13 di pulau kapas - Google Blog Search |
WartaShubhi Photostory: Qimi Chalet - <b>Pulau Kapas</b> Posted: 20 Jul 2011 04:03 AM PDT Saya berpeluang singgah ke Pulau Kapas ketika mengikuti pelayaran bersama kapal perikanan laut dalam hujung tahun lalu. Pulau Kapas merupakan persinggahan terakhir kami sebelum menamatkan pelayaran dan naik ke darat. Pulau Kapas memang benar-benar pulau untuk relaks dan melarikan diri dari suasana bandar. Tak ada perkampungan di Pulau Kapas. Hanya terdapat chalet-chalet untuk di sewa yang diusahakan oleh beberapa usahawan. Kebetulan Kapten Kapal kenal salah seorang pengusaha chalet di situ maka kami singgah minum di chalet tersebut yang merupakan salah satu chalet yang amat terkenal di kalangan pelancong luar negara. Nama chalet itu ialah Chalet Qimi. Semua pelancong yang datang ke Chalet Qimi membuat tempahan secara on-line dan ia merupakan persinggahan yang disyorkan oleh banyak majalah kembara dan pelancongan termasuklah majalah "Lonely Planet". Ada terdapat beberapa chalet di situ yang kesemuanya mempunyai rupa bentuk yang unik. Tempahan boleh dibuat secara on-line bermula daripada RM80 satu malam. Makanan di chalet itu merupakan salah satu sebab ia menjadi pilihan para pelancong. Untuk maklumat anda boleh menelefon 019-6481714 atau email ke qimichalet@yahoo.com Pengusaha chalet Qimi membuka perniagaannya pada tahun lewat 90-an. Dia sebelum itu menjalankan perniagaan logistik di KL. Pada tahun gawat 1997 dia menjual semua perniagaannya dan baki-baki aset apa yang ada untuk pulang ke Terengganu dengan membeli sebidang tanah di Pulau Kapas lalu membina pusat chalet Qimi. Dia telah menghabiskan RM1.5 juta untuk memulakan perniagaan tersebut. Kini nampaknya pelaburannya berbaloi dan dia selesa dengan kehidupannya tersebut. Dia berulang alik ke Kuala Terengganu untuk menghantar anaknya seramai 2 orang ke International school di sana. Kos semester untuk seorang bernilai RM15,000. Bayangkan betapa dia mampu menyara kos tersebut. Ini menunjukkan perniagaannya ok.Cuma satu saja masalah apabila anda berada di Pulau kapas...nyamuk cukup banyak terutamanya nyamuk jenis besar-besar dan manja menghisap darah anda. Pastikan anda membawa ubat penghalau nyamuk untuk di sapu dikulit anda jika ke sana. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Untuk ke Pulau Kapas anda boleh bertolak ke Terengganu dan naik bot di Jeti Marang menuju ke Pulau Kapas. |
You are subscribed to email updates from di pulau kapas - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan