Selasa, 26 Jun 2012

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


Melayan Nafsu <b>Di Kuala Berang</b> | Hidup Biar Sedap

Posted: 29 May 2012 07:41 PM PDT

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description

Posted with WordPress for BlackBerry.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya, perubatan, perundangan dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Kujie

Post Lain Yang Berkaitan:

  1. Nafsu Bercollagen
  2. Mengawal Nafsu
  3. Bayar Lebih 20 Sen Untuk Nafsu
  4. Kuala Lumpur – Jakarta – Bandung
  5. Berlagak Macam Merak Di Taman Burung Kuala Lumpur

HANNA RAZ: Hari Ketiga Praktikum <b>di Kuala Berang</b>

Posted: 24 Jun 2012 01:28 AM PDT


Selasa, 20 Mac 2012 : Hari ketiga bergelar guru praktikum. Dengan memakai seragam pegawai Leftenan Muda KRS, aku dapat melihat kelainan pada pandangan mata guru-guru perempuan yang lain terhadap aku dan Pah. Pedulikan! Aku pun tak selesa. Tapi nak buat macam mana, dah terpaksa.
Hari yang 'bertuah' .. aku ada 3 kelas. Rasa macam nak rakam je suara, pastu bila masuk kelas pasang aje rakaman tu. Aku rasa aku kena belajar lontarkan lagi suara. Mungkin sekarang aku rasa macam dah nak pecah anak tekak mengajar, tapi agaknya kalau kena gaya latihan, aku mampu keluarkan suara ala-ala Komander kawat. Kot ..
Hari yang SANGAT BERTUAH : haaa .. akhirnya aku sempat membeli dan makan makanan di kantin! Haha .. hepi, kau tau! Rupa-rupanya kantin tu mengamalkan perkhidmatan layan diri. Makanan ambil sendiri. Hanya minuman diorang akan tanya "Cikgu nak minum air ape?".
Kepenatan mengajar 3 kelas terubat dengan 'kejayaan' membeli makanan. Haha ..
Sambil makan, kami buka topik semalam. Pah baru cerita tentang hari kami mula-mula sampai. Dan kisah dia 'dipanggil'. Buntang bijik mata aku. Nampaknya firasat aku benar, lah ya! Bahawa kami sedang berada dalam 1 medan 'permainan'. Cuma kami yang tidak sedar!
Kat sini aku berani berbincang pasal ni. Kalau kat rumah, aku lebih rela kunci mulut. Rasa tak selesa itu terlalu menebal.
2.20 petang : Minum-minum sambil makan keropok di kantin. Kalau ikut kata budak-budak, perjumpaan unit beruniform akan mula pukul 2.30 petang. Sempatlah kami lepaskan lelah dulu, minum slow-slow.  
Tapi malangnya, Udin (budak 5 Gemilang) datang, dan .. "Cikgu, cikgu A panggil. Cikgu-cikgu lain semua tengah tunggu cikgu. Budak-budak pun semua dah ada."
Aik?! Bukan 2.30 baru mula ke?!
"Ok. Kejap lagi cikgu datang." Cepat-cepat sedut bandung ais yang masih berbaki separuh gelas.
Tak sampai 5 minit .. "Cikgu .. cikgu A kata cepat sikit! Cikgu-cikgu lain semua dah ada!"
Aku dan Pah cepat-cepat mengunyah sebatang dua keropok yang masih belum habis. Cepat-cepat juga menyedut bandung sampai kosong gelas. Terkocoh-kocoh memikul 1 beg di belakang dan menyandang 1 lagi di bahu. Berjalan laju-laju ke dewan terbuka. Benar, cikgu-cikgu sudah ramai. Budak-budak juga sudah berkumpul.
"Cepat sikit, cepat sikit! Awak ajar budak-budak ni kawat! Cepat kita mula, cepat kita boleh balik!"
Aku belum sempat letak beg pun lagi.
Zaap! Aku pandang muka cikgu-cikgu yang berderet di pentas. Menayang muka selamba sambil bergoyang kaki dan bukak kelab bual. Sungguh .. rasa nak pelangkung je sorang-sorang!
Terbakar hati ni. Aku yang tengah makan diorang pergi panggil. Diorang pulak duduk bersenang-lenang kat sini. Lagi aku panas diorang pandai-pandai cut masa rehat. Tak patut langsung!
Dengan hati yang membengkak, aku conduct kawat. Budak-budak lelaki sahaja. Semua berseragam KRS. Semuanya nampak kecik je di mata aku. Mana taknya, semua hukuman yang aku beri diorang tak boleh buat dengan baik.
"Bergerak ke kanan, bertiga-tiga, ke kanan pusing!"
"Semula! Tak dengar arahan ke?! Kiri kanan pun tak boleh beza?!" Aku menjerit.
Geram dengan perangai cikgu-cikgu dah satu hal. Ditambah pulak dengan budak-budak yang memang tak pernah diajar berkawat ni dah 1 hal lagi. Rasa macam nak mengamuk aje. Dah selama ni korang buat apa??!
Hampir 2 jam menjerit. Ada la sedikit peningkatan berbanding masa mula-mula tadi. Bila masa rehat, ada budak tanya aku nak minum air apa, nak belanja katanya. Terasa bergetar hati yang tengah bergolak ni. Melampaukah aku melepaskan amarah kepada budak-budak yang tak bersalah ni?? Sedang mereka membalas herdikanku dengan pertanyaan yang suci lagi ikhlas. (=_=)..
Balik ke rumah dengan hati yang sebal. Geramkan cikgu. Kesiankan budak-budak. Beginikah nasib kamu, wahai budak-budak kawasan luar bandar??
Mintak dijauhkan daripada sikap sebegitu..
Hujan. Angin kuat sampai aku kecut perut. Rumah masuk air sebab angin yang membawa hujan dari arah Timur Laut. Hanya mampu menelan liur sambil hati tidak putus-putus berdoa.
Malam : Menyediakan 2 RPH untuk esok. Elakkan berseorangan sama ada di dalam bilik, mahupun di ruang tamu. Sengaja cuba membuat bising dengan mengambil atau meletak barang dengan kasar. Duhai hati .. tenanglah kamu! Usah pedulikan bunyi-bunyian itu! Tapi bilamana terdengar bunyi macam tombol pintu dapur dipulas, kami tetap beranikan diri menjenguk. Risaukan keselamatan kami berdua di tempat orang ini.
Hari Ketiga Praktikum di Kuala Berang. Sekian.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads