Selasa, 2 Ogos 2011

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Kuala Kerteh : Jalan-jalan cuti-cuti ke Terengganu « Makan Angin <b>...</b>

Posted: 16 Apr 2010 11:03 PM PDT

Pantai Kemasik, Terengganu

Pantai Kemasik, Terengganu

Assalamulaikum   dan salam sejahtera kepada semua pembaca-pembaca blog kami.
Pos-pos blog pada kali ini akan kami bawakan perjalanan kita ke Terengganu negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, yang bukan sahaja terkenal di kalangan pelancong tempatan malah dikenali oleh pelancong dari Eropah dan Amerika Syarikat.

Negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang terletak di bahagian pantai sebelah timur semenanjung Malaysia. Sekiranya anda berada di Kuala Lumpur perjalanan Kuala Lumpur Terengganu akan memakan masa di antara 3 hingga 4 jam dengan menggunakan laluan Lebuhraya Karak  dan LebuhRaya Pantai Timur hingga ke Jabor.

Bagi yang datang dari sebelah selatan ataupun Johor perjalanan akan memakan masa selama 6 hingga 8 jam dengan melalui laluan Johor Bahru – Segamat – Muadzam Shah – Lebuhraya MEC masuk ke Lebuhraya Pantai Timur dan keluar di Jabor.

Terdapat pelbagai tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi di Terengganu tetapi yang paling menarik sekali ialah pantai-pantai Terengganu yang bersih dan indah.

Bagi memulakan kisah perjalanan kami pada kali ini kita mulakan dengan pantai Kemasik yang terletak di Kerteh, Terengganu.

pantai kemasik

pantai kemasik

Inilah dia pantai Kemasik yang terkenal di kalangan pelancong tempatan. Pantai nya bersih dan indah tetapi awas musim tengkujuh terutamanya pada bulan 12, 1 dan 2 lautnya agak bergelora dan merbahaya untuk mandi – manda.

pantai Kemasik, Kerteh

Pantai Kemasik, Kerteh Disember 2009

Kelihatan Ieman, Amir dan Arman mengutip karangan dan kulit-kulit cengkerang hidupan laut  yang terdapat pada pasir di pantai.

Pantai Kemasik, Terengganu

Pantai Kemasik, Terengganu

Pantai Kemasik, Terengganu

Pantai Kemasik, Terengganu

Foto di atas menujukkan bot-bot nelayan yang diletakkan berhampiran dengan pantai Kemasik. Nelayan-nelayan ini tinggal di sekitar kampung-kampung berdekatan dengan pantai Kemasik.

Pantai Kemasik, Terengganu

Pantai Kemasik, Terengganu Petang nan indah kala mentari terbenam di ufuk barat, Ogos 2007

Pantai Kemasik, Terengganu

Pantai Kemasik, Terengganu. Keindahan alam ciptaan Illahi.

pantai Kemasik, Kerteh

pantai Kemasik, Kerteh

Nampaknya budak-budak ni tak dapatlah mandi-manda dek kerana air laut yang agak bergelora serta ombak yang agak kuat. Mungkin juga arusnya di bawah agak kuat.

Mesra Mall, Kerteh, Terengganu

Mesra Mall, Kerteh, Terengganu

Foto di atas pula menunjukkan kompleks membeli-belah yang pertama di Kerteh iaitu Mesra Mall yang baru sahaja dibuka julung-julung kalinya pada bulan December 2009.

Pembukaan kompleks ini  memberi peluang kepada penduduk tempatan terutamanya kepada mereka yang bekerja di Kerteh mengunjungi kompleks ini ketika cuti hujung minggu. Bagi mereka yang ingin bermain bowling maka tidak perlulah lagi mengunjungi  Kuantan, Pahang.

Nasi dagang, Kerteh, Terengganu

Nasi dagang, Kerteh, Terengganu

Foto di atas pula menujukkan sepinggan nasi dagang yang menjadi hidangan sarapan pagi kami. Gerainya hanya terletak di seberang  jalan berdepan dengan Mesra Mall , Kerteh.  Memang sedap, kalau nak tau berkunjunglah ke gerai ini.

Kuala Kerteh, Terengganu

Kuala Kerteh, Terengganu

Satu lagi pemandangan yang cantik  di Kuala Kerteh, iaitu tempat para nelayan menaikkan hasil tangkapan . Lokasi juga bersebelahan dengan Kampung Kuala Kerteh.

Kuala Kerteh, Terengganu

Taman Rekreasi Kuala Kerteh, Terengganu

Medan Ikan Bakar Kuala Kerteh
Bagi yang menggemari masakan laut dan ikan bakar berdekatan lokasi ini juga terdapat medan gerai-gerai ikan bakar yang dibuka menjelang petang hingga lewat malam.
Lokasi juga tidak berapa jauh daripada Mesra Mall. Kalau nak tau jalan ke sana tanya saja dengan penduduk tempatan dan mereka dengan mesranya akan menunjukkan jalan ke sana.

Untuk semua pembaca nikmatilah gambar kampung nelayan Kuala Kerteh!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads