Khamis, 30 Jun 2011

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Teganuku..segalanya <b>di</b> sini..: Menteri Minta Maaf Insiden Botakkan <b>...</b>

Posted: 25 Jun 2011 05:29 PM PDT


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung hari ini memohon maaf atas insiden seorang pelatih wanita dipotong rambut sehingga botak ketika menjalani latihan di Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wakaf Tapai, Marang pada 2 Mei lalu.

Beliau mengakui kesilapan tersebut tidak disengajakan oleh kakitangan di akademi itu dan sangat kesal dengan insiden yang menimpa Hizyaty Othman, 28.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan JBPM menjalankan siasatan dalaman bagi meneliti perkara tersebut.

"Sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas JBPM, perkara yang berlaku itu amat dikesali. Sekiranya ibu bapa berasa terkilan dengan hal itu, saya mohon maaf.

"Ini kes pertama dan menunjukkan ia mungkin tidak disengajakan. Namun siasatan dalaman akan dilakukan dan jika perlu, kita akan ambil tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kuala Lumpur semalam.

Hizyaty dari Taman Berjaya, Jalan Pegawai di sini semalam mendakwa, dia terpaksa melupakan impian untuk berkhidmat dengan JBPM kerana sudah serik selepas kepalanya dibotakkan ketika mendaftar masuk ke akademi itu bulan lalu.

Kata Chee Heung, mengikut prosedur latihan, semua pelatih perlu mematuhi peraturan termasuk mengenai pakaian dan rambut kerana mereka berdepan dengan pelbagai cabaran semasa di akademi.

"Rambut pelatih memang perlu digunting tetapi dalam kes itu mungkin pegawai terlibat menggunting rambut terlalu pendek dan lebih daripada sepatutnya sehingga rambut menjadi terlalu pendek seperti botak," katanya.

Katanya, JBPM telah mengutuskan surat kepada keluarga pelatih itu, Othman Long, 63, kira-kira tiga minggu lalu bagi memberi penjelasan berhubung insiden tersebut.

''Saya harap Othman dan keluarga dapat menerima permohonan maaf yang penuh ikhlas daripada saya ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads