13 di wakaf tapai - Google Blog Search |
Rumah terbakar: Adun Ajil terkilan 2000 kitab hangus Posted: 09 Aug 2012 05:06 PM PDT KUALA BERANG, Hulu Terengganu - "Saya sangat terkilan kerana kehilangan lebih 2,000 kitab dan buku yang saya kumpul sejak 15 tahun lalu, koleksi ini antara barang yang paling saya sayang dan dibeli di luar negara." Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Datuk Rosol Wahid, ketika ditemui di tapak rumahnya yang hangus ketika umat Islam sedang solat Tarawih, malam kelmarin. Kejadian yang berlaku pada jam 10.15 malam itu memusnahkan hampir 90 peratus struktur rumah berkenaan. Kata Rosol, ketika kejadian kesemua ahli keluarganya tiada di rumah kerana menunaikan solat Tarawih di Masjid Kampung Gaung manakala beliau berada di Wakaf Tapai, Marang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu majlis dan menunaikan solat Tarawih di Kuala Terengganu. Kebakaran tersebut disedari isterinya, Toh Puan Halipah Ahmad yang ternampak kepulan asap dari bahagian dapur rumah sewaktu pulang dari menunaikan solat Tarawih lalu menghubunginya memaklumkan kejadian berkenaan. "Sebelum itu, isteri menghubungi saya memberitahu ingin ke Kampung Menerong menziarahi orang meninggal. Namun tidak berapa lama kemudian, sekali lagi beliau menelefon memberitahu rumah kami terbakar. "Setelah buka pintu, dia lihat api marak dari ruang dapur dan asap berkepul-kepul. "Saya arahkan dia segera meninggalkan rumah dan jangan hiraukan apa-apa kerana khuatir akan keselamatannya. Nasib baik, ketika kejadian tiada sesiapa di rumah kerana empat anak saya berada di rumah mentua di Kampung Gaung, manakala dua lagi di asrama," katanya. Dikunjungi rakan "Rumah ini saya beli daripada pemilik asal pada tahun 2001 lalu dengan harga RM160,000. Kini, dianggarkan harganya mungkin mencecah RM300,000. Walaupun diuji dengan ujian begini, namun saya tetap bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat," katanya kepada pemberita, di sini, malam kelmarin. Sementara itu, tinjauan Sinar Harian ke lokasi kejadian mendapati musibah yang menimpa Adun Ajil ini menarik perhatian penduduk apabila beliau dan keluarga tidak putus-putus menerima kunjungan penduduk termasuk Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Malah, rakan seperjuangan turut kelihatan Adun Bukit Besi, Dungun, Datuk Din Adam; Adun Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail dan Yang Dipertua Dun, Datuk Tengku Putera Tengku Awang. Tidak sangka padam kebakaran rumah abang Sementara itu, anggota bomba dan penyelamat, Kamaruzaman Wahid, berkata dia tidak menyangka terlibat dalam operasi memadam kebakaran di rumah abangnya sendiri. "Saya tidak sangka operasi malam ini (malam kelmarin) membabitkan rumah abang, saya sangat terkejut dan tergamam seketika bila sampai di tempat kejadian," katanya. Namun kata Kamaruzaman, dia terpaksa menahan sebak dan sedaya upaya memadam api yang membakar rumah abang sulungnya itu. "Saya bersyukur kerana kesemua ahli keluarga Abang Long selamat walaupun rumah musnah dalam kebakaran, saya harap Abang Long tabah hadapi ujian ini," katanya. Api marak dengan cepat Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Zazuli Badru ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian tersebut jam 10.19 malam. Menurutnya, dengan menaiki sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian dan kemudiannya dibantu lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai. "Api marak dengan cepat dan memusnahkan 90 peratus struktur rumah. Kebakaran dapat dikawal jam 11 malam namun punca kejadian dan jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan," katanya. |
Hasrat Gadis Naik Pelamin Selepas AidilFitri Tidak Kesampaian <b>...</b> Posted: 07 Aug 2012 07:29 PM PDT Seorang jurujual yang bakal berkahwin selepas Aidilfitri ini maut apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah ambulans dalam satu kejadian kemalangan di lampu isyarat Kampung Kepong, Pengadang Baru, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, mangsa, Che Ku Nurul Hamimie Che Ku Md Amin, 22, dipercayai dalam perjalanan pulang dari bandar menghala ke rumahnya di Kampung Kepong, di sini, dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Ego. Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa yang ingin membelok kanan di lampu isyarat Kampung Kepong, di sini, bertembung dengan sebuah ambulans yang membawa seorang mangsa kemalangan yang berlaku di Wakaf Tapai, Marang menuju ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini. Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HSNZ, kira-kira jam 8.15 malam akibat parah di leher, kepala dan badan. Menurut bapa mangsa, Che Ku Md Amin Che Ku Embong, 62, mangsa anak ketujuh daripada sembilan beradik itu bakal mengakhiri zaman bujangnya selepas hari raya nanti dan telah pun membuat sedikit persiapan menjelang hari bahagianya itu. "Arwah bertunang beberapa bulan lalu dan merancang akan mengadakan majlis perkahwinan selepas hari raya nanti. "Walaupun tarikh sebenar majlis perkahwinan itu belum ditetapkan lagi, namun arwah sudah pun membuat sedikit persiapan menjelang hari bahagianya itu," katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Forensik, HSNZ. Menurutnya, dia mula rasa tidak sedap hati apabila arwah pulang lewat pada hari kejadian kerana kebiasaannya dia tiba di rumah kira-kira jam 6.30 petang untuk berbuka puasa bersama-sama. "Ketika itu, hati saya agak resah dan ia terjawab apabila jiran datang ke rumah memaklumkan Nurul Hamimie terbabit nahas, kira-kira dua kilometer dari rumah kami. "Semasa dimaklumkan khabar itu, kami sekeluarga sedang membuat persiapan untuk berbuka puasa sebelum isteri, Tuan Sharifah Rohani Tuan Embong dan anak bergegas ke hospital, manakala saya tinggal di rumah bersama seorang cucu kerana menyangka arwah hanya terbabit dalam nahas biasa," katanya. Namun tekaannya meleset apabila dimaklumkan keadaan anaknya kritikal, sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu. Menurutnya, arwah seorang anak yang pendiam berbanding anak-anak yang lain dan sebelum ini, arwah tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan sikapnya. Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menjelaskan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu hingga menyebabkan kematian. Dalam perkembangan sama, seorang lagi mangsa kemalangan yang berada di dalam ambulans berkenaan, Ngah Ismail, 70, meninggal dunia kira-kira jam 10.30 malam ketika menerima rawatan di wad kecemasan HSNZ. Sebelum itu, arwah merupakan mangsa kemalangan langgar lari ketika menunggang motosikal di Wakaf Tapai, Marang dan telah dibawa oleh ambulans terbabit untuk mendapatkan rawatan susulan di HSNZ. No related posts. |
You are subscribed to email updates from di wakaf tapai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan