13 di bukit besi - Google Blog Search |
- ::SENYUM SEINDAH SURIA::: Dulunya <b>Bukit Besi</b>
- teganuku: <b>Bukit Besi</b> Bakal Kembali Gemilang Sebagai Nadi Ekonomi
- <b>Bukit Besi</b> bakal kembali gemilang sebagai nadi ekonomi | Darul Iman
::SENYUM SEINDAH SURIA::: Dulunya <b>Bukit Besi</b> Posted: 06 Aug 2012 05:52 AM PDT Hye Sume (^_^)v Tiba-tiba terdetik rasa macam nak post mengenai SEJARAH BUKIT BESI.. yang dulunyer sgt terkenal dimata dunia... (^_-) dan untuk pengetahuan anda semua,.. perlombongan bijih besi nie masih lg berlaku tetapi agak kureng berbanding dahulu... Ape2pon.. Ayahku bekerja disini.. pencarian rezeki kami disini... Alhamdulillah.. berkat usaha dan doanya.. samapai jugak aku ke Universiti...
Tinggalan Sejarah Bukit Besi yang masih ada Kronologi Sejarah Bukit Besi 1916 - Ahli Kajibumi Jepun, Mr Kuhara datang ke Dungun membuat Kajian di Chemuak, Hulu Dungun. Hasil kajian menunjukkan wujudnya bijih Besi dalam jumlah yang banyak di kawasan tersebut. 1925 - Syarikat Kuhara Mining Ltd membuka lombong di Machang Setahun 1929 - Kerajaan Terengganu secara rasminya telah mengeluarkan 'Mining Lease' kepada syarikat Kuhara Mining Ltd. Dengan keluasan 1080 ekar. 1930 - Pengurus lombong pertama R . Kunada memulakan tugas dalam bulan April. Jalan kereta api Dungun-Bukit Besi dapat disiapkan di stesen Che Lijah. Beberapa tahun kemudian, berlaku pemberhentian pekerja kerana kurang permintaan. 1934 - Keadaan pulih semula dan permintaan semakin bertambah. Pekrja yang diberhentikan diambil semula dan pekerja baru ditambah. 1935 - Jumlah penduduk di Bukit Besi meningkat sehingga 6,000 orang (termasuk 3,000 pekerja). 1936 - sebuah terowong di Bukit Tebuk dapat disiapkan. Tempat memunggah bijih dipindahkan dari Che Lijah ke Nibong. 1938 - Pekerja Cina berhenti kerja beramai-ramai kerana wujudnya sentimen anti-Jepun akibat dari peperangan yang berlaku antara Jepun dan China, mengakibatkan syarikat perlombongan hampir lumpuh. Pekerja baru terpaksa dicari, kebanyakannya diambil terus dari India. 1945 - Berakhirnya perusahaan perlombongan bijih besi oleh NMC pada akhir tahun 1945. 1946-1948 - Tiada aktiviti perlombongan kerana tiada permintaan dan darurat. 1948 - Kerajaan British memutuskan untuk menjual harta lombong Bukit Besi kepada Eastern Mining and Metal Berhad (EMMCO) pada bulan Ogos. 1950 - Kegiatan perlombongan oleh EMMCO dijalankan secara besar-besaran, kesan daripada peperangan dan bertambahnya permintaan dari Jepun. 1.10.1970 - Lembaga Pengarah EMMCO membuat keputusan muktamad untuk menutup lombong bijih besi. (^_^)v Kalo ade sape2 yang berminat untuk melhat tinggalan sejarah nie.. rase2 nyer,.. ada cara untuk melawat.. berhubung la dengn Ketengah BUKIT BESI... sbb kat bukit besi ade galeri sejarah bukit besi... (^_^) xrugi kan kalo kita ambik tahu sejarah.. "Sesiapa yang melupakan sejarah pasti mengulanginya" - George Santayana update! tetiba jumpe plak... Galeri Sejarah Bukit Besi, Bandar Bukit Besi, Dungun, Tel : 09-8337217 / 219 Fax : 09-8337217 Sabtu-Khamis : 9.00pg -4.00ptg credit to BUKIT BESI BLOG, ALAMI TERENGGANU |
teganuku: <b>Bukit Besi</b> Bakal Kembali Gemilang Sebagai Nadi Ekonomi Posted: 03 Aug 2012 02:44 PM PDT Bukit Besi berpotensi untuk mengulangi zaman kegemilangannya sebagai salah satu nadi ekonomi negeri apabila prasarana pengangkutan dan perhubungan terbaru, Laluan Rel Pantai Timur (ECRR) dipanjangkan ke situ. Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Bukit Besi, Datuk Din Adam berkata, daripada kawasan yang agak terpencil, ia bagaikan sudah mendapat nafas baru dengan laluan Lebuh Raya Pantai Timur yang mula menjana perubahan. Beliau berharap kesediaan Kerajaan Pusat meluluskan projek yang dicadangkan dari Kuantan ke Kertih disambungkan sehingga ke Bukit Besi itu kelak benar-benar menjadi kenyataan. "Ia (perubahan) akan menjadi lebih pantas dan mungkin tidak terjangka, apatah lagi, kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan mula beroperasi pada tahun ini dan aktiviti perusahaan bijih dirancakkan. "Ia bakal menyediakan kemudahan baru kepada pelabur dan menyediakan lebih banyak penghubung Bukit Besi dengan dunia luar dan masyarakat perlu bersedia untuk memanfaatkan perubahan," ujar Din kepada Utusan Malaysia di Dungun semalam. Kelmarin Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco memaklumkan bahawa fasa pertama ECRR sejauh 109 kilometer (km) bakal dipanjangkan 35 kilometer lagi sehingga ke Bukit Besi. Ia bagi membolehkan bekalan bijih besi dari daerah itu dibawa ke kawasan Perindustrian Telok Kalong, juga perkhidmatan kargo dan penumpang dapat diperkenalkan di negeri ini . Ahmad Said berkata, tambahan laluan rel telah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC) beberapa hari lalu. "Sebelum ini kerajaan meluluskan projek ECRR sejauh 109km dari Kuantan ke Kertih tapi saya mohon agar ia disambung hingga ke Bukit Besi, Dungun dan beliau (Perdana Menteri) telah bersetuju," katanya. Tambah Menteri Besar, dengan pembinaan laluan keretapi itu yang dijangka siap 2016, ia juga bukan sahaja memudahkan bekalan bijih besi diangkut, malah membolehkan ia digunakan untuk membawa penumpang. Cadangan ECRR melibatkan laluan sepanjang 600km itu dirancang menghubungkan Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan, melalui Mentakab, Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu. |
<b>Bukit Besi</b> bakal kembali gemilang sebagai nadi ekonomi | Darul Iman Posted: 05 Aug 2012 06:26 AM PDT DUNGUN 3 Ogos Utusan- Bukit Besi berpotensi untuk mengulangi zaman kegemilangannya sebagai salah satu nadi ekonomi negeri apabila prasarana pengangkutan dan perhubungan terbaru, Laluan Rel Pantai Timur (ECRR) dipanjangkan ke situ. Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Bukit Besi, Datuk Din Adam berkata, daripada kawasan yang agak terpencil, ia bagaikan sudah mendapat nafas baru dengan laluan Lebuh Raya Pantai Timur yang mula menjana perubahan. Beliau berharap kesediaan Kerajaan Pusat meluluskan projek yang dicadangkan dari Kuantan ke Kertih disambungkan sehingga ke Bukit Besi itu kelak benar-benar menjadi kenyataan. "Ia (perubahan) akan menjadi lebih pantas dan mungkin tidak terjangka, apatah lagi, kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan mula beroperasi pada tahun ini dan aktiviti perusahaan bijih dirancakkan. "Ia bakal menyediakan kemudahan baru kepada pelabur dan menyediakan lebih banyak penghubung Bukit Besi dengan dunia luar dan masyarakat perlu bersedia untuk memanfaatkan perubahan," ujar Din kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Kelmarin Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco memaklumkan bahawa fasa pertama ECRR sejauh 109 kilometer (km) bakal dipanjangkan 35 kilometer lagi sehingga ke Bukit Besi. Ia bagi membolehkan bekalan bijih besi dari daerah itu dibawa ke kawasan Perindustrian Telok Kalong, juga perkhidmatan kargo dan penumpang dapat diperkenalkan di negeri ini . Ahmad berkata, tambahan laluan rel telah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC) beberapa hari lalu. "Sebelum ini kerajaan meluluskan projek ECRR sejauh 109km dari Kuantan ke Kertih tapi saya mohon agar ia disambung hingga ke Bukit Besi, Dungun dan beliau (Perdana Menteri) telah bersetuju," katanya. Tambah Menteri Besar, dengan pembinaan laluan keretapi itu yang dijangka siap 2016, ia juga bukan sahaja memudahkan bekalan bijih besi diangkut, malah membolehkan ia digunakan untuk membawa penumpang. Cadangan ECRR melibatkan laluan sepanjang 600km itu dirancang menghubungkan Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan, melalui Mentakab, Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu. |
You are subscribed to email updates from di bukit besi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan