13 di seberang takir - Google Blog Search |
Umno DUN <b>Seberang Takir</b> Buka Pusat Rawatan Untuk Pesakit <b>...</b> Posted: 24 Jun 2012 03:40 AM PDT KUALA TERENGGANU, 23 Jun (Bernama) — Bagi menjaga kebajikan dan kemudahan pesakit angin ahmar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir menjalani rawatan susulan, Umno menyediakan Pusat Rawatan Kesihatan Fisioterapi di Bangunan Penyelaras Umno DUN Seberang Takir. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Negeri Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pusat itu dijadual siap dan beroperasi menjelang September ini. Beliau berkata kemudahan pengangkutan juga bakal disediakan untuk mengambil dan menghantar pesakit angin ahmar yang kebanyakannya adalah orang tua dari rumah masing-masing. "Sebelum ini, mereka terpaksa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk membuat rawatan fisioterapi yang agak menyukarkan mereka dari segi batasan pergerakan, tenaga dan wang ringgit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program gotong royong perdana mencegah denggi di Kampung Baru Seberang Takir di sini, hari ini. Beliau berkata ketika ini urusan pembelian peralatan fisioterapi sedang dilakukan dengan kerjasama kerajaan negeri Terengganu dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. – BERNAMA |
You are subscribed to email updates from di seberang takir - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan