Jumaat, 22 Jun 2012

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


MB <b>TERENGGANU</b>: Program Perkasakan Ibu Tunggal <b>Di Kuala</b> <b>...</b>

Posted: 18 Jun 2012 08:07 PM PDT

KUALA TERENGGANU, 12 Jun (Bernama) -- Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu akan menganjurkan program penerangan khusus untuk ibu tunggal mengenai pelbagai bantuan dan program kerajaan untuk membantu dan memperkasakan golongan itu di sini Sabtu ini.

Pengarah YPK negeri Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata mengikut statistik di Terengganu terdapat seramai 21,873 orang ibu tunggal sama ada akibat perceraian dan kematian suami.

"Ini tidak mengambil kira jumlah wanita yang menghadapi masalah lain seperti tidak menerima nafkah dari suami, ditinggalkan atau digantung tidak bertali," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Katanya pada program itu, Karisma Selendang Biru Semarak Kasih, yang bertujuan memperkukuhkan kerjasama dan silaturahim antara ibu tunggal dan para pemimpin negeri akan dilancarkan. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dijangka hadir.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads