurangkan kesesakan aliran trafik di Bandar Raya Kuala Terengganu. "Untuk belia pula, kita mahu memastikan adanya prasarana sukan seperti gelanggang futsal, pusat sukan dan stadium mini di Bukit Kor bagi memastikan aspek itu mampu berkembang dengan baik dan melahirkan lebih ramai atlet berwibawa di daerah dan juga negeri ini khasnya. "Malah, Kita juga mahu wujudkan Pejabat Bersepadu Persekutuan yang akan memayungi pelbagai agensi dan jabatan di bawah satu bumbung di sini di mana lokasi yang dikenalpasti adalah di Bukit Kor, Rhu Rendang. Projek pembangunan ini amat penting dan perlu kepada Marang," katanya. Menurutnya, pihaknya juga berhasrat mewujudkan kawasan ladang ternak dan pertanian yang lebih efisyen di belakang Penjara Merchang selain pasar borong, di Bukit Payong yang berperanan memberi lonjakan baru kepada sektor ekonomi, sekali gus dapat dimanfaatkan seluruh penduduk Marang. Selain mewujud dan menaiktaraf lebih banyak sekolah rendah dan menengah, ILP dan universiti, Marang juga bakal memiliki Sekolah Imtiaz serta Maktab Rendah Sains Mara satu masa nanti. "Kita juga sudah lama merancang mewujudkan Kem Tentera di Jenang. Industri kraf dan songket juga mahu dibangunkan supaya sektor warisan itu akan lebih berdaya saing. "Pada masa yang sama, sektor pelancongan amat penting dan boleh dimajukan lagi terutama di Pulau Kapas dan Kampung Jenang. Selain kita juga mahu membangunkan lebih banyak masjid. Masjid yang sedia ada di seluruh Marang ini juga kita akan besarkan lagi. "Jadi kita kalau BN menang, Insya-Allah kita boleh teruskan. Kalau BN kalah, sekali lagi pembangunan itu akan terencat. Kalau pembangkang terus berkuasa, menandakan rakyat tidak pandai menilai kerana sanggup menggadai maruah kepada `pembekuan' pembangunan dan masa depan anak bangsa sendiri," katanya. Oleh itu, katanya PRU13 ini amat penting dan kritikal untuk memastikan kesinambungan pembangunan untuk masa depan yang lebih terjamin dan cerah. Katanya, rakyat perlu faham dan sedar bahawa hanya kemenangan dan mandat yang diberikan kepada BN membolehkan perancangan diatur dengan lancar hasil bantuan kerajaan negeri dan Pusat. |
You are subscribed to email updates from di marang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan