Ahad, 25 September 2011

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Rancang Bina Loji Air Baru <b>Di Kemaman</b>

Posted: 22 Sep 2011 01:40 AM PDT

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri merancang untuk membina sebuah loji air baru di Bukit Sah, Kemaman, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Menurut beliau, rancangan itu antara usaha jangka panjang yang dilakukan bagi memenuhi permintaan bekalan air di negeri ini.

"Kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.7 juta bagi menggantikan paip-paip yang mengalami kebocoran yang kritikal.

"Hasilnya sehingga Julai lalu kadar kehilangan air tanpa hasil (NRW) di Terengganu telah menurun kepada 37.35 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis PElancaran Talian Aduan Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) 1-300-88-2111 di sini hari ini.

Dalam pad itu, Ahmad berkata, talian aduan SATU dapat memberi perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan kepada pengguna.

Menurutnya, talian itu juga antara usaha yang dilakukan untuk mengatasi NRW kerana orang ramai boleh memberi laporan sekiranya berlaku paip bocor.

Tambahnya, melalui talian itu orang ramai berupaya membuat aduan berkaitan dengan masalah bekalan air, bil air, kerosakan meter air dan sebagainya dengan cepat. – mynewshub.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads