Isnin, 13 Ogos 2012

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Hulu Terengganu</b> - Julai 2012

Posted: 16 Jul 2012 12:14 PM PDT

JAWATAN:
1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
2. PENOLONG AKAUNTAN W27
3. PELUKIS PELAN J17
4. TUKANG K3
5. PEMANDU R3
6. PEMBANTU AM PEJABAT N1

IKLAN JAWATAN:
http://mdht.terengganu.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=a5f255d6-dd10-4077-b4c0-d5add0b82159&groupId=17465

BORANG PERMOHONAN:
http://mdht.terengganu.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=a5f255d6-dd10-4077-b4c0-d5add0b82159&groupId=17465

Borang Permohonan hendaklah dihantar ke:

Yang Di Pertua
Majlis Daerah Hulu Terengganu,
21700 Kuala Berang,
Hulu Terengganu.

TARIKH TUTUP : 19 Ogos 2012

Kerana dendam, buruh mati dipukul <b>di Hulu Terengganu</b> | Berita <b>...</b>

Posted: 10 Aug 2012 07:34 AM PDT

HULU TERENGGANU: Gara-gara perselisihan faham dan dendam, seorang buruh maut setelah dipukul menggunakan objek keras dalam satu pergaduhan di Kampung Tajin Banggol di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, mangsa yang berumur 24 tahun didatangi tiga lelaki berusia antara 20 dan 23 tahun yang bertindak membelasah mangsa berhampiran sebuah bengkel motosikal.

Timbalan ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Mohd Jamil berkata kejadian itu adalah rentetan perselisihan faham antara mangsa dan seorang daripada suspek beberapa jam sebelum insiden.

Kira-kira pukul 9.45 malam Selasa, mangsa dipercayai menampar muka suspek dan kedua-duanya dipercayai mabuk. Berang dengan tindakan itu, suspek kemudian membawa dua rakannya membelasah mangsa, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

"Mangsa juga dipercayai dihentak ke lantai dan dipukul sehingga pengsan, sebelum diseret dengan motosikal sejauh 700 meter dan dicampak di hadapan rumah mangsa," katanya.

Hamzah berkata ibu mangsa hanya menyedari kejadian itu kira-kira pukul 6.30 pagi apabila ternampak mangsa terbaring di depan rumah.

Ibunya cuba mengejutkan pemuda itu namun tiada tindak balas menyebabkan dia menghubungi ambulans untuk dibawa ke hospital bagi mendapat rawatan.

Mangsa yang dihantar ke Hospital Hulu Terengganu kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu bagi rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia kira-kira 9 pagi.

"Selepas dua jam siasatan dijalankan pihak polis berjaya menahan ketiga-tiga suspek di rumah masing-masing, dua daripadanya di Kampung Tajin dan seorang di Kampung Gemuruh, di sini.

"Kesemua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Sementara itu, adik perempuan mangsa yang berusia 22 tahun ketika ditemui, berkata abangnya berkelakuan pelik beberapa hari sebelum kejadian.

Katanya abang sulungnya itu ada menyatakan dia tidak mahu membeli baju raya pada tahun ini kerana raya tahun ini tidak memberi apa-apa makna kepadanya.

"Kami sekeluarga terkejut ketika adik-adik hendak ke sekolah ternampak abang dalam keadaan terlentang di sebelah motor dengan hidung serta kaki dengan kesan diseret.

"Pada mulanya kami ingat dia tertidur bagaimanpun selepas beberapa kali dikejut masih tiada respons dan terus menghubungi pihak hospital," katanya. – Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/10

Article source: http://www.hmetro.com.my/articles/Keranadendam_buruhmatidipukuldiHuluTerengganu/Article/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads