Jumaat, 5 Ogos 2011

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


Pemuda PAS DUN <b>Kemasik</b>: Pengarah PAS DUN <b>Kemasik di</b> program &#39;PAS <b>...</b>

Posted: 06 Jul 2011 08:48 PM PDT

Kerteh, 7hb. Julai - Pusat Khidmat Masyarakat PAS DUN Kemasik meneruskan misi 'PAS Bersama Mu' membantu golongan yang ditimpa kesusahan walaupun tiada kuasa pemerintahan dan sumber kewangan tetap.

Menurut Pengarah PAS DUN Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid, program 'PAS Bersama Mu' ini menjadi aktiviti bulanan dan kebanyakkan golongan sasaran ialah mereka yang dalam kesempitan dan kesusahan hidup tetapi diabaikan dan disisihkan oleh kerajaan UMNO/BN disebabkan perbezaan ideologi politik.

Saudara Zakaria Awang, 50 tahun dari Kampung Baru, Kerteh seorang buruh mempunyai lima orang anak dan dua daripadanya mengalami masalah kesihatan.

Anaknya yang sulung, Mohd Alif Ridzuan, 14 tahun mempunyai penyakit sawan manakala anaknya yang kedua, Mohd Azrul Hakim, 13 tahun dikesan mempunyai masalah jantung.

Justeru itu, melalui tabung 'PAS Bersama Mu', Pusat Khidmat Masyarakat PAS DUN Kemasik telah mengunjungi kedua - duanya dan menyampaikan sumbangan kewangan sebanyak RM1,800.00.

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Pengarah PAS DUN Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid.

Turut hadir ialah wakil dari akhbar Sinar Harian Kemaman, Ketua Penerangan PAS DUN Kemasik, Mohd Tishaah Hamzah, Bendahari PAS Cawangan Kg. Baru, Kerteh, Ustaz Haji Mohd Mahadi Nawi dan Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Kg. Baru Kerteh, Wan Mohd Faisal Wan Abdullah.

Ustaz Alias mengharapkan kerajaan UMNO/BN tidak mengabaikan golongan ini kerana mereka semua adalah rakyat dan menjadi tnggungjawap kerajaan untuk membantu golongan seperti ini.

'PAS DUN Kemasik hanya mampu membantu setakat yang ada, jika PAS diberi peluang sekali lagi menerajui kerajaan Terengganu insyaallah masalah keciciran seperti ini akan dipastikan tidak akan berlaku', ulasnya lagi.

Beliau seterusnya berkata, 'walaupun tanpa sumber pendapatan yang tetap, sumbangan orang ramai kepada PAS DUN Kemasik akan digunapakai bagi menolong golongan yang kesusahan', katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads