Jumaat, 10 Ogos 2012

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Kerajaan <b>Negeri Terengganu</b> - Ogos 2012

Posted: 06 Aug 2012 10:44 AM PDT

Tahniah buat Kontinjen <b>Negeri Terengganu</b> <b>...</b> - Seri Haji Ahmad Said

Posted: 17 Jul 2012 02:03 AM PDT

Alhamdulillah, sekali lagi atlet-atlet Terengganu berjaya membuktikan bahawa kita adalah kuasa baru sukan. Dengan kejayaan 4 tahun berturut-turut telah berjaya membuka mata banyak pihak dalam mengikut modus operandi yang dijalankan oleh kerajaan negeri dalam melahirkan atlet-atlet yang berjaya mengharumkan nama negeri dan Negara.
Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerajaan negeri di atas kejayaan kontinjen Sukma negeri, saya turut menghadiahkan Ahad ini sebagai cuti umum di Terengganu di atas sokongan yang tidak berbelah bagi seluruh rakyat negeri Terengganu kepada kontinjen Terengganu. 

Kejayaan merangkul 62 pingat emas, 24 pingat perak dan 31 pingat gangsa dan merupakan pingat terbanyak yang kita perolehi setakat ini. Walaupun pada mulanya kita hanya mensasarkan 47 pingat emas namun kegigihan atlet-atlet Terengganu berjaya diterjemahkan dengan mendapat 62 pingat emas. Kejohanan SUKMA kali ini juga menyaksikan acara kanu tidak dipertandingkan. Semua sedia maklum, acara ini merupakan lubuk emas bagi kita kerana di kejohanan SUKMA lepas, kita memperolehi pingat terbanyak dalam acara ini. Namun begitu, berkat kegigihan dan kesungguhan para atlet-atlet SUKMA kali ini, kita berjaya sekali lagi melakar kejayaan ini.
Peningkatan dalam beberapa acara sukan seperti memanah, hoki, sepak takraw, dan olahraga menunjukkan peningkatan yang membanggakan. Saya juga percaya, kita akan mampu untuk terus melahirkan atlet-atlet yang akan menggalas tugas untuk mengharumkan nama Negara  dalam bidang sukan. saya turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Abdul Mubin Rahim dari acara angkat berat Terengganu yang dipilih sebagai atlet terbaik lelaki SUKMA 2012. kejayaan beliau dalam memperbaharui rekod kejohanan amat membanggakan seluruh kontinjen Terengganu.  

Hasil kejayaan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terutamanya kepada Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB. Rozi Mamat dan Ketua Kontinjen Sukma Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismail yang banyak mencurah keringat serta idea dalam pembangunan sukan negeri Terengganu.
Malam ini bertempat di Dataran Shahbandar akan diadakan majlis bagi kempen kibarkan jalur gemilang dan di samping bagi meraikan kejayaan atlet-atlet SUKMA Terengganu.  Dijemput kepada semua rakyat Terengganu untuk hadir bagi meraikan kejayaan ini. 
Akhir sekali, saya berharap untuk tahun-tahun berikutnya Terengganu akan teruskan momentum kemenangan sebagai kuasa baru sukan. Insyaallah kerajaan negeri Terengganu akan terus meningkatkan segala prasarana sukan bagi meningkatkan lagi kualiti atlet sukan di negeri Terengganu serta menyediakan segala keperluan bagi terus menghasilkan atlet-atlet sukan yang berjaya di masa hadapan. Kejayaan ini juga telah membuktikan Terengganu memang Hanelang!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads