Ahad, 24 Jun 2012

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Senja: Himpunan Hijau "Occupy Balok-Gebeng" Berjaya Biar Pun <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 24 Jun 2012 09:05 AM PDT





KUANTAN, 24 Jun - Program Occupy Balok-Gebeng anjuran NGO anti Lynas dekat sini berjaya diadakan walau pun terhalang untuk mengadakan perhimpunan aman dihadapan pintu masuk ke kilang Lynas Corporation dekat sini. Acara bermula di Pelangi Beach Resort Balok sekitar jam 10.00 pagi itu diketuai oleh Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack. Turut bersama ialah Timbalan Presiden PAS, Tn.Hj Muhammad Sabu (Mat Sabu) dan Zulkefly Mohamad Omar, AJK PAS Pusat merangkap Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat. Para peserta bertolak dari Balok secara konvoi dan mereka telah memasuki kawasan perindustrian Gebeng melalui jalan yang tiada sekatan polis. Difahamkan ketika itu pihak polis mengadakan sekatan jalan raya di pintu masuk ke kawasan perindustrian terbabit dari arah jalan Kuantan-Kemaman. Malah, polis juga dipercayai mengadakan sekatan yang sama di jalan masuk dari lebuhraya Jabor-Sg.Ular, untuk menghalang laluan. Terdapat beberapa buah bas yang ditahan dan penumpang yang berbaju T-Shirt "Perhimpunan Hijau" telah diarahkan turun. Walau bagaimana sebahagian peserta berjaya sampai ke pintu masuk kilang Lynas dan sebahagian lagi tersekat di jalan masuk ke Gebeng berhampiran Institut Latihan Perindustrian (ILP).



Sementara itu, dijalan masuk ke kilang Lynas kelihatan pihak polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah dikerahkan berkawal sejak dari awal pagi lagi. Mereka membuat tiga pagar manusia bagi menghalang para peserta menerjah ke kawasan jalan masuk ke kilang terbabit. Tidak cukup dengan itu, sebuah helikopter polis juga dilihat berlegar-legar di udara ketika para peserta mula sampai ke lokasi terbabit. Peserta sempat berhimpun seketika di disitu secara aman sebelum di arahkan berpindah oleh pemimpin. Mereka diarahkan berkumpul di kawasan berhampiran pintu masuk ke kawasan Gebeng (dekat papan tanda besar), kerana taklimat ketika itu sedang dibuat oleh pemimpin yang hadir.


Di jalan masuk ke Kawasan Perindustrian Gebeng, para peserta sudah mula berkumpul di situ. Mereka membawa sepanduk dan kain rentang anti Lynas. Sementara itu para pemimpin pula menyampaikan ucapan di atas lori yang disediakan untuk beri semangat kepada peserta. Antara mereka yang berucap ialah Pengerusi Bersih 2.0, Datuk A.Samad Said, Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS), Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS), Leong Ngah Ngah (ADUN Triang) serta lain-lain lagi.







[Secara keseluruhannya, program Occupy Balok-Gebeng yang bermula semalam (23 Jun) dan hari ini telah berjaya menyedarkan rakyat Malaysia seantero dunia bahawa keputusan Kerajaan Malaysia membawa masuk kilang Lynas ke negara ini adalah tidak betul sama sekali. Demi kesejahteraan rakyat terbanyak, Lynas perlu di nyah keluar dari negara ini dalam apa jua cara sekali pun. Paling membanggakan ialah sikap anggota polis yang diketuai oleh OCPD Kuantan, ACP Tuan Jasmani Mohd Yusof dalam melayan para peserta amatlah membanggakan. Tiada unsur kekerasan dan nampak beliau lebih diplomasi ketika berbincang dengan pimpinan Himpunan Hijau. Biar pun peserta tidak dibenarkan berarak hingga ke pintu masuk ke kilang Lynas, namun kebenaran berhimpun dan berucap di jalan utama Kemaman-Kuantan di pintu masuk ke Kawasan Perindustrian Gebeng itu dilihat satu penghargaan yang tidak dinilai. Akhirnya para peserta bersurai seperti di arahkan tanpa sebarang provokasi oleh mana-mana pihak. Syabas serta tahniah kepada peserta !].

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads