13 di pulau bidong - Google Blog Search |
Zulaiqha Zulkifli: Final Year adalah SAAT EMAS Posted: 18 Mar 2012 11:03 AM PDT Assalamualaikum semua! Lama rasanya tak update kan belog aku dah bersawang ni. Bermula 13 bulan yang dahulunya, aku terkapai dalam mencari erti hidup. Aku mudah mengharap sesuatu yang luar biasa berlaku pada diri aku, tapi kadang-kadang aku lupa bahawa aku yang perlu mencari semua ini. Dulu aku rasa berat untuk pikul tanggungjawab ini, sedar atau tidak sedar aku dah patut tinggal tempat ini. Patut keluar dari kepompong ini dan beralih kepada kehidupan yang lebih mencabar. MPP dihati, dulu kini dan selamanya, namun MAHASISWA itu bukan sahaja dihati tapi tetap menjadi semangat perjuangan yang tidak pernah henti. Aku sedar, masa bergerak begitu pantas, sepantas angin yang dapat dirasai tapi tidak dapat disentuh apatah lagi ditangkap, namun akan ku gunakan masa yang masih bersisa ini sebaiknya. Hari ini aku meeting kali yang keberapa puluh aku sendiri tidak mampu kira dengan jari jemari. Alhamdullilah, masalah demi masalah lahir dan dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Aku sayang mereka seperti nyawa aku sendiri. Merekalah pengerak kepada perjalanan kepimpinan di universiti aku ini selama satu penggal ini. Aku hargai mereka sepenuh hati aku. Aku kena setelkan beberapa perkara berkaitan Final Year Project (FYP) aku yang aku tahu dan sedar, aku perlu setelkan secepat yang mungkin. Thesis pun aku kena start dah. Banyak aku kena buat. Aku dah tak boleh bercanda atau bersuka ria dah. Ini merupakan final destinasi aku dah. Aku tak nak mana-mana subjek menyangkutkan aku di UMT ni, aku nak score untuk final ni. PLEASE lah..Memang, bukan A yang jadi matlamat aku masuk universiti, tapi aku tahu itulah yang 'material' yang boleh dilihat untuk aku tunjukkan pada mama dan abah aku. Aku tak nak sia-siakan harapan mereka. Aku tak nak! 22hb-25hb ni aku akan ke Pulau Bidong, ada sampling. Agak lama masa di situ. tapi kali ni aku kena buktikan aku dapat buat JAUH LEBIH baik daripada sebelum ini. Biarlah orang hina aku, herdik aku atau perkecilkan aku sekalipun, tapi aku kena BUAT yang TERBAIK...Buktikan dan buktikan! Itu jer yang aku perlu buat setakat ini. Tempat Latihan Industri (LI), Alhamdullilah, dah dapat, Aku bersyukur. Dapat jugak akhirnya. Aku dapat kat Jabatan Laut Malaysia Selangor yang kat Klang. Itu pun kawan aku maklumkan aku terdapat list yang berjaya dapat tempat praktikal. Insya-Allah esok pagi aku akan check sendiri macam mana status dia. Aku syukur sangat.Atleast, dekat dengan my family. =) Ya final year adalah masa emas bagi aku. Saat terakhir untuk aku nikmati dan gunakan sepenuhnya tanpa ada rasa kesal penghujungnya. Aku harus jalankan dengan baik masa aku. TIADA LAGI MASA BERTANGGUH.KEEP IT UP! TINGKATKAN SPEED! Doakanlah kejayaan ini ya semua kawan-kawan. Mohon maaf jika ada salah dan silap. Aku cuma manusia yang tidak sempurna. T.kasih sebab sudi baca ya. Assalammualaikum...... |
You are subscribed to email updates from di pulau bidong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan