Ahad, 24 Jun 2012

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


teganuku: Denggi - Kampung Baru <b>Seberang Takir</b> Lokaliti Panas <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 24 Jun 2012 07:46 AM PDT

Sebanyak 66 lokaliti dikesan mengalami wabak denggi di seluruh negara melibatkan 17 daerah dengan satu lokaliti "panas" dilaporkan berlaku pada minggu ini iaitu di Kampung Baru Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata lima negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Perlis lima kes (250 peratus), Negeri Sembilan lima kes (125 peratus), Perak 13 kes (56 peratus), Kelantan lima kes (38 peratus) dan Kedah empat kes (23 peratus).


Sebanyak 357 kes demam denggi dengan satu kematian dilaporkan pada minggu ke-24 iaitu bagi tempoh 10 hingga 16 Jun, yang menunjukkan peningkatan sebanyak tiga kes berbanding 354 kes pada minggu sebelumnya.

Beliau berkata, jumlah terkumpul kes denggi dari Januari hingga 16 Jun tahun ini ialah 11,063 kes iaitu peningkatan sebanyak 17 peratus atau 1,610 kes berbanding 9,453 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama tahun lepas.

"Pada tempoh yang sama, sebanyak 22 kematian akibat demam denggi dilaporkan, iaitu Selangor 11 kematian, Kuala Lumpur dan Putrajaya (3), Perak dengan dua kematian manakala Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Sabah masing-masing satu kematian," katanya dalam kenyataan di Putrajaya kelmarin.

Dr. Hasan berkata, satu kematian dilaporkan dari Selangor melibatkan seorang pengawal keselamatan berusia 31 tahun yang telah mendapatkan rawatan sebanyak dua kali berturut-turut di dua klinik swasta berbeza setelah mengalami demam, sakit kepala, sakit perut, muntah dan gusi berdarah.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads