13 di pulau wan man - Google Blog Search |
- Refleksi keagungan monumen Islam | N9 Kini - Portal Berita Negeri <b>...</b>
- TERKINI <b>DI</b> TERENGGANU: 29/3/2012 (Khamis)
- Sticky Post: GA Contest Teka Gambar Dengan Tepat | Kasih Salina
Refleksi keagungan monumen Islam | N9 Kini - Portal Berita Negeri <b>...</b> Posted: 21 Mar 2012 08:35 PM PDT TAMAN Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man, Terengganu sememangnya memberikan aura luar biasa kepada pengunjungnya. Ia ibarat membawa pengunjung menjelajah menyaksikan keindahan reka bentuk seni bina monumen penting Islam dari seluruh dunia. Taman itu juga merupakan taman tema bercirikan Islam yang pertama di dunia dari segi kesenian reka bentuk serta kebudayaan yang menonjolkan keunggulan Islam. Bagi menghidupkan aura taman itu, ia dibina hasil sentuhan daripada kontraktor dan tenaga mahir tempatan serta tidak ketinggalan mendapatkan juga kepakaran tenaga luar negara. Secara keseluruhan, kira-kira 21 buah monumen dibangunkan di dalam taman tema itu mengikut skala nisbah 1:8 daripada saiz asalnya. Antara monumen yang terdapat di sana ialah Masjid Abu Nasr Pasra dari Afganistan, Masjid an-Nabawi dari Arab Saudi, Masjidil Haram dari Arab Saudi, Masjid Sultan Omar Syarif dari Brunei, Masjid Xian dari China, Taj Mahal dari India dan Masjid Kuddus Mina dari Indonesia.
Momumen menarik lain ialah Masjid Sheikh Lutfalla dari Iran, Masjid Besar Samara dari Iraq, Masjid Negara dari Malaysia, Masjid Mohamed Ali dari Mesir, Masjid Besar Agadez dari Nigeria, Masjid Badashi dari Pakistan, Kubah As-Sakhrah dari Palestin dan Masjid Kul Sharif Tatarstan dari Rusia. Bagi memudahkan pemahaman dalam kalangan pengunjung, sesetengah monumen yang dibina di sana turut dilengkapi dengan panggung khas untuk tayangan video. Ia sebagai menyahut kehendak orang ramai yang mahukan maklumat secara interaktif. Untuk memasuki Taman Tamadun Islam itu, bayaran tiket sebanyak RM10 dikenakan bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak serta warga emas yang berusia lebih daripada 60 tahun. Pelancong luar pula dikenakan bayaran sebanyak RM20. Sebagai tanda kenangan, pengunjung juga diberikan sebuah buku kecil sebagai pasport yang mengandungi maklumat ringkas mengenai setiap monumen yang terdapat di dalam taman tema tersebut. Pengunjung boleh mendapatkan cap khas pada pasport berkenaan apabila singgah di monumen tersebut.
Lebih menarik lagi, mereka yang menyimpan pasport berkenaan untuk lawatan kali kedua dan seterusnya akan mendapat potongan harga yang disediakan oleh pihak taman tema. Selain itu, sebagai kemudahan kepada para pengunjung, trem, basikal dan buggy disediakan untuk disewa bagi memudahkan perjalanan di dalam taman tema. Sebuah kafe kedai cenderamata bagi membeli tanda kenangan turut terdapat di taman tema itu. | ||||
TERKINI <b>DI</b> TERENGGANU: 29/3/2012 (Khamis) Posted: 22 Mar 2012 04:29 AM PDT 9.00 pagi : YAB. Menteri Besar Terengganu ke Majlis Perasmian Pelancaran Kempen Anti Pemerdagangan Orang Peringkat Negeri Terengganu 2012 bertempat di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. 2.25 petang : YAB. Menteri Besar Terengganu ke Majlis Perasmian Mpower Kemaman Ecer Dc bertempat di TATI University College (TATiUC) , Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu Darul Iman. | ||||
Sticky Post: GA Contest Teka Gambar Dengan Tepat | Kasih Salina Posted: 13 Mar 2012 05:58 AM PDT Salam, GA Contest Teka Gambar - Teka dengan tepat. Kriteria: - Jawab dengan tenang dan berhati-hati (hehe..) - Sila klik gambar jika kurang jelas - Siapa tepat dia dapat - Seberapa ramai boleh jawab jawapan yang sama..tiada masalah, pilihan pemenang akan dibuat beserta penjelasan daripada saya. - Sila promote di blog masing-masing (optional) Jawab di ruang Komen di bawah yer.. Tarikh tutup 20 Mac 2012 sebelum 12.00 tengah malam. |
You are subscribed to email updates from di pulau wan man - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan