Isnin, 7 Mei 2012

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


Redfamily bersantai <b>di</b> Awana <b>Kijal</b>… | Pencinta Merah The Red <b>...</b>

Posted: 06 May 2012 11:00 PM PDT

48hours sponsored post.

IMG_1063

Redfamily pergi bersantai lagi. Kali ni kira weekend gateway, 3 days 2 nights ke Awana Kijal, Terengganu. Lepas penat kebas bontot duduk dalam kereta almost 5 jam dari KL, tu dia tersergam besar pintu gerbang dia "Selamat Datang ke Awana Kijal Golf, Beach and Spa Resort" menjemput kitorang berehat kat sini.

Abang dan Gegirl sepanjang masa dok tanya bila nak sampai ni Mummy? Actually few days before lagi dah mengira hari jer nak datang sini, tak sabar-sabar nak pergi. Depa dah siap google awal-awal apa yang bestnya kat Awana Kijal ni…

IMG_1091

Sampai-sampai disambut dengan senyum simpul manis dari cik abe Ganu kita ni :) Hilang penat kebas duduk dalam kereta tadi dapat layanan mesra dari cik abe Awana Kijal ni, tambahan pulak ade welcome drink yang dihias comel dengan air sejuknya lalu ke anak tekak. Aahhh lega rasanya…

IMG_1088

Oh by the way, bukan saya satu family jer yang nak bersantai kat Awana Kijal ni, tapi juga dengan few bloggers Nuffnang yang lain. All fully sponsored by Genting! Aik kenapa Genting lak perginya? Ha jangan tak tau, semua nama Awana tu belongs to Genting Groups seperti Awana Genting Highlands Golf & Country Resort, Awana Kijal of cos dan Awana Porto Malai di Langkawi. Ikan Arwana jer bukan :P

IMG_1068

IMG_1070

Hotel lobi dia memang besar dan luas. Diserikan pula dengan hiasan kayu dengan sentuhan kekampungan, ada pulak big dolpin fountain kat tengah-tengah lobi tu, tenang jer rasa mata memandang. Aku kalo nak bersantai memang nak cari tempat-tempat tenang dan selesa macam ni, baru lah relaxing kan…

Oh btw, tu Epi adik saya, dia baru pindah kerja kat Terengganu. So sempat la jumpa kejap. Masa mula-mula start kerja sebelum dapat rumah sewa, kat Awana ni la dia stay, 2-3 minggu gak la.

IMG_1073

Besarnya congkak ni, sapa la aku nak ajak main ni…

IMG_1094

Jom RB ke mana kita nak pergi dulu ni? Swimming pool? Lepak kat Waterfall Café? Ke nak pergi kid Smarty Club or Oasis Hut? Ingat Mummy nak pergi Spa dulu kot? Ke take a walk along their 7.6km private beach ni?

"Ehh jom naik bilik dulu, hantar luggage" tu dia RD sound setepek. Ok lah RB jom kita naik bilik dulu…

Tapi cuba teka Abang dan Gegirl dah hilang ke mana dulu?

IMG_1138

Jeng jeng jeng apa lagi dah terjun swimming pool la. Pool dia punya lah besarrrrrr. Bestnya pool area untuk kids pun luas dan macam-macam ada. Sliding, mushroom waterfall etc…

Besar mummy swimming pool dia, Kakak dah google tengok gambar dia Tak sabar kakak nak main swimming kat sana. Day before pergi dia cakap. Patutla tak menyempat naik bilik dah terus terjah pool.

IMG_1131

Waa siap berjakuzi lagi dia :)

IMG_1102

Ha sampai pun ke our Premiere Room with Sea View. Double queen beds, spacious enough for 5 of us. Me and RB satu katil, depa bertiga satu katil hehhehehe. Betul tak RB? Barulah RB boleh roll over kan kan kan…

Dan yang paling penting ada wired internet line. Blogger kan kena ada internet setiap masa hhks :) Bersih, kemas dan teratur. Ada extra mini glass table and bamboo chairs senang untuk bertenet nanti.

IMG_1114

Aku prefer sangat toilet macam ni, separated both shower and toilet. Spacious rasanya. Maklumlah kita berlima, senang dan pantas sket la kalo nak mandi or nak buat the nature bisnes :P Tambah pulak ada bath tub. Lagi la syok. Boleh ai berendam, maklumlah nak berendam kat pool, my figure belum slim lagi hahahahha.

Of cos all the basic facilities macam toiletries, dryer, kettle, towels semua siap lengkap. Even sejadah pun siap tersedia.

IMG_1112

RD, you jangan sekodeng ai mandi pulok yekk

IMG_1192

The view from our room. Cantik der, kalaulah setiap hari bangun tido dapat view macam ni…

IMG_1156

Malam tu sempat la kami dinner kat one of their restaurants which is Restoran Kampong Meraga Beris. Spread food dia macam-macam ada, ko nak western pun ada, lauk kampung memang lah ada dah namanya pun restoran kampung. Tapi dia punya teh tarik memang terbaik. Siap pakai mug zink tu, ala macam mug yang depa buat tarik teh tu ler. Memang hangat dan sedap jer masuk tekak!

IMG_1153

Yang uniknya, buffet dan hidangan dihidang di dalam "sampan" nun. Ke "sampang" cakap Ganu ek?

IMG_7466

Lepas masing-masing dah kenyang, apalagi jom la sesi bergambar dulu, sebab lepas ni kitorang ade program nak pergi tengok firefly pulak. Chef dia pun sporting join sekali :)

IMG_7468

Awana Kijal memang vasssss. Eh aku sorang la pulak yang terover excited :P

Terpanjang la pulak entry ni, nanti kita sambung lagi. Banyak lagi aktiviti kitorang selama bersantai kat sini, bergelap layan kelip-kelip, kampong tour, water sport, mandi beach dan macam-macam lagi…

Khidmat pesanan masyarakat Awana Kijal is brought by Redmummy.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads