Isnin, 19 September 2011

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Pemuda <b>Kemaman</b> yakin pertahan 4 kerusi <b>di</b> Parlimen <b>Kemaman</b> <b>...</b>

Posted: 13 Sep 2011 02:36 AM PDT

Pemuda Kemaman yakin pertahan 4 kerusi di Parlimen Kemaman

Pemuda Umno Bahagian Kemaman akan turun padang ke setiap kawasan peti undi mulai bulan depan untuk berjumpa dengan semua Ketua Pemuda cawangan sebagai persiapan memantapkan lagi jentera pilihan raya Umno dan Barisan Nasional (BN) di daerah ini.

Ketuanya, Mohd Hisham Zubir berkata, memandangkan pilihan raya umum dijangka akan diadakan sekitar tiga dan empat bulan akan datang, jadi sudah tiba masanya jentera pilihan raya digerakkan.

Menurutnya, menerusi usaha itu setiap jentera Pemuda Umno dapat didekati sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum nanti.

Katanya, ketika ini jumlah keahlian Pemuda Umno bahagian Kemaman yang melebihi 10,000 orang yang merupakan antara keahlian tertinggi di seluruh Malaysia diyakini mampu membantu dalam pertahankan kerusi Umno dan BN di daerah ini.

"Dalam mendekati golongan belia dan pemuda kita ambil peluang melalui program dana bakti remaja dan mendekati kelompok ini kita turut mengambil kira minat orang muda.

"Misalnya kita banyak mengadakan program sukan termasuk futsal, bola sepak, motocross dan sebagainya kerana sukan berkenaan digemari mereka," katanya kepada Sinar Harian pada rumah terbuka Aidilfitri Pemuda Umno Kemaman, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Umno Geliga Baru yang diadakan di kediamannya di Taman Desa Sri Geliga 2, di sini.

:Sementara itu, menurutnya majlis rumah terbuka itu yang dihadiri ribuan tetamu secara tidak langsung menjadi medium untuk meraikan semua Ketua Pemuda Umno cawangan yang selama ini ikhlas berbakti kepada rakyat.

Selain itu, kehadiran ketua jabatan kerajaan, swasta, syarikat sekitar dan penduduk pada rumah terbuka itu juga terus menghidupkan tradisi rumah terbuka di daerah ini yang masih belum berakhir biarpun 1 Syawal sudah hampir dua minggu berlalu.

Sumber: SH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads