13 di paka - Google Blog Search |
487 : Program Beronok-Ronok <b>Di Paka</b> Terengganu Dan Kuantan <b>...</b> Posted: 08 May 2012 09:32 PM PDT Program beronok-ronok geng buaya telah lama dirancang dan ditunda. Akhirnya berjaya juga dilaksanakan dari 4 hingga 6 April yang lepas. Tidak seperti yang dijanjikan, kami meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Lebuhraya Karak lebih kurang pukul 8.30 pagi. Perjalanan dengan dua buah kenderaan santai sahaja dan kami telah berhenti Hentian Sebelah Lancang untuk bersarapan pagi bihun goreng hasil air tangan Lina. Sedap dan penak bihun goreng Lina, dimakan pula dengan keropok. Kenyang kami pagi tu. Perjalanan diteruskan selepas itu. Destinasi pertama kami untuk Program Beronok-Ronok ini adalah Bukit Gambang Water Park. First time aku sampai di sini, sebelum ni dengar2 orang cerita sahaja. Bayaran masuk untuk seorang adalah RM20++. Bukit Gambang Water Park adalah money free zone di mana takde duit yang digunakan untuk menyewa kemudahan yang ade. Kite kene beli macam topup la untuk menyewa atau membeli makanan di dalam. Kemudahan asas di dalam seperti tandas dan bilik mandi semuanya ok dan bersih serta selesa. Kemudahan locker juga bole disewa disamping pelampung, jacket keselamatan, gazebo dan sebagainya. Terpulang lah pada kehendak masing2. Wang topup yang tidak digunakan, bole dituntut semula. Kami mencuba semua slide yang ada, walaupon aku tak larat nak mendaki tangga naek ke atas. Kami berendam di kolam besar, Coco Beach kot namanya, siap dengan ombak2 rindu lagi di kolam itu. Puas bermain air dan berendam, kami meninggalkan Bukit Gambang Water Park lebih kurang pukul 3 petang. Kami menuju ke bandar Kuantan. Pusing2 mencari tempat makan. Tak tahu maner tempat yang best untuk makan2 di bandar Kuantan ni. Perut sudah lama lapar, jam pun sudah hampir pukul 5 petang. Satu yang membosankan di bandar Kuantan ni adalah traffik lightnya. Setiap simpang mesti ade traffik light, pastu kalau berenti paling kurang 5 minit, siap bole tido lah wa cakap lu. Itu satu, kalau 10 traffik light cam ne? Perjalanan yang dekat pon jadi lama dan membosankan. Tak masuk traffik jem nye lagi. Ape2 pon, sabar je lah. Akhirnya kami berenti di sebuah restoran untuk makan tengahari pada pukul 5 itu. Selesai makan, perjalanan diteruskan menuju Terengganu menuju ke rumah sahabat Siti di Felda Kerteh, Paka, Dungun Terengganu. Mengikut perancangannya, kami akan bermalam di rumah Siti. Kami tiba di tempat yang dituju lebih kurang pukul 9.00 malam. Aman damai kejiranan di sini, walaupon rumah dekat2 tapi terasa sunyi dan indah saja malam tu. Malam itu kami telah dijamu oleh tuan rumah dengan nasi dagang hasil air tangan ibu sahabat kami tuh. Berselera sungguh aku, bukan senang nak dpt nasi dagang yang lazat dan penak seperti ini. Bertambah gak lah... hehehe. Takde ape2 aktiviti yg dilakukan malam itu, tidor awal.. keletihan mungkin... |
You are subscribed to email updates from di paka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan