Rabu, 22 Jun 2011

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Masjid Kristal Terengganu | Fotografi @ Dulu Lain Sekarang Lain

Posted: 20 Jun 2011 11:30 PM PDT

Masjid-Kristal-Terengganu 2

Masjid Kristal dibina daripada kaca dan keluli adalah merupakan masjid pintar yang pertama di Malaysia. Ia terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu dengan keluasan 2,146 meter persegi. Masjid Kristal Terengganu mampu memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al Quran elektronik. Namun, yang paling menarik perhatian adalah rekabentuknya yang tampak hebat dan cantik di pandang mata serta menjadi kemegahan warga negeri Terengganu.

Masjid-Kristal Terengganu

Masjid Kristal telah pun dirasmikan pada 8 Februari 2008 oleh Perdana Menteri (pada masa itu), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah turut sama berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

- Masjid Kristal Terengganu

Fotografi @ Dulu Lain Sekarang Lain

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads