13 di jabor - Google Blog Search |
Malaysia Zoom » Dua pasangan suami isteri antara 6 ditahan edar dadah Posted: 02 Aug 2011 04:04 PM PDT You are here: Home / Wilayah / Dua pasangan suami isteri antara 6 ditahan edar dadah KUANTAN 2 Ogos – Empat lelaki dan dua wanita termasuk dua pasang suami isteri ditahan kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dadah melalui Ops Tapis Bersepadu sejak 29 Julai lalu hingga semalam. Dalam operasi tersebut polis merampas 753 gram dadah jenis heroin bernilai RM69,150. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Yap Toon Khuan berkata, tangkapan terbaru dibuat pukul 7.45 pagi semalam di tandas awam Plaza Tol Jabor dekat Kemaman di sini, melibatkan sepasang suami isteri berusia 33 dan 27 tahun. Menurutnya, ketika ditahan suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau itu bertindak agresif dengan merempuh dua buah kereta polis untuk melarikan diri. "Kita terpaksa pecahkan cermin tingkap sebelah pemandu bagi menghalang suspek merempuh lagi kenderaan pasukan lain yang membuat halangan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang di sini, hari ini. Katanya, hasil pemeriksaan polis menemui ketulan bewarna putih seberat 237 gram disyaki heroin di atas tempat duduk bahagian penumpang belakang. Toon Khuan berkata, dalam kes kedua, seorang penunggang motosikal lelaki berusia 36 tahun ditahan pada pukul 4.15 petang ketika dalam perjalanan dari Jalan Krau ke Mempaga 3, dekat Karak. Katanya, ketika ditahan suspek mencampakkan beg sandang dipakainya sebelum polis menemui dadah jenis heroin seberat 44.30 gram yang bernilai RM8,100. Sementara itu, sepasang lagi suami isteri ditahan dalam sekatan jalan raya di Kilometer 23 Jalan Jerangau-Jabor di sini pada pukul 6 petang, Jumaat lalu. "Pasangan yang masing-masing berusia 40 dan 37 tahun itu dilihat menggigil ketakutan ketika sekatan jalan raya dibuat. Hasil pemeriksaan menemui beberapa plastik lutsinar dipercayai dadah jenis heroin seberat 453 gram bernilai RM36,000," katanya. Dalam kes keempat, seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan selepas bergelut dengan polis untuk melarikan diri menyebabkan suspek cedera di muka, bahu, dada dan jari. "Kejadian itu berlaku di Kampung Ria Semantan, Cheroh dekat Raub pada 29 Julai lalu kira-kira pukul 2 pagi. Hasil siasatan awal, kita menemui tujuh peket plastik berwarna cerah dan lima tiub straw dipercayai dadah jenis heroin seberat 18.7 gram yang bernilai RM4,050," ujarnya. Kata beliau, kesemua yang ditahan kini ditahan reman seminggu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Dipetik dari Utusan Malaysia |
You are subscribed to email updates from di jabor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan