Rabu, 31 Oktober 2012

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: <b>Marang</b> boleh membangun <b>di</b> bawah BN

Posted: 15 Oct 2012 02:36 AM PDT

Oleh: Aida Abd Rahman 

Walaupun terdapat `tembok pemisah' dari sudut ideologi politik di kalangan majoriti penduduk Marang, Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pusat tetap menyalurkan bantuan dan kemudahan kepada penduduk di Parlimen itu.

Pun begitu, ada antara perancangan pembangunan yang sudah dikenalpasti gagal diteruskan akibat penduduk memberi mandat kepada pemimpin yang hanya `ada pada nama semata-mata', sebaliknya tidak mampu membawa suara hati dan memperjuangkan hak mereka.

Rata-rata penduduk sedar, ketika era bekas Ahli Parlimen, Senator Dato' Abdul Rahman Bakar (1999-2004) banyak kemajuan yang dilaksanakan, malah banyak lagi yang dirancang untuk dibangunkan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Bagaimanapun, akibat percaturan penduduk Marang sendiri yang memilih Pas, perancangan itu sedikit `tergendala' sebelum ia dapat diteruskan semula sekiranya wujud persefahaman dan hubungan baik antara pucuk pimpinan negeri, negara serta peringkat Parlimen itu sendiri.

"Saya usahakan untuk membawa banyak pembangunan di Marang. Contohnya, sekolah. Malah, macam-macam lagi selain sekolah, masjid, surau, jalan raya, balai raya, klinik, Institut Latihan Perindustrian (ILP), kem tentera dan juga Hospital Marang.

"Saya juga bercita-cita untuk mewujudkan universiti, kawasan industri dan perumahan untuk rakyat sama ada kos rendah dan sederhana. Walaupun kita sudah bangunkan perumahan, namun belum mencukupi untuk menampung keperluan penduduk," kata Dato' Abdul Rahman kepada Teganukita, baru-baru ini.

Selain itu, beliau juga merancang untuk menaiktaraf jalan raya dengan melebarkan lorong sedia ada serta mewujudkan bandar baru di Kampung Laut.

Menurutnya, bandar baru itu nanti akan menempatkan pelbagai kemudahan seperti terminal bas, kereta sewa dan perkedaian yang akan menjadi satu alternatif baru bagi mengurangkan kesesakan aliran trafik di Bandar Raya Kuala Terengganu.

"Untuk belia pula, kita mahu memastikan adanya prasarana sukan seperti gelanggang futsal, pusat sukan dan stadium mini di Bukit Kor bagi memastikan aspek itu mampu berkembang dengan baik dan melahirkan lebih ramai atlet berwibawa di daerah dan juga negeri ini khasnya.

 "Malah, Kita juga mahu wujudkan Pejabat Bersepadu Persekutuan yang akan memayungi pelbagai agensi dan jabatan di bawah satu bumbung di sini di mana lokasi yang dikenalpasti adalah di Bukit Kor, Rhu Rendang. Projek pembangunan ini amat penting dan perlu kepada Marang," katanya.

Menurutnya, pihaknya juga berhasrat mewujudkan kawasan ladang ternak dan pertanian yang lebih efisyen di belakang Penjara Merchang selain pasar borong, di Bukit Payong yang berperanan memberi lonjakan baru kepada sektor ekonomi, sekali gus dapat dimanfaatkan seluruh penduduk Marang.

Selain mewujud dan menaiktaraf lebih banyak sekolah rendah dan menengah, ILP dan universiti, Marang juga bakal memiliki Sekolah Imtiaz serta Maktab Rendah Sains Mara satu masa nanti.

"Kita juga sudah lama merancang mewujudkan Kem Tentera di Jenang. Industri kraf dan songket juga mahu dibangunkan supaya sektor warisan itu akan lebih berdaya saing.

 "Pada masa yang sama, sektor pelancongan amat penting dan boleh dimajukan lagi terutama di Pulau Kapas dan Kampung Jenang.

Selain kita juga mahu membangunkan lebih banyak masjid. Masjid yang sedia ada di seluruh Marang ini juga kita akan besarkan lagi.

"Jadi kita kalau BN menang, Insya-Allah kita boleh teruskan. Kalau BN kalah, sekali lagi pembangunan itu akan terencat.

Kalau pembangkang terus berkuasa, menandakan rakyat tidak pandai menilai kerana sanggup menggadai maruah kepada `pembekuan' pembangunan dan masa depan anak bangsa sendiri," katanya.

Oleh itu, katanya PRU13 ini amat penting dan kritikal untuk memastikan kesinambungan pembangunan untuk masa depan yang lebih terjamin dan cerah.

 Katanya, rakyat perlu faham dan sedar bahawa hanya kemenangan dan mandat yang diberikan kepada BN membolehkan perancangan diatur dengan lancar hasil bantuan kerajaan negeri dan Pusat.

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Klinik 1Malaysia pertama <b>di Besut</b> dirasmikan esok

Posted: 04 Oct 2012 01:15 AM PDT

Oleh: Mohammad Ishak

Perkhidmatan Klinik 1Malaysia di Kampung Nyior Tujuh, dekat Jertih, satu lagi usaha kerajaan untuk memberi khidmat kesihatan lebih baik dan selesa kepada penduduk di daerah Besut khususnya mereka yang tinggal di kawasan Jertih.

Penubuhan klinik berkenaan juga sebahagian tindakan pihak Jabatan Kesihatan Terengganu untuk mengurangkan kebanjiran pesakit yang ingin mendapatkan rawatan di Hospital Besut (HB) yang semakin meningkat.

Selepas beroperasi awal tahun ini klinik yang terletak di laluan utama Jalan Jertih-Kampung Raja, itu akan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih ,Dato;Seri Idris Jusoh, esok (Jumaat).

Sempena dengan majlis perasmian itu pelbagai acara menarik diadakan bagi memberi peluang pengunjung mengetahui ujudnya Klinik 1Malaysia di bandar Jertih.

Antaranya termasuklah saringan penyakit kronik,jantung-ECG/HIV/Pap Smear,kuiz dan pameran ubat beracun.

Selain itu,pihak penganjur juga turut mengadakan mini sukan jet kertas, menganyam ketupat dan pertandingan basikal lambat.

Pengunjung yang datang menghadiri majlis perasmian berkenaan juga berpeluang membawa pulang dua buah basikal dan pelbagai barangan elektrik menerusi acara cabutan bertuah.

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Jawatan Kosong 2012 <b>di</b> Majlis Bandaraya <b>Kuala Terengganu</b>

Posted: 07 Oct 2012 07:05 PM PDT

jawatan-kosong-2012-majlis-bandaraya-terengganu

Jawatan Kosong 2012: Kuala Terengganu merupakan ibu negeri, pusat pentadbiran dan pusat perniagaan. Majlis Perbandaran Kuala Terengganu diwujudkan pada 18hb Januari 1979 dengan keluasan 18,712 hektar persegi meliputi 21 mukim.Pada 1 Januari 1985, Mukim Bukit Payong dan Alor Limbat telah dikeluarkan daripada Majlis Perbandaran dan dimasukkan di bawah pentadbiran Majlis Daerah Marang. Dengan perubahan ini, kawasan baru Majlis Perbandaran telah berubah kepada 16,806 hektar persegi.Pada 16 Disember 1996, kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Terengganu telah diwarta perluasan meliputi seluruh daerah Kuala Terengganu sebagai kawasan kawalan dengan keluasan 60,528 hektar persegi termasuk sebuah pulau peranginan terkenal iaitu Pulau Redang dan bilangan mukim bertambah menjadi 23 mukim.Sekarang, majlis dikenali sebagai Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Terengganu Darul Iman) termasuk Pegawai-Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dan layak untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan, iaitu :-

1. Akauntan W41
2. Juruaudit Gred W41
3. Jurutera Gred J41
4. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J29
5. Penolong Juruaudit Gred W27
6. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27
7. Penolong Pegawai Penerangan Gred S27
8. Setiausaha Pejabat Gred N27
9. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
10. Pembantu Penguatkuasa Gred N17
11. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17
12. Juruteknik Gred J17
13. Juruteknik Perancang Bandar dan Desa Gred J17
14. Juruteknik Landskap Gred J17
15. Pembantu Pertanian Gred G17
16. Pembantu Kesihatan Awam Gred U17
17. Pembantu Penilaian Gred W17
18. Tukang K2 Gred R11
19. Tukang K3 Gred R9

KELAYAKAN DAN CARA MEMOHON

1. Segala maklumat berkaitan kelayakan akademik bagi memohon jawatan-jawatan berkaitan serta borang permohonan boleh didapati melalui laman portal mbkt.terengganu.gov.my. Pemohon perlu melampirkan bersama borang permohonan bagi salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut :-
i) Kad pengenalan
ii) Sijil kelahiran
ii) kad pengenalan bapa sekiranya pemohon lahir di luar Negeri Terengganu
iii) Sijil kerakyatan Negeri Terengganu jika bapa dan pemohon lahir di luar Negeri Terengganu
iv) Sijil-sijil persekolahan dan kelulusan akademik termasuk transkrip diperakukan
v) dokumen-dokumen lain yang berkaitan, jika ada
2. Bagi pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui ketua jabatan masing-masing dengan mengemukakan salinan kenyataan perkhidmatan yang terkini serta salinan Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3) tahun berturut-turut.
3. Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat berukuran 40.5sm x 30.5sm dan dihantar kepada alamat berikut:

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU
Tingkat 4 – 8, Menara PMINT
No. 88, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
(u.p. : Jabatan Khidmat Pengurusan)
4. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
5. Tarikh Tutup Permohonan: 21 Oktober 2012

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2012 ini.
Sila klik sini untuk muat turun borang permohonan.

- Jawatan Kosong 2012 -

from your own site.

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


<b>Pulau Kapas</b> (7 July 2012) « Miss u….

Posted: 14 Jul 2012 05:11 AM PDT

Salam,

Tak pernah menjejakkan kaki ke pulau kapas. Kali ni kiteorg nekad utk ke pulau kapas walaupun hanya balik hari.

Sedikit kenangan2 manis semasa kiteorg outing ke pulau kapas.

Next pic adalah pic kiteorg kat jetty marang, sebelum menunggu ferry tiba…sempat berposing bersama zek zaidi aka en zali.

Pic kat bawah nie pic atas ferry ngan puan yung…huhuuuu….cute kan cik meyra?

Ni plak pic close-up cik meyra yg cute? cute ker? nak tahu cute ke tak kena tanya cik abg setiawangsa la….hehehe…gurau je jgn marah yer. Naik ferry dapat dok atas sekali sebelah drebar bot. Best je rasa…

Haaa….ni dah sampai ke pulau kapas…sempat gak berposing sebelum layan snorkeling.

Ni plak cik nita ngah berposing . Suka sgt dapat sampai ke pulau kapas. Macam rusa masuk kampung pun ade kiteorg ni…hehhee…

Objek yg menarik utk diambil gambar. Kanak2 mat saleh di pulau kapas. Ni salah satu chalet yg ade kat pulau kapas. Nampak macm pondok buruk je kan? Tapi harga makanan kat sini…pergh..dasat…

Post mortem…..Pulau kapas memang best. Tanya cik meyra….sume pulau dia cakap best sebab dia peminat pantai, pulau dan laut.

@ SaMPai BeRTeMu LaGi PuLaU KaPaS @

~ by meyra79 on July 14, 2012.

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


Pantai <b>Kemasik</b>, Kemaman Trengganu | So called chronicles of my life

Posted: 17 Oct 2012 09:07 AM PDT

Pada suatu hari, en. laki telah berbaik hati bawak aku bercuti ke Kemaman, Trengganu. Sebenarnya pada aku Kemaman tak ada apa pun yang menarik….that's if you're looking for excitement… pekan kecik, shopping komplek pun satu je, The Store yang dah burok..  TETAPI… aku SUKA Kemaman…aku pun tak tau kenapa… ok lah to be fair sebenarnya Kemaman is rapidly membangun (boleh..? sebab aku tak tau apa perkataan omputeh untuk membangun…? hahahaha) sebab ramai orang yang kerja O & G kat sini and other stuff la… bla,bla, bla… bosan nak cerita part ni sebab bukan aku tau pun… Yang aku tau pergi Kemaman sebab nak pergi Hai Peng Kopitiam (tapi masa ni tak pergi sebab kedai tu tutup sebulan plak!!..), pi makan satar kat Kuala Kemaman and aku suka nak pergi ke …… PANTAI KEMASIK ni hah!….Cantik kauuuuu! Walaupun dilarang bermandi manda dan dia suruh kau 'awasi anak anda' I loooOOvveee the place.. Over khan aku???  Tengok..!!

Ni kalau korang nak hilang akal ke bercanda di pasiran pantai, tergolek-golek ala-ala kena salut dengan breadcrumb yang nak digoreng pun BOLEH! Tak de sape berani ketawa kan… berani tengok ramai-ramai je….

cantik sungguh di mata ku…

Memang lah amazing, masyallah cantik nye ciptaan nye…. Masa aku pi mempaparazi kan gambar2 pantai ni, en. laki tengah buat taik mata dalam keta… Tak koser aku dok lelama dlm keta tunggu dia bangun, kang naya kena tangkap khalwat… ye lah… mana ada orang dah kahwin dok berendut dalam keta.. hehe  :) Itu yang aku gigih pi amek gambar, walaupun kaki ala-ala dengkot2…

Lepas aku dah amek gambar kat pantai kemasik, aku paksa en.laki bangun and we all ronda ke depan sikit… Sampai traffic light belok kanan, masuk dalam tu… kawasan kampung, rumah-rumah orang. Yang best nye rumah diaorang betul2 mengadap laut… Pastu sampai kat satu tempat ni …ada satu gerai kecik jual minuman/makanan kat situ.. signboard tulisan tangan – Teluk Belanga… So aku tak tau lah whether itu nama pantai kat atas ni… Kawasan ni pun tak bleh mandi-manda…

Still at the same place….

Kat pantai ni banyak batu-batu besar… Impressive giler..

Nampak tak dalam gambar kat atas ni, yang nuuunnn jauh tu nampak balam-balam macam batu-batu tu..? Itu lah pantai kemasik yang 2nd picture tu…. hehe

I know swimming is prohibited tapi aku nakkkk jugak rendam kaki ku yang buruk ni kat pantai, kena pasir, kena buih ombak… by the way, air laut time ni seejjukkk! Sialpalis tul, aku pun serta merta nak terkencing… ni amek gambar dengan kegigihan menahan dan mengemut agar tidak kekencingan dalam seluar…. hehe

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Homestay Kota Bharu

Posted: 26 Oct 2012 05:31 PM PDT

Rating:

Summary:

Homestay Kota Bharu - Pilihan terbaik :-) 5 star

Ingin percutian yang menarik di Kota Bharu ?

Anda harus cuba Homestay Kota Bharu. Homestay disini adalah antara yang terbaik di Pantai Timur

Kenapa Homestay Kota Bharu?

  1. Murah
  2. Selesa
  3. Terjamin
  4. Bagus

Kebaikan Homestay Kota Bharu ?

  1. Berdekatan dengan bandar
  2. Banyak kedai berdekatan
  3. Suasana kampung tapi berciri bandar
  4. Keselesaan terjamin
Homestay Kota Bharu 4

Homestay Kota Bharu 4

Homestay Kota Bharu 3

Homestay Kota Bharu 3

Homestay Kota Bharu

Homestay Kota Bharu

Homestay Kota Bharu 2

Homestay Kota Bharu 2

Sedikit Info Kota Bharu ?

Kota Bharu (KB) ialah ibu negeri Kelantan. Bandar ini mula dibuka pada masa pemerintahan Sultan Muhammad II pada tahun 1844, dan merupakan bandar tertua di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandar ini terletak tidak jauh dari muara Sungai Kelantan. Kota Bharu menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan negeri Kelantan. Jumlah penduduk pada 2010 ialah 491,237 orang, menjadikannya bandar terbesar di pantai timur Semenanjung. Kota Bharu tidak mempunyai rangkaian lebuh raya tetapi boleh dihubungi melalui lebuh raya terdekat Lebuhraya Pantai Timur dan susur keluar di Jabor, Kemaman dan meneruskan melalui Jalan Persekutuan 12 ke Kuala Berang dan Kuala Terengganu dan menuju ke Kota Bharu atau Lebuhraya Utara Selatan di persimpangan Simpang Pulai yang melalui Cameroon Highland menuju ke Gua Musang dan seterusnya ke Kota Bharu di Jalan Persekutuan 8 . Kota Bharu juga tidak mempunyai rangkaian kereta api tetapi boleh menggunakan stesen kereta api terdekat di Wakaf Bharu 5 kilometer ke utara Kota Bharu.

Sedikit Info Tentang Kelantan ?

Kelantan Darul Naim atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 14 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Thailand . Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.

Berdasarkan pada Bancian Tahun 2000, Kelantan mempunyai seramai 1,313,014 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%. Berdasarkan bancian tersebut, 95% beragama Islam, diikuti dengan agama Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama 0.2%.

Kelantan Darul Naim terdiri daripada 10 jajahan iaitu :-
Jajahan Kota Bharu
Jajahan Pasir Mas
Jajahan Tumpat
Jajahan Pasir Puteh
Jajahan Bachok
Jajahan Kuala Krai
Jajahan Machang
Jajahan Tanah Merah
Jajahan Jeli
Jajahan Gua Musang
Jajahan Kecil Lojing

Bandar-bandar utama di negeri Kelantan termasuklah Kota Bharu (ibu negeri), Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli, Rantau Panjang dan Pangkalan Chepa.

Kegiatan Homestay seperti di Homestay Kota Bharu semakin meluas di setiap jajahan. Ia disebabkan faktor kedatangan pelancong di dalam dan luar neagra yang merancakkan ekonomi negeri ini.

Negeri Kelantan mengalami iklim tropika yang baik, di mana hampir setiap tahun hujan turun dengan berselang-seli mengikut bulan tertentu. Biasanya, hujan yang lebat akan berterusan selama beberapa hari atau selama beberapa bulan. Bulan-bulan yang mengalami hujan yang paling kerap ialah bulan November, Disember dan Januari, iaitu pada musim tengkujuh. Suhu setiap hari dianggarkan lebih kurang 21 °C.

Cubalah Homestay Kota Bharu !!

Anda pasti takkan rugi…. Servis first class tu :-)

Homestay Kota Bharu - Pilihan terbaik :-) 5 star

L.O.V.E~: ~pengalaman 8jam perjalanan trg-kl

Posted: 30 Oct 2012 07:30 PM PDT

huwa..huwa..huwa....
this is 1st time experience for us....
selama ni mr azam mmg plan betul2 perjalanan...
either nak balik penang or trg....

abg bertolak kul 9am, aku bertolak kul 11am...
dari saturday lagi aku tanya mr azam nak bertolak kul brp...
tp dia x bg jawapan pun....
aku rasa mungkin dia pun faham...
balik kali ni sekejap sangat...jumaat-ahad...
biasanya, kitAorg akan bertolak awal2 pagi (lepas subuh) utk balik kl...
sebab nya, mr azam xnak bertembung dgn lori2 kelapa sawit @ kenderaan yang banyak atas jalan...
and of course dia bimbang kan kat jalan jerangau jabor tu...
sbb situ kan jalan biasa.....
so, balik kali ni, aku rasa dia nak balik lewat skit la...
ye la..mcm x puas kan balik...sekejap sangat....
kalau ikut mr azam, dia nak balik kl semalam...
tp sbb aku dah ada kelas monday tu, nak buat mcm mn kan....

lgpun masing2 mcm penat lg sbb saturday tu ada kenduri akikah my nephew...
tu lg satu faktor dia bertolak lambat sikit...
masa nak kuar rumah tu, kawan sekampung aku si M dah call...
dia tnya aku kat mana, aku kata aku br nak bertolak...abg dah bertolak...
aku tnya dia kat mana, dia dah kat cheneh....
owh..kiranya dia lead la...xpela...aku pesan, kalau ada jam kat mana2 please inform...

ok..perjalanan pun di mulakan....
baik kat jalan jerangau jabor or lpt, kereta banyak....
banyak dari biasa2...standard la kan..musim raya....
masa dekat simpang bukit besi tu pun dah stuck sekejap....
tnya abg, abg kata kat situ mmg mcm tu...tp sekejap je tu...
mmg sekejap je la...
pastu ada lg stuck kat mana ntah...tp kejap2 je la....

masuk2 lpt, tgk kereta dah bnyk...
abg kata dia berenti kat r n r kuantan...
kitaorg berenti la kejap tepi jalan tu tunggu abg sbb nak konvoi sekali..
si M dah call katanya lepas je Lanchang, lpt jammed teruk....
dia suruh kami keluar temerloh..
masa tu dia stuck kat jammed tu, dia x sempat nak exit mana2....
terus kami on Ipad, bukak gps...
mr azam guna WAZE...aku rasa waze ni sangat memberi info berbanding sygic or apa2 lg la gps apps....
tgk2 waze mmg tunjuk jammred start lanchang tu...
abg ajak kuar temerloh, mr azam ajak kuar lanchang.
sbb yg jammed tu lepas exit lanchang.
ok, proceed...punya la kami speed sedikit sbb takut jammed tu akan merebak ke sebelum exit tu...
fuh...alhamdulillah sempat...
call si M, tnya direction sbb takut cik waze salah bg arahan kan....
seb baik la arahan cik waze tu sama je dgn direction yg si M bgtau..

tp bila habis jalan lanchang tu, mmg nak xnak kena masuk highway balik...
tp si M suruh masuk sekejap je..lepas bayar tol, terus exit ke bentong timur tu plak....
gigih la kereta aku dgn abg mengharungi jammed tu...
teruk sgt aku rasa....stuck kat 1 jam jugak la situ kot....
padahal dekat je nak smpai ke bentong timur tu....

masuk bentong timur, lalu jalan biasa lagi...
ikut arahan cik waze dan si M....
berenti isi minyak jap kat shell situ, g toilet semua...
then teruskan perjalanan....
jalan mmg bersimpang siur.....
kereta pun banyak, agak nya yg lalu jln dalam ni mcm kitaorg gak kot...
nak avoid jammed...
tp even kereta banyak, perjalanan smooth la...
smpai la satu jalan ni, jalan kecik je..
cik waze suruh masuk, kami tgk kereta depan kami pun masuk..
si M kata jgn masuk sbb tu jalan masuk ke highway balik...
mr azam dah siap pusing balik dah nak masuk jln tu (sbb kami terlepas jalan tu)
tp abg kata xyah, teruskan perjalanan..mr azam ikut je la even cik waze tunjuk, highway dah clear...
x smpai 5km lepas tu kot, jalan jammed....korang bayangkan jalan dalam jammed...
jalan bersimpang siur dgn xbleh nak overtake lagi..hazab...
stuck kat situ la yg lama nya....
rupa2nya dia stuck kat smpai ke genting sempah...
r n r genting sempah tu ya rabbi..penuh kereta....
si M kata terus je ikut genting highland, masuk jalan gombak lama tu...
tp mr azam xnak, abg pun xnak..kami masuk highway balik...
elok2 je lepas tol karak, jammed pun bermula...
cik waze kata, jammed ni smpai la ke tol gombak....
tp seb baik la x lama sgt kan...
pukul 7 ptg, kami smpai la kat tol gombak.....
fuh...perjalanan yg sungguh memenat kan.....

mr azam dah serik dah..
hahaha..ala..plus pun jammed gak hari tu kan...
pendek kata, sapa2 yg balik kl hari ahad tu, x kira ke mana destinasi, mmg merasa jammed kan....

ada kwn aku, kul 4 ptg dr jerantut, smpai kl kul 330am....
ada sorang ni kawan aku dr trg kul 4 ptg smpai kl 530am...
dah la tuh, nasib baik x accident sbb sleepy...
adoi...tu kes bahaya tu...
apa2 pun alhamdulillah semua nya selamat.....
nasib baik la jugak anak2 x meragam dalam kereta...
cuma kelaparan la....
ma dah suruh bw bekal tp xnak bw...
ma ada la bagi telur rebus, anak2 makan telur rebus je dalam kereta..
pastu masa singgah kat shell tu, beli roti kat diaorg....
bekalan air mmg mencukupi la....

ni semua pengalaman kan...
apa2 pun syukur alhamdulillah selamat sampai ke rumah manis rumah....:)

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


Atiqah Sayuti: Survival Laut @ <b>Pulau Bidong</b>

Posted: 21 Oct 2012 06:35 AM PDT

Salam from Taman Rakan, Kajang, Selangor Darul Ehsan ;)
Ehem. Sebulan dah. Sebulan. Akhirnya ku pulang ke rumahku syurgaku. Rindu-rinduan terhadap ibu ayah, bantal busuk, katil busuk dapat ku lepaskan jua. Sobs. Banyak cerita. Banyak sangat nak kongsi bersama sahabat handai. Namun masa mencemburui aku untuk berkongsi semuanya. Hanya mampu ku coretkan beberapa kisah sahaja.
Tak sangka, memang tak sangka. Si kaki bangku ini masih berpeluang untuk menyertai kem, mengungkap kembali memori zaman sekolah. Tidur dalam khemah tu haibat. Tak sangka juga aku masih mampu 'memuatkan' diri di dalam khemah. Kehkeh. 11-12 Oktober, Kem Induksi Math di Kem Tebu View, Hutan Lipur Lata Belatan (eh betul ke eja nih?). Dapat jua ku ukirkan beberapa pengalaman baru, berkenalan dengan teman baru sesama jabatan, merapatkan lagu ukhuwah antara kami.
Selang beberapa hari, 16-17 Oktober pula pelajar tahun 1 ambilan ke-2 diwajibkan untuk mengikuti Survival Laut di Pulau Bidong. Tahu tak ini lagi menarik ? Pengalaman baru yang mungkin takkan berulang kembali memandangkan aku..... 'indoor person'. 


Introducing....classmate yang hari-hari tengok muka ku, Norhafizah. Tepuk3
Suasana di pagi hari. Feeling Ka Ho Na Pyar Hai sikit
Kitaorang ada 4 aktiviti secara marathon ; memancing, snorkeling, jungle trekking @ jejak warisan dan berkayak. Tapi sebelum tu para pelajar dikehendaki melepasi aktiviti Water Confident terlebih dahulu. Ni benda baru bagi aku, nak aku berenang-renang sesaja memang takkan terjadi la rasanya. Kalau family pergi bercuti kat Port Dickson pun aku sekadar menguis-kuis pasir di kaki sahaja. Huhu. Best bila pakai jaket kuning tu terapung-apung. Rasa awesome je. Patutla swimmer kurus selimmm je. Kaki memainkan peranan penting. 
Time memancing and snorkeling and berkayak tak ada gambar selingan nak letak pulak. Sebabnya memancing and berkayak iz , aku tak berapa suka but snorkeling iz d best ! Daebak ! Tapi still tak ada gambar lah sebab bila masanya aku nak snap gamba sambil melihat ikan-ikang nemo yang comel kan. Rugi-rugi tak bawak kamera Lomo adik aku =.=
So, gambar yang ada untuk selingan sekadar aktiviti Jungle Trekking je. Itupon ni Fizah yang snap gambar sebab aku tak bawak phone ke sana. Konklusi, pengalaman baru yang aku dapat ni boleh bina stamina and semangat kental sikit. Takdela lembik je macam dulu kott. Kuikuikui
Selingan si blogger pari sikit, wuwu
Terik...balik dari pulau je, muka terus berkilat.
SubhanaAllah. Pulau ni cantik sangat. Kadang-kadang rasa macam bukan kat Malaysia. Feeling hindustan lagi, hikhik
p/s : Esok exam Muet, wish me luck ! :D

13 di kerteh - Google Blog Search

13 di kerteh - Google Blog Search


Salahuddin Ayub Tak Setuju Cadangan PKR Pindah Projek RAPID <b>...</b>

Posted: 08 Oct 2012 02:09 AM PDT

alt

 

KUALA LUMPUR 8 Okt - Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub tidak berhasrat untuk memindahkan Projek Penapisan dan Intergrasi Petrokimia (RAPID) ke Kertih, Terengganu.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu memberi jaminan projek RAPID Petronas itu boleh meneruskan operasinya untuk pembangunan Pengerang atau mana-mana tempat di negeri Johor.

"Tidak timbul isu nak memindahkan RAPID ini ke tempat yang lain ataupun kita menolak projek ini. Kita tidak pernah menolak pembangunan di pengerang dan saya memberi jaminan bahawa RAPID Petronans boleh meneruskan pembangunannya."

Salauddin Ayub menegaskan, negeri Johor adalah negeri yang luas dan bukan negeri kecil seperti Melaka, Perlis dan Kuala Lumpur yang tiada ruang untuk menyediakan tanah.

"Saya sekali lagi ingin menyatakan secara rasminya akan menghantar surat rasmi kepada Menteri Besar Johor supaya adakan satu sesi perbincangan terbuka."

"Jika tidak mahu berdebat, kalau fobia sangat berdebat itu tidak mengapa. saya bersedia untuk datang (berdialog)...mungkin dengan beberapa orang yang memiliki kepakaran dalam bidang pembangunan hartanah dan industry minyak dan gas."

Tegas Salahuddin lagi, pembangunan di Pengerang itu dapat mencapai objektif pembangunan yang lestari, bijak dan tidak memangsakan penduduk tempatan.

"Saya tetap dengan prinsip saya, Projek RAPID Petronas boleh menjadikan Pengerang sebagai hub industri minyak dan gas di rantau ini.

"Tetapi dengan satu syarat iaitu 10 kampung itu jangan di hapuskan dan tidak sesekali mengambil perkampungan tradisi rakyat di Pengerang itu."

Tambah beliau, di kalangan pemimpin pakatn bersetuju pembangunan itu di adakan di Johor bukan di Kerteh, Terengganu.

Kenyataan Salahuddin itu susulan daripada cadangan Ketua Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR Wong Cheng yang mahu memindahkan dan memperkecilkan skala perlaksanaan daripada cadangan asal yang diluluskan pihak Kerajaan Pusat.

 

Selasa, 30 Oktober 2012

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Presiden Pas perlu ditumbangkan <b>di Marang</b>

Posted: 23 Sep 2012 10:52 PM PDT

Oleh: Aida Abd Rahman

Presiden Pas, Dato' Seri Abdul Hadi Awang selaku ketua pembangkang di parlimen perlu ditumbangkan terlebih dahulu sebelum `mencantas' pengikut-pengikut bawahan beliau.

Senator Dato' Abdul Rahman Bakar, berkata apabila kepala `hancur', pasti ekor hilang arah dan tidak boleh berjalan dengan betul.

 "Ketua seperti Abdul Hadi perlu ditewaskan memandangkan dia Presiden Pas. Kalau Abdul Hadi kalah bererti kepala macam sudah hancur. Tiada kepala, tidak boleh berjalan . Kita bukan kerat ekor (dahulu), bukan kerat badan, cantas kepala terus.

 "Jadi, di Marang merupakan satu tempat, satu Parlimen yang amat penting menjadi penghulu segala Parlimen di Malaysia kerana ketua Pas ada di sini (Marang)," katanya kepada Teganukita, baru-baru ini.


Dato' Abdul Rahman yang pernah digelar `giant killer' berkata, calon BN perlu mengalahkan Abdul Hadi demi menyelamatkan bukan sahaja Parlimen dan negeri, bahkan negara daripada jatuh ke tangan pemimpin yang berpengaruh dalam Pakatan Rakyat itu.

 Katanya, apabila di peringkat negara tiada presiden (Pas), secara automatik dalam Dewan Rakyat juga tiada lagi suara pembangkang. Bagaimanapun, calon BN yang boleh menumpaskan pemimpin pembangkang yang berpengaruh itu perlulah memiliki kredibiliti dan pemilihannya dapat memberi impak positif kepada pengundi.

 "Dengan tumbangnya Abdul Hadi, membolehkan tiga lokaliti utama, Marang, Terengganu dan juga Malaysia dapat diselamatkan.

 "Jadi, kita harap pihak-pihak berkenaan betul-betul fokus di Marang. Saya kira kalau BN Marang boleh menang, boleh menaikkan lagi moral dan imej BN di Terengganum malah akan menghakiskan pengaruh Pas di negara ini," katanya.

 Beliau juga menganggap kemenangan calon BN menumbangkan Abdul Hadi tidak sama dengan kemenangan BN di 10 kerusi Parlimen lain.

Katanya, kemenangan BN di Parlimen Marang sesuatu yang sangat penting dan istimewa berikutan menjadi kubu utama Pas di negara ini.

 "Jadi, kena pilih calon yang betul-betul layak, yang betul-betul ada rekod, yang betul-betul rakyat terima, yang betul-betul boleh menang. Pilihan calon jangan ikut emosi, jangan ikut suka tidak suka, jangan ikut individu, tapi ikut suara rakyat. Kena pilih hati-hati. Perlu menanyakan semua orang Marang. Buat bancian perlu melibatkan ramai pengundi, mungkin 5,000- 6,000 orang dan jangan hanya merujuk kepada sepuluh orang sahaja (contohnya) sebelum membuat kesimpulan," katanya.

 Dalam pada itu, beliau berpendapat Parlimen Marang perlu diberi peluang sekurang-kurangnya kepada dua muka baru, selain selebihnya mengekalkan pemimpin lama.

 

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


FREE-NI (IKLAN PERCUMA): PUSAT TUISYEN MABAT <b>DI PAKA</b>

Posted: 30 Oct 2012 05:41 AM PDT

Nama: Adzmir Juhari
Email: Adzmirjoe@gmail.com
Website:
Tajuk: PUSAT TUISYEN MABAT DI PAKA
Iklan: Saya menyediakan khidmat Tuisyen di kawasan Paka untuk UPSR.
- Subjek yang di ajar bagi UPSR (Tahun 4,5,6)(B.Melayu,B.Inggeris,Matematik,Sains).
- Yuran RM 25 Bagi Setiap Subjek.
- 8 p.m to 10 p.m (4 Kali Seminggu)
- Kelas diadakan pada hari Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu Sahaja.

Saya mempunyai pengalaman dalam bidang tuisyen selama 3 tahun di Selangor dan Kuala Terengganu. Sekarang bekerja di syarikat Kejuruteraan di Kerteh dan mengajar Tuisyen di Kuala Terengganu pada Hujung minggu untuk subjek B.inggeris.
Sekiranya berminat sila call Cikgu Amir di 014-2940765 untuk tempahan tempat. Tempat adalah terhad kerana sesi pelajaran
dilakukan dalam kumpulan yang kecil.
-Keutamaan tempat adalah bagi pelajar Tahun 6
Ip Pengirim: 175.145.234.108

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>Di</b> Majlis Daerah <b>Besut</b> Oktober 2012

Posted: 03 Oct 2012 09:04 AM PDT


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia Rakyat Negeri Terengganu yang
berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:-

1. Pembantu Penguatkuasa
2. Pembantu Tadbir
3. Penghantar Notis
4. Pemandu Kenderaan

Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang MDB –PS-JKP-04-R1 dengan harga RM1.00
yang boleh didapati di Kaunter Jabatan Perbendaharaan, Majlis Daerah Besut atau menghantar sampul surat berukuran 22 x 35 cm yang bersetem, beralamat sendiri dan wang pos bernilai RM1.00 atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Besut ataupun boleh juga melayari laman sesawang Majlis Daerah Besut di http://www.mdbesut.gov.my.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:-

Yang Dipertua
Majlis Daerah Besut
Kampung Raja , 22200 Besut
Terengganu
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Tarikh Tutup: 15 Oktober 2012

Maklumat lanjut jawatan sila klik sini

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Pembantu Jualan Lemas Ketika Berkelah <b>Di Hulu Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 16 Jul 2012 02:21 AM PDT

HULU TERENGGANU: Hasrat seorang pembantu jualan untuk menghabiskan cuti bersama keluarganya tidak kesampaian apabila mati lemas ketika berkelah di Sungai Perkelahan Belukar Bukit, di sini petang Ahad.

Nurfar Ain Mohd Nor, 19, yang berasal dari Kampung Kubang Kura, Kuala Terengganu lemas kira-kira pukul 4 petang ketika sedang mandi bersama lapan lagi anggota keluarga yang lain.

Bapa Nurfar Ain, Mohd Nor Mamat, 56, berkata 16 anggota keluarganya pergi berkelah berikutan anaknya itu yang bekerja di Johor pulang bercuti.

Menceritakan detik cemas itu, katanya tiba-tiba dia terdengar jeritan daripada Nurfar Ain dan seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan seorang daripada cucu lelakinya yang terkapai-kapai meminta tlong.

"Saya tergamam dan bingung sekejap tidak mampu berbuat apa-apa kerana saya tidak tahu berenang. Namun saya gagahkan diri diri terjun ke sungai dengan menyelamat salah seorang mereka namun saya tidak sempat menyelamatkan Nurfar (Ain)," katanya yang kemudian turut dibantu menantu lelakinya, ketika ditemui di tempat kejadian.

Cucunya pula diselamatkan orang kampung yang berada di situ, katanya.

Mayat Nurfar Ain ditemui penduduk kampung kira-kira 5.33 petang semalam dan dihantar ke Hospital Daerah Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, ASP Mohd Rosli Mohd Amir ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

- BERNAMA

13 di batu rakit - Google Blog Search

13 di batu rakit - Google Blog Search


Bercanda <b>Di</b> Pantai <b>Batu Rakit</b> | Jendela Hidup

Posted: 05 Sep 2012 02:47 PM PDT

Rumah saya memang tak jauh sangat dari pantai...hari raya ke 5 hari tu, sepulangnya dari beraya di rumah sahabat lama di Bari Besar, singgah di Pantai Batu Rakit, anak-anak nak tengok ombak ..

Sudahnya dua-dua masuk dalam air dan kuyup.

Boleh nampak Pulau Redang dari kejauhan.

Insyaallah sampai jugak kami ke Pulau Redang nanti, sekarang tengok dari jauh je dulu.














13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


Tunas Islam: Perasmian Bangunan PASTI baru, Felda <b>Jerangau</b> <b>...</b>

Posted: 29 Oct 2012 03:58 PM PDT

Ukirlah senyuman yang paling manis kerana selain sedeqah, senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati dan senyuman itu menjadi penawar kepada hati yang sakit .

Ya Rabbul Izzati , jika Kau jadikan aku seorang yang merindu , jadikanlah rindu ku kepada syahid dijalan Mu .

Teman yang baik sukar dicari, lebih sukar untuk ditinggalkan dan mungkin mustahil untuk dilupakan. .

Jadilah seperti pokok, apabila manusia melemparkannya dengan kayu dan batu ia melemparkan kepada mereka buah.
Hassan al Banna

Perkataan itu umpama ubat. Jika sedikit memberi manfaat. Jika terlalu banyak mungkin membunuh

Dalam kerendahan diri, ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada keluasan ilmu...
Hidup ini indah jika segala-galanya kerana Allah

Wahai Amilin
Bila engkau letih dan hilang semangat, Allah tahu engkau telah mencuba sedaya-upaya... Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka, Allah telah mengira titis air mata mu...Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkan mu , Allah tetap bersama mu...Bila engkau kebuntuan akal maka Allah adalah penunjuk jalan...Apabila engkau telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah...

ads