13 di wakaf tapai - Google Blog Search |
Gadis Dijadual Naik Pelamin Lepas Aidilfitri Maut! Posted: 07 Aug 2012 06:07 PM PDT KUALA TERENGGANU – Seorang jurujual yang bakal berkahwin selepas Aidilfitri ini maut apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah ambulans dalam satu kejadian kemalangan di lampu isyarat Kampung Kepong, Pengadang Baru, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, mangsa, Che Ku Nurul Hamimie Che Ku Md Amin, 22, dipercayai dalam perjalanan pulang dari bandar menghala ke rumahnya di Kampung Kepong, di sini, dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Ego. Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa yang ingin membelok kanan di lampu isyarat Kampung Kepong, di sini, bertembung dengan sebuah ambulans yang membawa seorang mangsa kemalangan yang berlaku di Wakaf Tapai, Marang menuju ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini. Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HSNZ, kira-kira jam 8.15 malam akibat parah di leher, kepala dan badan. Menurut bapa mangsa, Che Ku Md Amin Che Ku Embong, 62, mangsa anak ketujuh daripada sembilan beradik itu bakal mengakhiri zaman bujangnya selepas hari raya nanti dan telah pun membuat sedikit persiapan menjelang hari bahagianya itu. "Arwah bertunang beberapa bulan lalu dan merancang akan mengadakan majlis perkahwinan selepas hari raya nanti. "Walaupun tarikh sebenar majlis perkahwinan itu belum ditetapkan lagi, namun arwah sudah pun membuat sedikit persiapan menjelang hari bahagianya itu," katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Forensik, HSNZ. Menurutnya, dia mula rasa tidak sedap hati apabila arwah pulang lewat pada hari kejadian kerana kebiasaannya dia tiba di rumah kira-kira jam 6.30 petang untuk berbuka puasa bersama-sama. "Ketika itu, hati saya agak resah dan ia terjawab apabila jiran datang ke rumah memaklumkan Nurul Hamimie terbabit nahas, kira-kira dua kilometer dari rumah kami. "Semasa dimaklumkan khabar itu, kami sekeluarga sedang membuat persiapan untuk berbuka puasa sebelum isteri, Tuan Sharifah Rohani Tuan Embong dan anak bergegas ke hospital, manakala saya tinggal di rumah bersama seorang cucu kerana menyangka arwah hanya terbabit dalam nahas biasa," katanya. Namun tekaannya meleset apabila dimaklumkan keadaan anaknya kritikal, sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu. Menurutnya, arwah seorang anak yang pendiam berbanding anak-anak yang lain dan sebelum ini, arwah tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan sikapnya. Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menjelaskan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu hingga menyebabkan kematian. Dalam perkembangan sama, seorang lagi mangsa kemalangan yang berada di dalam ambulans berkenaan, Ngah Ismail, 70, meninggal dunia kira-kira jam 10.30 malam ketika menerima rawatan di wad kecemasan HSNZ. Sebelum itu, arwah merupakan mangsa kemalangan langgar lari ketika menunggang motosikal di Wakaf Tapai, Marang dan telah dibawa oleh ambulans terbabit untuk mendapatkan rawatan susulan di HSNZ. Labels: Berita |
You are subscribed to email updates from di wakaf tapai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan