Sabtu, 11 Februari 2012

13 di kerteh - Google Blog Search

13 di kerteh - Google Blog Search


Sh0ck037: Cinta ku Tertinggal <b>di Kerteh</b> (Explorace)

Posted: 07 Feb 2012 09:56 AM PST

Seperti yang dijanjikan, post yang sebelum ni ( Cinta ku Tertinggal di Kerteh ) mesti dihabiskan. 
30 Januari 2012, hari keenam program JuM-Desa 2012. Hari yang menghimpunkan dua aktiviti yang mencabar semangat kerjasama antara peserta untuk mencapai objektif mereka iaitu Explorace pada sebelah pagi diikuti dengan Persembahan Kebudayaan pada sebelah malam.
Bermula dengan Explorace, kami dibahagikan kepada 8 kumpulan yang diberi nama berdasarkan nama-nama ikan iaitu ikan kembung, buntal, ayer, merah, cencaru, parang, sebelah dan sardin. Ak diserapkan sebagai ahli ikan Parang. Sebelum memulakan aktiviti, kami ditugaskan untuk mencipta bendera dan cheers kumpulan. Berkat kerjasama, kami berjaya melakar satu bendera yang mantap ber'moto' kan, Tetak! Parang! Tetak!. Agak ganas la. Haha. Kami hanya dibenarkan untuk membawa sebuah handphone dan sebuah kamera. Kemudian, Explorace pun bermula.
Sinopsis perjalanan laluan Explorace kumpulan ikan Parang...
Tugas kami yang pertama ialah di Warung Pak Munawwir (kalau x silap la..), sebuah kedai makan yang berwarna merah jambu. Kami telah ditugaskan untuk menjual 6 air kotak dengan minimum harga RM10. Nasib la ada kedai makan betul2 depan checkpoint kami, jadi kami berjaya menjual 3 air kotak dengan harga RM5 kepada 2 orang pengunjung di sana tanpa perlu membuang banyak masa. Nice~
Checkpoint kedua kami ialah di Dewan Sivik. Kami telah diarahkan untuk membawa 2 buah botol air menggunakan 2 utas tali, sambil berjalan itik! Nasib tak kena 'guling-guling macam tenggiling'. Haha. Walaupun terdapat pecanggahan syarat-dan-peraturan oleh urusetia pada mulanya, kami berjaya melakukan task kami mengikut masa yang telah ditetapkan setelah 3 kali percubaan, banyak bergantung hasil daripada pengalaman ketua kumpulan kami, Awal. Ke checkpoint yang ketiga!
Kemudian, kami bergerak menuju ke surau kampung untuk meneruskan Explorace kami. Semasa berlari-lari anak, seorang brader menegur kami, bertanyakan tujuan kami disini. Kami jawab secara tergesa-gesa dan blah. Di surau, tugasan kami banyak bergantung kepada kreativiti individu sebenarnya. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan yang mana setiap ahli didalam kumpulan mestilah memilih untuk menjadi (pura-pura) bisu, pekak dan buta. Aku memilih untuk menjadi pekak, sebab senang. Buat-buat pekak, padahal dengar jugak kan. Haha. Si buta ditutup matanya dengan kain dan urusetia menyatakan satu barang dimana mereka perlu melukiskan di atas kertas. Kemudian, si bisu akan melihat dan men'tafsir' kan kepada si pekak. Simple! Haha. Alhamdulillah, ternyata budak2 kumpulan parang bagus2, task ketiga siap! Barang-barangnya ialah dompet, ayam dan cermin.
Kami meneruskan perjalanan ke tugasan yang seterusnya, iaitu di sebuah rumah usang (katanya lah kan). Di situ, kami ditemukan dengan seorang atuk tua yang sedang lunch di luar rumah. Servis bertukar tangan. Nak dijadikan cerita, beberapa orang ahli kami di 'ajak' oleh atuk itu untuk lunch bersama. Kemudian, 2 orang ahli kami diberi peluang untuk masuk ke rumah usang itu, untuk mencari surat. Pot pet pot pet. Mereka pun masuk dan keluar dengan perasaan serba resah. Ada nenek tengah lunch jugak, katanya. Haha. Surat dibuka, sudoku pun keluar. Alaa, kacang la! Hee. Alhamdulillah, siap jugak, nasib xde limit masa. Bye2 atuk!
Untuk checkpoint yang seterusnya, kami perlu ke jeti Kuala Kerteh. Jauh la! Ketika kami sedang berjalan bersama-sama, kami melintasi Dewan Sivik dan terlintas sekali lagi brader yang jumpa mula2 tadi tu. Dia siap sound, lebih kurang macam ni la "Korang ni berlari-lari xde keje lain ke nak buat??" Apekehei bro? Lintas ak dalam hati. Kami pun ignore dan blah. Haha. Setibanya di jeti, kami diberi tugasan untuk membuat layang-layang. Aiseh, layang-layang jea ke? Senang betul urusetia bagi task. Cewah. Last-last kumpulan kitorang kena penalti. Haa, berlagak sangat tadi kan. Haha. Ter'design' layang-layang terbalik. Adeh. Melepak la kitorang 5 minit dekat situ sambil minum 100plus yang disediakan. Sempat posing gambar lagi masa penalti tu. Haha.

Selesai jea penalti, kitorang bertungkus-lumus pergi checkpoint yang seterusnya, dekat pantai! Mula-mula dapat klu, dah ada yang nak pergi masjid dah, nasib la ada siswi-siswi yang memang minat drama melayu ni. Setibanya kami di pantai, ak terlihat satu kumpulan yang sedang berkumpul dan fokus mengasingkan bola biru dengan bola oren dalam satu balang. Alamak, tak kan kena tunggu diorang siap kot, memang buang masa la kan. Setelah mendengar penjelasan dari urusetia, barulah kami faham tugas kami dekat pantai, gali pasir untuk mencari 4 klu yang seterusnya! Ehem, saja nak cakap, kumpulan yang tadi kena penalti. Hee. Masa juga menyebelahi kumpulan kami kerana kami berjaya mencari botol yang mempunyai klu seterusnya. Ke checkpoint yang terakhir! Di padang permainan tepi masjid. Mak aii..jaohnya!

Semua jadi bersemangat memandangkan hanya tinggal satu lagi tugasan sebelum balik ke tempat permulaan dan selesaikan puzzle yang diberikan. Setibanya kami di padang permainan, kami disuruh untuk menyarung kain batik dan menyanyi serta menari! Aduh, ni yang lemah ni. Nak kena menari lagu Korea pulak tu. Anti2. Haha. Segan nak cerita pengalaman tarian. Kemudian setelah menyanyi dan menari, kami disuruh untuk menutup mata dan meneka sebanyak 9 bahan-bahan yang telah digunakan semasa permainan Musang Berjanggut tempoh hari. Pening jugak la nak bau dan teka kan. Alhamdulillah, ahli kumpulan Parang memang serba boleh. Semua bahan berjaya diteka dengan betul.


Lari ke tempat permulaan! Memang tak dinafikan, masa ni memang syok lagi-lagi bila melintasi kumpulan-kumpulan lain yang masih sibuk menyelesaikan task mereka. Haha. Jangan marah kawan-kawan.

Setibanya di balai belia, ada antara ahli kami yang sibuk (dan menyibuk...) menyiapkan puzzle yang diberikan. Alhamdulillah, segalanya selesai seperti yang dirancang. Barang-barang telah pun dikembalikan oleh pihak urusetia. Klik! One last shoot sebelum kami menghabiskan perjalanan Explorace kami. Habis!

Sedang dalam perjalanan balik rumah keluarga angkat, ak dan beberapa rakan peserta melalui satu rumah yang sedang organize makan-makan. Lalu dengan penuh pura-pura, akhirnya ada satu suara yang mengajak kami menjamu selera. Misi tercapai! Haha. Burp~


Antara gambar-gambar semasa aktiviti Explorace...


Cinta ku Tertinggal di Kerteh (Malam Kebudayaan dan Majlis Penutup)......coming soon

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads