Khamis, 30 Jun 2011

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Kedai Komputer <b>Di Dungun</b> Terbakar, Iktibarnya Apa?

Posted: 30 Jun 2011 02:30 AM PDT

Pak Sabah (Dungun) – "Apabila saya melihat api daripada bahagian atap, saya mengambil beberapa baldi air, cuba menyimbahnya untuk memadamkan api tersebut namun tidak berhasil.

"Ketika itu saya sudah rebah, habis tenaga, nasib baik ada orang yang membantu saya menyelamatkan diri ikut pintu belakang, jika tidak saya pasti turut rentung."

Demikian cerita cemas seorang pengusaha kedai komputer yang nekad menyimbah air dengan baldi sebaik sahaja melihat api kecil pada siling bangu-nan kedainya.

Namun, tindakan berani itu tidak berhasil apabila api terus marak sebelum memusnahkan kedai komputer yang diusahakannya sejak sekian lama.

Kejadian mencemaskan itu berlaku kira-kira jam 5 petang semalam ketika mangsa, Zulkifli Muda, 49, berada di bilik air rumahnya.

Dalam keadaan berkain pelekat, Zulkifli difahamkan cuba memadamkan api terbabit namun dia terpaksa akur apabila mendapati usahanya itu hanya sia-sia malah api mulai marak sebelum meminta pertolongan jiran berdekatan selepas dia dipercayai mula longlai akibat panik dengan kejadian luar dugaan itu.

Zulkifli yang ditemui berkata, dia mengusahakan perniagaan membaiki dan menjual peralatan komputer di sebuah kedai yang disewanya itu sejak 15 tahun lalu.

Katanya, dia baru mengeluarkan modal kira-kira RM15,000 untuk menambahkan peralatan di kedai terbabit bagi meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaannya.

Bagaimanapun, segalanya berkecai apabila keseluruhan peralatan bernilai kira-kira RM200,000 yang berada di premis terbabit gagal diselamatkan.

Ulasan GB

Baru semalam GB tertanya-tanya kenapa mutakhir ini banyak berita maksiat berlaku di Dungun.

GB nyatakan kekhuatiran itu kerana ia bakal mengundang kemurkaan Allah kerana apabila sesuatu kemungkaran itu berlaku maka bala Allah akan turun, tak mengira siapa yang akan terkena.

Ummu Salamah Radiallohu `anha berkata: aku mendengar Rasulullah Sholallohu `alaihi wa sallam bersabda:

"Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata…" -HR. Ahmad dll. Hadith Sohih

Pemerintahan UMNO BN Terengganu terus melampaui batas-batas Allah dan terus mengundang kemurkaanNya. Tunggu saat dan ketikanya:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads