Isnin, 14 Mei 2012

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Pengawal miliki dadah | :: cina islam | 2012 ::

Posted: 13 May 2012 07:54 PM PDT

22 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

DUNGUN– Seorang pengawal keselama-tan yang bertugas di sebuah agensi korporat di Paka ditahan kerana disyaki memiliki dadah.

Suspek berumur 25 tahun ditahan sepasukan polis dari Balai Polis Ketengah Jaya di hadapan rumahnya kira-kira jam 10.30 pagi dekat sini, pagi kelmarin.

Pemeriksaan lanjut ke atas suspek menemui kira-kira 50 biji pil kemerahan dalam poket seluar selain tunai berjumlah RM2,200 disyaki hasil jual dadah.

Pemeriksaan awal polis mendapati dadah terbabit dipercayai jenis methampethamine dan difahamkan bahan larangan itu mendapat pasaran paling tinggi dalam kalangan penagih di kawasan Tanah Rancangan Felda.

Suspek yang mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah yang menjadi dalang utama aktiviti pengedaran dadah di kawasan Felda itu kini ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut.

Dia kini ditahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangka-pan tersebut.

Sinar Harian


teganuku: Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi...

Posted: 14 May 2012 09:16 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah agensi korporat di Paka ditahan kerana disyaki memiliki dadah. Suspek berumur 25 tahun ditahan sepasukan polis dari Balai Polis Ketengah Jaya di hadapan ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads