Rabu, 18 Julai 2012

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Pembantu Jualan Lemas Ketika Berkelah <b>Di Hulu Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 16 Jul 2012 02:21 AM PDT

HULU TERENGGANU: Hasrat seorang pembantu jualan untuk menghabiskan cuti bersama keluarganya tidak kesampaian apabila mati lemas ketika berkelah di Sungai Perkelahan Belukar Bukit, di sini petang Ahad.

Nurfar Ain Mohd Nor, 19, yang berasal dari Kampung Kubang Kura, Kuala Terengganu lemas kira-kira pukul 4 petang ketika sedang mandi bersama lapan lagi anggota keluarga yang lain.

Bapa Nurfar Ain, Mohd Nor Mamat, 56, berkata 16 anggota keluarganya pergi berkelah berikutan anaknya itu yang bekerja di Johor pulang bercuti.

Menceritakan detik cemas itu, katanya tiba-tiba dia terdengar jeritan daripada Nurfar Ain dan seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan seorang daripada cucu lelakinya yang terkapai-kapai meminta tlong.

"Saya tergamam dan bingung sekejap tidak mampu berbuat apa-apa kerana saya tidak tahu berenang. Namun saya gagahkan diri diri terjun ke sungai dengan menyelamat salah seorang mereka namun saya tidak sempat menyelamatkan Nurfar (Ain)," katanya yang kemudian turut dibantu menantu lelakinya, ketika ditemui di tempat kejadian.

Cucunya pula diselamatkan orang kampung yang berada di situ, katanya.

Mayat Nurfar Ain ditemui penduduk kampung kira-kira 5.33 petang semalam dan dihantar ke Hospital Daerah Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, ASP Mohd Rosli Mohd Amir ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads