Rabu, 9 Mei 2012

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Qatar Ad: Re: [tentangqatar] GPS <b>di</b> Qatar

Posted: 09 May 2012 07:37 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Kalo upgrade Garmin di Lingawi Souq Al Jabor seberang Swiss Bell Hotel. Kalo bahasa mestinya settingnya bisa pilih English atau Arabic. aya waktu beli juga sempat 'ngamuk' nggak tahu cara settingnya akhirnya balik ke ...

Asam Garam 2 PUTERI: Taiping...Bandar Warisan

Posted: 08 May 2012 08:17 PM PDT


Assalamualaikum semua..
Kali ni saya nak cerita pasal Bandar Taiping di Perak ni yang juga dikenali sebagai Bandar Warisan. Banyak sejarah yang tersebunyi dari pengetahuan orang ramai akan kisahnya. Di sini saya ambil kesempatan ceritakan serba sedikit tentang Bandar Taiping ni kay. Sejarahnya, warisannya dan kehebatannya di mata saya. Harap-harap lepas ni uolls suma pun akan lebih mengenali Bandar Taiping ni kay...

*********************************************


Bandar Taiping merupakan ibu kota bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Taiping terletak di koordinat 4.8° Utara dan 104.7° Timur. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.

Ianya ditukarkan kepada Taiping yang bermaksud AMAN atau DAMAI dalam bahasa Hakka (bahasa atau dialek yang di bawah keluarga Bahasa Cina). Ianya berikutan tercetusnya pertelingkahan antara puak-puak pendatang negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu puak Ghee Hin dan puak Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut ini.


Dalam tahun-tahun 1880an bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris kerana daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.
Pada tahun 1874 setelah British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian Pangkor ditandatangani di Pangkor, Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten Speedy sebagai Penolong Residen British. Dan Sir James W.W. Birch menjadi Residen Inggeris yang pertama di Perak pada ketika itu. Melalui perjanjian ini telah memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak, satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Abdullah dan membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ini telah ditandatangani di atas kapal HMS Pluto yang berlabuh di Selat Dinding, iaitu di kawasan perairan di antara Lumut dan Pulau Pangkor. Nanti kalau ada masa saya ceritakan lebih lanjut tentang ini Insyaallah :).



1880an ibu negeri Perak dipindah dari Bandar Baru ke bandar Taiping setelah J.W.W Birch dibunuh oleh Dato' Maharaja Lela di Pasir Salak pada tahun 1875 bersama rakan-rakannya iaitu Datuk Sagor, Siputum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim, Ngah Jabor dan lain-lain. Beliau dibunuh di Pasir Salak pada 2 November 1875. Ini berikutan dengan sikap J.W.W Birch yang mentadbir negeri tanpa mengambil tahu peraturan kerajaan negeri yang telah lama diamalkan. Beliau juga tidak berusaha belajar adat resam orang Melayu dan Raja-raja Melayu. Kerani Melayunya, Mat Arshad, turut terbunuh dalam peristiwa tersebut.

Dengan penubuhan Taiping sebagai ibu negeri Perak ketika itu banyak kemudahan telah dibina dan hasil binaan dan kemudahan ini adalah yang pertama di Malaysia. Malah, bandar ini sering diberi jolokan "yang pertama" di sidang penulisan bercetak mahupun elektronik. Ini antara kemudahan yang terbina di Taiping ketika itu:-


1.  Antaranya adalah kemudahan jalan kereta api yang menghubungkan Bandar Taiping ke Pelabuhan Kuala Sepetang (Port Weld) bermula dari tahun 1882 dan siap di dalam tahun 1885, dengan nilai kos sebanyak ₤7000, yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak ketika itu. Landasan keretapi pertama ini dirasmikan oleh Residen Perak ketika itu, Sir Hugh Low. Tujuan pembinaan adalah sebagai kemudahan pengangkutan tenaga buruh lombong bijih timah dan sebagai medium pengangkutan untuk pengeluaran bijih timah dari Taiping untuk dieksport.
2.  Hospital Taiping, dikenali sebelum sebagai Hospital Yeng Wah, terletak di Jalan Taming Sari, dibina pada tahun 1880. Hospital yang diiktiraf sebagai yang tertua di Malaysia mencatat sejarah kerana menjadi hospital pertama dilengkapi dengan kemudahan x-ray selepas beberapa bulan diperkenalkan kepada umum oleh penciptanya Prof. W.C Roentgen.

3.  Bangunan Telegraf di bandar ini dibina pada 1876 dengan satu talian telegraf sepanjang 43.2 km telah dipasang merentangi hutan dari kediaman Residen British di Kuala Kangsar sehingga bangunan pejabat pembantu Residen di Taiping.

4.  Bukit Larut atau Maxwell Hill yang mempunyai ketinggian 1,200m, dibuka oleh Pembantu Residen British ketika itu, William Edward Maxwell pada tahun 1884 dan kawasan ini merupakan stesen perhentian di kawasan tinggi tertua di Malaysia. Ianya juga merupakan kawasan reakreasi Tanah Tinggi di negeri Perak. Ia dinamakan Bukit Maxwell besemperna residen British berkenaan.


5.  Muzium Perak, Taiping merupakan muzium tertua dan pertama di Semenanjung Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1883. Idea penubuhannya diasaskan oleh Sir Hugh low, Residen Inggeris di Perak ketika itu. Kurator muzium yang pertama adalah Leonard Wray Jr iaitu seorang ahli botani dan geologi.

6.  Dibina dalam tahun 1879, Penjara Taiping merupakan satu badan institusi kemanusian yang menghukum, menahan dan memasung pesalah tingkahlaku pertama di Negeri-negeri Bersekutu dan Tidak Bersekutu serta di Malaysia. Cetusan penjara ini bermula dengan Taiping Goal dan yang terbesar ketika itu.
7.  Sekolah King Edward VII merupakan sekolah Bahasa Inggeris pertama dibangunkan pada tahun 1883. Ia dinamakan bersempena King Edward VII, Putera Wales dari United Kingdom, dimana, ketika penubuhan sekolah King Edward VII ini, Tanah Melayu dibawah naungan pemerintahanya.

8.  Taman Tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia. Taman tasik ini dibuka pada tahun 1880. Zoo Taiping terletak di taman tasik ini. Keluasan taman tasik di Taiping ini, mencapai hingga 62 hektar.




9.  Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Zoo tertua di Malaysia ini dirasmikan pada 7 Mac 1964. Dengan kawasan seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka dengan mengutamakan habitat asal haiwan yang dipamerkan.

Mengikut bancian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010, taburan penduduk di bandar ini adalah seramai 212,562 orang.

Taiping terletak di atas muka bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit Larut. Gunung Hijau (1448 meter) adalah gunung tertinggi di sini. Bandar merupakan tempat paling kerap menerima hujan yang lebat, hampir 320 hari setahun. Lantaran itu muka buminya basah terutama di Taman Tasik Taiping. Hujan yang diterima ialah jenis hujan bukit iaitu dari Banjaran Bintang di sebelah Timur. Namun begitu Taiping tidaklah dilanda banjir kecuali kawasan paya bakau di sebelah Barat.


Di Taiping ini, Daerah Larut, Matang dan Selama ditadbir dan diurus oleh 2 pihak berkuasa tempatan iaitu:
  • Majlis Perbandaran Taiping yang ditubuhkan pada 1 September 1979 bagi beberapa kawasan di dalam pentadbiran Larut dan Matang. Dengan gabungan dari lapan Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan, majlis perbandaran ini mentadbir kawasan seluas 186.46 km ia mentakbir 12 mukim.
  • Majlis Daerah Selama bagi kawasan Selama yang mula beroperasi pada sekitar awal tahun 1950-an. Ia lebih diketahui sebagai Lembaga Bandaran Selama, pada tahun 1952, yang berpengaruh dibawah kuasa Local Authorities Election Ordinance. Kemudiannya, nama Lembaga Bandaran telah bertukar kepada Majlis Tempatan dalam tahun 1953. Majlis Tempatan ini mentadbir kawasan Kampung Baru (perkampungan Melayu) dan Local Council (perkampungan Cina). Permecahan ini berlaku hasil tercetusnya darurat ketika tahun berkenaan. Pemecahan pentadbiran ini masih dibawah Local Council Ordinance. Pengisytiharaan Majlis Daerah Selama berlaku pada 1 Disember , 1979 dengan pergabungan Penguasa-Penguasa Tempatan dari 8 kawasan.


Bandar Taiping ini juga merupakan kawasan pembentukan pasukan keselamatan terawal di Malaysia oleh British. 1880an Ngah Ibrahim selaku Menteri Larut terpaksa setuju menerima Kapten Speedy mengawasi kongsi gelap Ghee Hin di Larut kerana pasukan keselamatan yang ditubuhkan oleh Ngah Ibrahim tidak berkesan.

Hasil rundingan, Kapten Tristam Speedy telah ke utara india iaitu di kawasan Punjab untuk mengambil rekrut dari kalangan Sikh untuk menjadi polis, tentera dan pengawal. Pasukan ini berpusat di Taiping dan kebanyakan mereka orang Sikh ini menganggotai :

  • Pasukan Perak Armed Police (PAP) 1877-1884
  • First Battalion Perak Sikhs (FBPS) 1884-1896
  • Malay States Guides (MSG) 1896-1919

Tahun 1937 Taiping tidak lagi menjadi ibu negeri Perak. Ipoh dipilih sebagai ibu negeri kerana terletak di tengah-tengah negeri Perak.



So itu je la takat ni serba sedikit kisah Bandar Taiping ni. So berbanggalah orang-orang Taiping hehheh....Sebenarnya banyak lagi kisah Taiping yang pernah saya baca dan bagaimana Ipoh mengambil tempat Taiping sebagai ibu negeri. Malah Taiping ni nyaris nak jadi Ibu Kota Malaysia tau. Tapi dah tak berapa ingat pula. Insyaallah lain kali kalau ingat atau saya jumpa dimana-mana saya akan ceritakan semula kisahnya.


Saya harap sangat agar pihak berkuasa tempatan ni lebih kekalkan semua aspek sejarah di Taiping ni. Memang ada kuatkuasa tu tapi saya teringin sangat agar Taiping ni macam bandar warisan dunia lain seperti Rom yang kekalkan sejarahnya. Huh cita-cita heheheh tapi tak salah kan ;)))) Semoga dengan itu lebih ramai pelancong akan datang ke sini. Kay itu cuma harapan dan pandangan saya tapi harap-harap ianya terlaksana aaamiin. Kay semua....see you soon :)


Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Bandar_Taiping

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads