Jumaat, 8 Jun 2012

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


AWAS ! Jalan Jerangau-<b>Jabor</b> MERBAHAYA Kepada Pemandu

Posted: 05 Jun 2012 08:59 AM PDT

Semalam saya memandu melalui jalan Jerangau-Jabor sekitar jam 2 pagi - jalan alternatif Kuantan-Kuala Terengganu selain dari jalan pantai. Hampir sepanjang jalan dari Jabor hingga Bukit Besi ( 1 jam ) anda akan hanya melalui kawasan ladang kelapa sawit.
Apa yang ingin saya kongsikan disini, sepanjang perjalanan saya bertembung LEBIH 10 KALI dengan kawanan lembu yang melepak begitu hampir dengan bahu jalan dan satu kali saya terpaksa memberhentikan kereta kerana menunggu seekor lembu melintas !

Jalannya banyak selekoh tajam, gelap, beberapa stretch berlubang dan ditambah kehadiran lembu2 itu bagi saya TERLALU AMAT BERBAHAYA KEPADA PENGGUNA LALUAN TERSEBUT !

Bayangkan anda baru keluar dari satu selekoh tajam dan tiba-tiba anda berdepan dengan lembu ditengah jalan ....... Apatah lagi sekarang adalah musim cuti sekolah, pastinya ramai yang travel bersama keluarga. Memanglah tanggungjawab pemilik lembu untuk menjaga harta mereka tapi kalau mereka sendiri tidak bertanggungjawab dan membiarkan lembu2 mereka berkeliaran, apakah kita harus mendiamkan diri saja ?

Siapa yang punya kuasa untuk bertindak dalam kes sebegini ? Sekiranya berlaku kemalangan dengan lembu2 tersebut atau disebabkan oleh lembu2 tersebut ( akibat mengelak ), SIAPA YANG HARUS BERTANGGUNGJAWAB ? Pastinya sipemilik akan mendiamkan diri !

Kalaupun pihak insurans akan membayar kos pembaikan, tapi bagaimana dengan pelbagai kesulitan lain ? Dan sekiranya berlaku kemalangan jiwa, berapakah nilai pampasan yang sesuai bagi kehilangan orang yang tersayang ?

Kalau pihak berkuasa begitu tegas dengan penguatkuasaan undang2 jalanraya demi mengurangkan kadar kemalangan, siapa pula yang seharusnya bertegas dalam soal ini kerana ia juga merupakan faktor yang boleh menyebabkan kemalangan dan kebarangkalian berlakunya kemalangan AMAT TINGGI.

Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa, cuma saya harap ADA PIHAK YANG BERTINDAK SEGERA SEBELUM SEBARANG KEMALANGAN BERLAKU.

Dan suka saya beri amaran kepada sesiapa yang mahu menggunakan jalan Jerangau-Jabor tak kira siang atau malam agar BERHATI-HATI ketika memandu terutamanya diselekoh2 tajam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads