Rabu, 20 Julai 2011

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Lulu pages: Orang macam ni pun ada..

Posted: 17 Jul 2011 08:02 PM PDT


Wanita mangsa nahas tumpang dua lelaki tawar bantuan, tetapi bawa ke tempat sunyi
Seorang isteri melalui pengalaman menakutkan hingga bertindak nekad terjun keluar sebuah kereta selepas mendapati dua pemuda yang mendakwa ingin membantunya selepas terbabit kemalangan, didapati mahu menyamun beg tangan dan barangan kemasnya, di sini, Jumaat lalu.

Wanita berusia 27 tahun itu terpaksa berbuat demikian selepas mendapati kereta dinaiki dua lelaki berusia 20-an yang ditumpang membawanya ke kawasan sunyi di Kampung Pinang Baru.
Sebelum kejadian, mangsa bersama ibunya berusia 58 tahun menaiki kereta Proton Saga dipandu suaminya berusia 27 tahun dalam perjalanan dari Kuantan ke Pulau Condong, Kelantan tetapi terbabit kemalangan dengan sebuah kereta lain di Kilometer 68, Jalan Jerangau-Jabor, kira-kira jam 10.30 malam.

Selepas kemalangan itu, dua pemuda menaiki kereta Perodua Kancil berhenti di tempat kejadian dan mempelawa membantu menghantar ibu mangsa yang cedera ke Klinik Bukit Besi.
Mangsa bersama ibunya menaiki kereta suspek ke Klinik Bukit Besi, kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian, manakala suaminya yang tidak cedera menunggu di tempat kejadian untuk mendapatkan bantuan kereta tunda.

Sementara menunggu ibunya mendapat rawatan di Klinik Bukit Besi, mangsa kemudian meminta dua pemuda itu menghantarnya semula ke tempat kejadian melihat keadaan suaminya di situ.
Bagaimanapun, dalam perjalanan balik ke situ, pemuda terbabit memandu ke kawasan sunyi dan selepas curiga dengan arah perjalanan itu, mangsa bertanya kepada suspek tetapi diberitahu mereka tersesat jalan.

Sejurus kemudian, suspek dikatakan menarik beg tangan milik mangsa yang duduk di bahagian belakang, mangsa yang terkejut dengan tindakan suspek bertindak membuka pintu dan terjun dari kereta dinaikinya itu.

Suspek memberhentikan kereta dan bergelut dengan mangsa sebelum merampas beg tangan mengandungi wang tunai RM2,000 dan barangan kemas bernilai RM16,000. Ketika suspek menggeledah beg tangan, mangsa yang ketakutan lari bersembunyi dalam semak kerana bimbangkan keselamatannya.

Selepas merampas beg tangan terbabit, suspek dikatakan mencari mangsa dan selepas gagal ditemui, kedua-dua suspek meninggalkan tempat itu.
Mangsa yang ketakutan berjalan ke sebuah rumah penduduk di situ dan memaklumkan dia disamun sebelum meminta penghuni rumah itu menghubungi polis.
Seorang anggota polis trafik kemudian datang ke rumah penduduk kampung terbabit dan membawa mangsa ke Balai Polis Jerangau untuk membuat laporan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan menahan empat lelaki dan kini direman selama seminggu mulai kelmarin untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads