Sabtu, 11 Februari 2012

13 di kijal - Google Blog Search

13 di kijal - Google Blog Search


jengkeng: Kompleks tekstil <b>di Kijal</b> terbesar di pantai Timur

Posted: 07 Feb 2012 05:29 AM PST

Kosmo


KEMAMAN – Kompleks tekstil, yang terbesar di kawasan pantai timur dan bernilai kira-kira RM40.7 juta di Kijal di sini, dijangka beroperasi Mac ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kompleks itu yang menjadi mercu tanda Bandar Baru Kijal disasar untuk menjadi lokasi pengusaha tekstil dari dalam dan luar negara untuk memasarkan produk mereka.

"Setiap premis dikenakan sewa RM3,500 seunit. Kawasan itu bakal menjadi tumpuan pemborong dan peruncit kain di seluruh negara termasuk pengusaha tempatan untuk bertapak," katanya selepas meninjau projek berkenaan hari ini.

Selain menempatkan kompleks, projek di kawasan seluas 160 hektar itu melibatkan komponen lain dengan kos kira-kira RM143 juta, antaranya rumah kedai, kompleks Mara dan tapak pendaratan kering kastam.
Ahmad berkata, projek itu mampu menjana ekonomi di Kijal khususnya menerusi peluang pekerjaan dan perniagaan.
"Ia akan menjadi pusat peniagaan seperti yang terdapat di Nilai Tiga, Negeri Sembilan dan Jalan Masjid India, Kuala Lumpur," katanya. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads