Selasa, 5 Jun 2012

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Stadium mini akan dibina <b>di Hulu Terengganu</b> | Informasi Dot My

Posted: 12 Feb 2012 12:59 PM PST

HULU TERENGGNU – Sebuah stadium mini akan dibina di daerah Hulu Terengganu dalam usaha mengembangkan bakat sukan di kalangan belia dan mengelak mereka daripada melakukan gejala yang kurang sihat, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk kerja-kerja menambak tanah bagi tapak stadium berkenaan.

"Kita minta tender dikeluarkan segera kerana untuk mementapkan tanah memakan masa juga," katanya di sini.

Ahmad berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti kawasan seluas lebih 10 hektar di Kampung Paya Besar di sini untuk pembinaan stadium itu.

Beliau berkata kos pebinaan mini stadium itu setakat ini belum dapat dipastikan dan ia masih dalam proses mereka bentuk.

"Kita perlu mengambil masa sebelum membina stadium kerana bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingin sekiranya tanah tidak mantap," katanya.

Ahamd berkata setakat ini Kemaman dan Besut sudah memiliki stadium mini masing-masing tetapi kedua-dua stadium itu sudah lama dan tidak sesuai lagi dengan keadaan sekarang.

Beliau berkata sukan adalah satu cabang yang diberikan perhatian oleh kerajaan negeri bagi melahirkan generasi cergas dan sihat.

"Kita harap ramai lagi atlet-atlet sukan yang berwibawa akan dilahirkan di daerah Hulu Terengganu dengan adanya mini stadium ini," katanya.- Bernama

GD Star Rating
loading...

Number of View :190

Incoming search terms:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads