Selasa, 5 Jun 2012

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


Kemalangan Ngeri Dua Kereta <b>di Marang</b> - Informasi Melayu Kini

Posted: 02 Jun 2012 12:30 AM PDT

Dua orang maut dalam sebuah kemalangan ngeri selepas dua buah kereta iaitu Proton Wira dan Honda Jazz bertembung di Marang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kemalangan Ngeri Dua Kereta di Marang – 2 Maut 2 Cedera | Pemandu kenderaan jenis Proton Wira dan seorang penumpang kenderaan jenis Honda Jazz terbunuh apabila dua kenderaan tersebut bertembung dalam kemalangan ngeri di Kilometer 23, Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di Kelulut di sini, semalam. Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, pemandu Proton Wira, Muhammad Wahyuddin Yahaya, 23, dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan bertembung kereta jenis Honda Jazz dipandu, Norzura Abdul Manan, 30.


Keadaan Proton Wira yang hampir putus dua setelah bertembung dengan Honda Jazz dalam kemalangan ngeri di Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan, semalam.

Kejadian dipercayai berpunca apabila Muhammad Wahyuddin memotong kenderaan di hadapannya manakala kereta dipandu Norzura dari arah yang bertentangan berada terlalu dekat dan tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian sisi kiri kereta tersebut.

Proton Wira Hampir Putus Dua

REMPUHAN menyebabkan kereta Proton Wira terbabas ke sebelah kanan jalan dan hampir putus dua manakala kereta Honda Jazz dinaiki Norzura bersama ibunya, Minah Abdullah, 61, dan anak lelakinya, Mohd Wafi Zaqwan Baharuddin, 3, remuk di bahagian depan.

Pelanggaran itu juga menyebabkan Muhammad Wahyuddin yang bekerja sebagai penyelia di sebuah kedai peralatan sukan di Kerteh, Kemaman tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan meninggal dunia di tempat kejadian kemalangan ngeri itu akibat kecederaan parah pada badan.

Sementara itu, Norzura dan anaknya, Mohd Wafi Zaqwan cedera parah pada anggota badan manakala ibunya, Minah yang beralamat dari Bukit Chatak, Dungun, disahkan meninggal dunia selepas dikeluarkan dari kereta itu, akibat mengalami kecederaan dalaman.

Saksi Sempat Riba Mangsa, Bantu Mengucap

MENURUT seorang saksi yang ditemui Sinar Harian di tempat kejadian, Juraidah Ariffin, 39, dia sempat meriba mangsa dan meminta serta membantu Minah untuk mengucap sebaik sahaja mangsa terbabit dikeluarkan dari kereta jenis Honda Jazz berwarna hitam itu.

"Mangsa sempat melafazkan kalimah syahadah sambil mengerang kesakitan. "Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh kakitangan klinik kesihatan yang berada di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, suami mangsa, Abdul Manan Itam, 65, berkata, arwah isterinya keluar dari rumah mereka di Bukit Chatak, Dungun untuk menghadiri majlis perkahwinan di Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu sebelum terlibat dalam kemalangan itu.

Menurutnya, Minah ke majlis perkahwinan itu bersama Norzura dan cucu mereka. Bagaimanapun, Norzura dan Mohd Wafi Zaqwan yang terselamat dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

Isteri Pesan Beli Daun Palas

ABDUL Manan turut memberitahu arwah isterinya sempat memesan supaya membeli daun palas di pasar. "Arwah isteri sempat berpesan agar saya membeli barang dapur di pasar sebelum keluar dari rumah pagi tadi (semalam) termasuk membeli daun palas kerana arwah ingin makan ketupat daun palas selepas pulang dari majlis perkahwinan itu," katanya.

Sementara itu, seorang ahli keluarga pemandu Proton Wira yang enggan dikenali berkata, Allahyarham Muhammad Wahyuddin pula dalam perjalanan ke Kerteh selepas selesai menghadiri mesyuarat di Kuala Terengganu sebelum kejadian berlaku.

Kedua-dua mangsa maut akibat cedera parah itu kemudiannya dihantar ke Unit Forensik HSNZ Kuala Terengganu sebelum jenazah dituntut oleh ahli keluarga masing-masing untuk dikebumikan di kampung halaman mereka petang semalam.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan menerima laporan mengenai kemalangan ngeri itu berkata, kes kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Melayukini.net – Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita akan kembali. Hidup ini hanyalah sementara, seperti mimpi jika dibandingkan dengan alam akhirat yang kekal abadi. Takziah kepada keluarga mangsa-mangsa kemalangan di Marang ini. Al fatihah.

P.S. I – 5 Tempat Paling Popular di Asia
P.S. II – Subhanallah! Gambar Langit Runtuh di Australia
P.S. III – Subhanallah! Mungkinkah ada Kehidupan di Marikh?

Sumber: Sinar Harian Online | Layari Berita Kemalangan Jalanraya Informasi Malaysia Kini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads