Jumaat, 22 Julai 2011

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


Hari Terbuka Pangkalan Udara <b>Gong Kedak</b> | MyNewsHub (BM)

Posted: 26 Jun 2011 12:52 AM PDT

BESUT – Lebih 40,000 orang mengunjungi hari terbuka Pangkalan Udara Gong Kedak, di sini selama dua hari yang berakhir Sabtu.

Komandan Pangkalan, Brigadier Jeneral Mohd Faudzi Ahmad berkata hari terbuka bersempena sambutan ke-53 TUDM itu merupakan satu kejayaan besar kerana telah menarik penduduk tempatan termasuk dari Terengganu dan Kelantan berbanding hanya 3,000 hingga 5,000 yang datang tahun lalu.

Selain membeli cenderamata yang ditawarkan pada hari terbuka itu, orang ramai berpeluang melihat persembahan udara yang membabitkan pelbagai jenis pesawat terutamanya Sukhoi SU30MKM dan aksi penerjunan yang menjadi tarikan utama pengunjung kali ini, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

"Orang ramai yang datang bersama keluarga juga tertarik dengan persembahan sampingan seperti persembahan pancaragam TUDM dan kawad senyap serta pertunjukan tempur tanpa senjata yang diadakan," katanya. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads