Rabu, 14 September 2011

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Kejohanan Kuantan Mountain Bike Challenge 2011 <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2011 01:20 AM PDT

Posted by sempoi gile on September - 14 - 2011

 KUANTAN, 14 Sept (Bernama) — Kejohanan Kuantan Mountain Bike Challenge 2011 anjuran Kelab Polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang dan Kelab Pemilik Mountain Bike Kuantan pada 25 Sept ini akan disertai 639 pelumba.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Abd Ghani berkata kejohanan yang julung kalinya diadakan itu dilihat mendapat sambutan yang amat menggalakkan kerana pada mulanya ia hanya dibuka kepada 500 penyertaan sahaja.

"Aktiviti ini diharap dapat dijadikan sebagai acara tahunan yang mampu mengeratkan silaturahim masyarakat dengan polis selain sebagai satu medium untuk menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan mengekalkan budaya hidup yang sihat," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata kejohanan itu melibatkan tiga kategori iaitu lelaki terbuka berumur 13 hingga 45 tahun, wanita terbuka untuk mereka berusia 13 tahun ke atas dan veteran yang berumur 46 tahun ke atas.

Katanya jarak kayuhan peserta adalah 35 kilometer, bermula dari Kompleks Logistik Alor Akar di sini ke Semambu menghala ke Jabor dan berpatah semula ke tempat permulaan.

– BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads