13 di kuala berang - Google Blog Search |
HANNA RAZ: Hari Kedua Praktikum <b>di Kuala Berang</b> Posted: 18 May 2012 02:12 AM PDT Isnin, 19 Mac 2012 : Hari kedua bergelar "guru praktikum" di SK Pauh. Hari pertama masuk mengajar. Sebelum ini pun sudah ada pengalaman mengajar. Semasa berPBS dulu pernah beberapa kali aku penuhi permintaan cikgu-cikgu yang ada hal mustahak dan 'tersangat mustahak' gantikan kelas. Kalau diikutkan, menjadi suatu kesalahan bagi seorang guru pelatih (gelaran kepada bakal-bakal guru yang sedang menuntut di Institut Pendidikan Guru atau IPG), diminta masuk mengajar. Sebabnya pada peringkat ini, kami belum mendapat latihan mengajar. Turun ke sekolah atas tujuan melihat guru-guru mengajar, bukan memberi peluang untuk guru 'cuti mengajar'. Tapi disebabkan masa itu semangat hati berkobar-kobar mahu masuk mengajar, aku sahut permintaan cikgu-cikgu tersebut. Pernah satu hari tu, aku diberikan waktu ganti penuh dari mula waktu PnP, sampailah balik. Esoknya, tekak aku kering. Tak terkeluar suara. Tapi tak dinafikan, sememangnya mengajar itu sangat menyeronokkan. Walaupun aku selalu angin sampai ke kepala bilamana beria mengajar, tapi pada akhir masa tanya pelajar, "faham tak?", semua tayang muka blur. Terkebil-kebil. Geram. Tapi tak sampai hati nak marah. Aku cuba permudahkan lagi. Sehingga ada respon positif. Syukur. Biarpun tak sempat terangkan pada semua disebabkan kekangan masa, aku gembira sangat-sangat sebab akhirnya ada yang faham. Aku suruh mereka ajarkan kawan-kawan pula. Hari ini aku akan melalui apa yang dipanggil kehidupan sebenar seorang guru – mengajar, menyampaikan maklumat, membimbing, menjadi model, mengurus, mengawal, dan menjadi pemudah cara. Kelas pertama : Kajian Tempatan, 5 Gemilang. Semalam sudah buat sesi perkenalkan diri. Tapi aku tak suka sangat sesi sebegitu, sebab senior-senior sebelum ini pernah cakap, ia bukan satu permulaan yang bagus. Maka, aku masuk kelas yang pertama dengan azam dan tekad – tunjukkan riak tegas atau garang. 21 orang murid .. mata masing-masing terkebil-kebil memandang aku. Muka aku beku tanpa segarit senyum. Sah! Kalau kena observe masa ni, memang saja tempah nahas la! Aku terus mengajar. Sambil-sambil itu berlegar-legar ke setiap ruang kelas. Sesekali aku belek muka depan buku budak-budak tu, tengok nama mereka. Ada la 5, 6 nama sempat aku hafal dalam masa 30 minit ini. Analisis awal : Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner dan Teori Perbezaan Individu memang sangat relevan untuk gambarkan murid-murid 5 Gemilang. Baiklah .. untuk sesi PnP seterusnya, aku perlu buat rujukan mendalam dengan melihat teori Hierarki Keperluan Maslow. Objektif atau Hasil Pembelajaran (HP) : berjaya dicapai, tapi tidak sepenuhnya. Satu lagi hari yang menguji kesabaran. Sekali lagi, terpaksa mengikat perut yang berkeroncong. Pelik betul la! Kenapa makanan cepat sangat habis ni?! Hanya beberapa biji kuih ketayap yang kakak penjual tu panggil kuih gulung yang elok tergolek dalam bekas. Jadilah, daripada tak jamah apa-apa langsung. Aku dan Pah yang masing-masing tayang muka kecewa keluar dari kantin tanpa suara. Nampaknya kena pergi bandar Kuala Berang lagi la hari ni. Tak apa la, boleh terus cari barangan keperluan untuk buat BSPP. 2.15 – 5.30 petang : Mesyuarat Agung PIBG. Aku dan Pah benar-benar memainkan peranan dalam majlis ni. First time in my life, aku jadi tukang pegang dulang hadiah. Haha .. itu pun nak bangga ke? Mestilah! Sebab YB tu tanya, "Siapa?" Rujuk pada kami berdua yang sedang berdiri di atas pentas, memakai baju kurung yang sama. GB kami yang komited itu jawabkan. Kalau tak, aku boleh jawab sendiri je. Haha .. iye sangatlah tu! Tinggalkan Buku Rekod Praktikum dan Portfolio Praktikum 50 mm di rumah dahulu. Laptop tetap kami pikul, walaupun tahu bukannya nak guna pun. Tak harap nak tinggal di rumah. Lagi-lagi ini bukan kawasan yang biasa buat kami. Sempat berbual seketika dengan 2 orang kawan baru yang peramah dan sporting. Seorang berpangkat kakak, seorang lagi muda beberapa tahun daripada kami. Kedua-duanya memang jenis cepat mesra dengan orang. Selepas berpamitan seketika, aku dan Pah tunaikan solat Zohor dahulu, lalu terus meluncur ke Kuala Berang. Mencari-cari barang sehingga langit sudah beransur kelam. 20 minit perjalanan. Meredah jalan yang panjang lagi sunyi, ditambah pula dengan kumbang-kumbang kecil yang menampari pipi, ya TUHAN .. tabahkanlah kami! 7.40 malam : Tiba di rumah. Masing-masing bergegas buka lampu hadapan dan belakang, lampu dapur dan juga lampu di ruang tamu. Bawa masuk Nouvo S ke dalam bilik hadapan, bilik tempat aku bersolat masa mula-mula sampai hari tu. Kemudian, aku ke bilik air, sedang Pah menggosok gigi dan mencuci muka di dapur. Cepat-cepat bersihkan diri untuk bersolat Maghrib. Usai membasuh muka, aku kalih ke belakang, menghadap pintu. Aik! Kenapa macam rapat je pintu ni? Hati aku mula berdesis. Dapat mengagak sesuatu. Aku tetap menolak. Harap daun pintu akan terbuka. Hati sudah meyakininya. Aku melepas nafas kuat. Telahanku benar? Aku mula pasti. Hati turut sama bercambah rasa. Pah, kasar gurau ni! Minda bersuara. Tapi .. Pah kan kat dapur, takkan tak ada kerja sangat dia nak berlari masuk bilik, kunci pintu ni, lepas tu patah semula ke dapur. Siap boleh dengar lagi dia menggosok gigi tu. Sabar, tenang. Jangan ikut 'rentak permainan' si 'pemain'. Bunyi menggosok gigi terhenti. Entah bagaimana, mindaku juga terfikir, "Aku panggil macam ni, nantikan dia ingat dia kena 'panggil'". "Pah, tolong bukak pintu ni!" Aku melaung kuat. Pah terkocoh-kocoh datang. Baru saja aku nak buka mulut cakap, "Kasar gurauan kau", dia sudah soal aku, "Macam mana boleh terkunci?" "Mungkin aku tarik kuat sangat. Kot .." Ucapku perlahan sambil memandang sekilas wajah Pah. Rujuk pada bahagian bawah pintu yang hampir sejengkal ternganga. Tak payah mengintai, memang jelas korang akan nampak kaki orang yang masuk bilik air tu. Apa pesen la tukang ni? Macam mana rangka pintu rumah semuanya saiz besar ni? Sampaikan semua pintu, termasuk pintu bilik air, nampak macam tergantung. Lagi satu masalah, selak belah dalam bilik air tercabut, makanya memang aku terpaksa tarik pintu tu dari bawah untuk tutup bagi rapat. Tapi tak sangka pulak kali ni memang jadi 'rapat' betul! Pah nampak tak puas hati. Tapi aku ambil langkah berdiam diri saja. Memang tak ada apa-apa nak cakap pun. Sebab aku boleh rasakan, ada yang 'ketiga' antara kami berdua. Tapi syukur pada TUHAN, DIA tidak kilaskan walau sekelumit rasa gentar. Hanya ENGKAU Yang Maha Berkuasa, ya RABB ... Aku ukirkan senyum nipis pada Pah. "Mungkin sebab aku tarik kuat sangat, tu yang sampai terkunci dari luar tu." Ujarku lagi. Padahal aku dah terbayang muka si 'Casper' yang gelak terbahak-bahak tengok reaksi kami. Tiba-tiba aku rasa macam nak luku je si 'Casper' tu! "Tak logiklah! Takkan la. Takkan terkunci kalau tak ada orang tarik benda ni." Dia membalas sambil tangan menarik-narik selak. "Dah benda nak jadi, nak buat macam mana. Kali ni dia nak terkunci. Sebab kuat sangat aku tarik la tu kot." Aku tak mahu timbulkan isu, walaupun aku sendiri pun tahu hujahku goyah. Ah, sudahlah! Buat tak tahu je. Tak payah sebut. Akhirnya Pah beransur, mengambil giliran membersih dan persiap diri. Masing-masing tegak berdiri atas hamparan sejadah. Tetapkan hati pada Yang Satu. Dan perlahan-lahan, takbiratulihram diangkat. Hari Kedua Praktikum di Kuala Berang. Sekian. |
You are subscribed to email updates from di kuala berang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan