13 di kerteh - Google Blog Search |
cinta kasih sayang dalam hati: beraya <b>di Kerteh</b> Posted: 15 Sep 2011 06:13 AM PDT Sebelum sambung pada cerita raya saya nak selitkan sikit cerita pasal semalam saya & adik beraya di Kerteh. Adik cuti 3 hari mulai dari hari Selasa hingga Khamis pasal UPSR. Awatif sekolah macam biasa. Kalau pergi sorang2 suami tak bagi. Nak ajak Norly takut dia tak selesa. So bila adik cuti bolehlah bawa dia sebagai peneman pergi jumpa kawan2 & jiran2 lama di Kerteh. Mula2 pergi rumah Asmah - rasanya dah hampir 2@3 tahun tak jumpa dia. Tak sempat sangat nak sembang panjang2 pasal kejar masa - nak pergi rumah kawan lain pulak, pastu nak kena pergi Mesra Mall lagi - berjanji ngan budak peneman tu nak beli kereta kontrol. Lepas pergi rumah Asmah, pergi pulak rumah Lina. Tengok baby baru sambil beraya. Masih dalam pantang lagi, 41 hari!. Tengok baby rasa teringin la pulak! Dukung kejap ambil berkat he..he.. Lepas sembang sikit2 - balik! Si budak peneman tu asyik dok gaduh nak balik. Selagi tak beli kereta kontrol tu pujuk apa pun dah tak jalan! Nak sembang pun tak senang pasal dia dok melekat kat atas riba sambil mulut non stop ajak balik. p/s:- yang jadi jurugambar pada hari itu ialah budak peneman saya!! |
Ribut Bagai Tsunami, Lebih 220 Rumah <b>Di</b> Felda <b>Kerteh</b> 5 Dan <b>...</b> Posted: 18 Sep 2011 05:25 PM PDT No of View :399 PENDUDUK Felda Kerteh di Kemaman membersihkan serpihan bumbung yang rosak akibat ribut semalam. Lebih 220 buah rumah milik peneroka Felda Kerteh 5 dan Felda Kerteh 6 dekat sini rosak akibat dipukul ribut dan angin kencang kelmarin. Kejadian pada pukul 4 petang itu berlaku hanya dalam tempoh lima minit. Sekurang-kurangnya lebih sepuluh batang pokok turut tumbang di sepanjang jalan memasuki ke Felda itu. Pokok-pokok itu turut merosakkan pelbagai harta benda termasuk beberapa buah kenderaan. Seorang peneroka, Mekzah Daud, 46, berkata, kejadian itu merupakan yang pertama berlaku di Felda Kerteh sejak lebih 20 tahun dia tinggal di sini. Katanya, hujan lebat yang turun disertai angin kencang mengingatkan dia kepada kejadian tsunami yang pernah ditonton melalui televisyen apabila rata-rata atap rumah di kampung berkenaan tercabut dan rosak teruk. "Keadaan ketika itu menakutkan ekoran bunyi bising apabila atap rumah tiba-tiba pecah ditiup angin sehingga menyebabkan air memasuki rumah. "Ketika itu, saya dan enam orang anak saya terus memasuki sebuah bilik sambil berpelukan kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku," katanya ketika ditemui di sini semalam. Ibu tunggal, Zawiyah Mohd., 47, pula berkata, kejadian angin kencang itu berlaku dalam tempoh singkat namun kesannya amat menakutkan. "Rumah di kampung ini terletak berdekatan antara satu sama lain dan saya dapat lihat atap rumah jiran diterbangkan angin," cerita wanita itu. Incoming search terms: |
You are subscribed to email updates from di kerteh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan