13 di hulu terengganu - Google Blog Search |
TV3 Stesyen TV Portal Pertama - 3 Kampung <b>Di Hulu Terengganu</b> <b>...</b> Posted: 14 Nov 2011 08:39 PM PST 15/11/2011 12:39:00 Tiga kampung di daerah Hulu Terengganu, diisytihar sebagai kawasan wabak Hepatitis A susulan 42 penduduk dimasukkan ke hospital daerah itu sejak kelmarin. Kampung terbabit, Kampung Basung, Pasir Dula dan Kampung Padang Setebu. Menurut Exco Kesihatan, Perpaduan Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr Abdul Rahman Mokhtar, langkah kawalan wabak itu sedang dilakukan. Kakitangan Jabatan Kesihatan ditugaskan menjalankan saringan bagi mengenalpasti mangsa baru. Bagaimanapun, kampung terbabit tidak dikuarantin dan boleh dimasuki sesiapa sahaja seperti biasa, namun orang ramai dinasihatkan memakan makanan dan minuman dari sumber yang bersih. DR.ABDUL RAHMAN MOKHTAR / EXCO KESIHATAN, PERPADUAN & HAL EHWAL PENGGUNA TERENGGANU. Setakat ini, 33 pesakit masih ditahan di Hospital Hulu Terengganu dan sembilan sudah dibenarkan keluar. Sebelum ini, wabak Hepatitis A turut dikesan di daerah itu awal Oktober lalu apabila 24 penduduk perkampungan orang asli Sungai Berua dijangkiti virus itu. |
You are subscribed to email updates from di hulu terengganu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan