13 di kijal - Google Blog Search |
T E G A N U K I TA: Kompleks Tekstil bandar baru <b>Kijal</b> beroperasi Mac Posted: 06 Feb 2012 08:10 PM PST Oleh FAUZI MOHD Kompleks Tekstil yang menjadi salah satu komponen penting pembangunan bandar baru Kijal di Kemaman bakal beroperasi Mac ini, kata Dato' Seri Ahmad Said. Menurut Menteri Besar, pusat tekstil terbesar di Pantai Timur itu disasarkan sebagai lokasi pengusaha tekstil dari dalam dan luar negara memasarkan produk mereka. Kata beliau, kompleks tiga tingkat bernilai kira-kira RM40.7 juta itu mengandungi 44 unit kedai bakal merancakkan pertumbuhan bandar berkenaan. "Dengan sewa bulanan premis RM3,500 seunit, pusat itu bakal menjadi tumpuan pemborong dan peruncit tekstil dari seluruh negara termasuk 10 pengusaha tempatan yang telah menyatakan minat untuk bertapak di sini," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan projek berkenaan hari ini. Turut serta, ADUN Kemasik, YB. Ir. Rosli Othman; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato' Mat Razali Kassim; Pegawai Daerah Kemaman, Mohamad Kamil Othman dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Mustafar Khalid. Dato' Seri Ahmad turut mengingatkan pihak kontraktor yang diberi tanggungjawab menyiapkan jalan dan sistem perparitan bandar itu dapat menyiapkan projek berkenaan mengikut jadual dengan sempurna. Katanya, projek itu diharap menjadi pusat untuk peniaga-peniaga tekstil termasuk dari Nilai 3 di Negeri Sembilan dan Jalan Masjid India di Kuala Lumpur mahupun dari luar negara termasuk Thailand untuk memasarkan produk mereka. "Jadi dengan itu rakyat di sebelah Pantai Timur tidak lagi perlu ke Nilai 3 atau Kuala Lumpur untuk berbelanja," katanya. Pembangunan di tanah seluas 160 hektar itu melibatkan l2 komponen projek dianggarkan menelan kos kira-kira RM143 juta termasuklah unit rumah kedai, Kompleks Usahawan Mara, tapak pendaratan kering Jabatan Kastam dan loji rawatan kumbahan. "Apabila siap sepenuhnya kelak, ia mampu menjadi penjana ekonomi di Kijal dengan ribuan peluang pekerjaan. Turut dirancang ialah pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan Hospital Daerah Kemaman,'' katanya. |
You are subscribed to email updates from di kijal - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan