13 di marang - Google Blog Search |
Cempaka Biru: Pasar pagi <b>di Marang</b> Posted: 18 Jun 2012 01:07 AM PDT Jenuh cari parking , sampai kat sini baru ada. Menapaklah kami ke pasar Marang. Kelihatan Menara tinjau.Boleh namapak Pulau Kapas dari sini. Pagi Sabtu, pagi pagi terus bersiap laki bini nak pergi ke Pasar pagi di Marang . Bukan apa cik abang saya ni nak cari nasi dagang. Pedahal tuan rumah dah siapkan nasi dagang kat rumah. Nak makan di kedai syok sikit sambil jamu mata cara orang Trengganu bersarapang pagi. Kami makan di kedai depan pasar ini. Puas meninjau lepas satu ke satu kedai, tak ada jual nasi dagang rupanya. Yang ada roti canai, pulut, nasi minyak(nasi kuning), dan laksam. Antara menu yang sempat saya nampak. Dek kerana tak ada nasi dagang di kedai makan yang kami duduk, saya pun berjalan kaki ke Pasar Bandar Marang tu. Dapatlah beli nasi dagang yang diidamkan. Suami saya dah cop meja. Alih-alih bila sampai penuh dengan kaum kerabat ni ,tengah menjamu selera. Mereka ni dari KL nak candat sotong. Lalu , duduklah kami bersarapan sekali . Sebabnya meja lain semua penuh dengan manusia. Maklumlah cuti...orang Terengganu sendiri pun suka minum pagi kat luar.Campur dengan orang luar yang singgah bertambah-tambahlah ramainya. Entah dapat ke tidak sotong budak-budak ni... View ini di hadapan kedai makan tadi. Cantik.... Saya beli kat makcik ni...sebungkus 2 rial. Saya tibai sebungkus nasi dagang dan sebungkus laksam. Suami saya , makan lagi sepinggan nasi dagang bila balik dari pasar ni kat rumah sepupu saya. |
You are subscribed to email updates from di marang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan